CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Yang Pilih Tolak Bantuan Kewangan Haji

27-8-2023 09:14 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15368| Komen: 10

Kuala Lumpur: Seorang warga emas Khatijah Ali, sanggup menolak Bantuan Kewangan Haji ditawarkan Lembaga Tabung Haji (TH) kepadanya pada tahun ini, bagi memberi peluang kepada bakal haji yang lebih memerlukan bantuan itu.


Pesara sektor swasta berusia 63 tahun dari Melaka itu menganggap, tindakan berkenaan sebagai sumbangan atau sedekahnya supaya lebih ramai individu yang ingin menunaikan haji mendapat manfaat daripada bantuan berkenaan.


Khatijah mengambil pendekatan membuat bayaran penuh kos haji sebanyak RM30,850 sekali gus menolak tawaran Bantuan Kewangan Haji disediakan TH untuknya berjumlah RM19,870.

"Saya mula menabung di Tabung Haji pada 2 Februari 2007 dan daftar haji pada 7 Januari 2009. Simpanan saya di TH mencukupi dan saya menolak bantuan diberikan untuk bantu yang lain," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Bantuan Kewangan Haji adalah usaha TH sebagai institusi kewangan Islam untuk membantu kumpulan B40 dan M40 yang kali pertama menunaikan ibadah haji.


Pada tahun ini, TH memperuntukkan RM400 juta bagi menampung kos jemaah haji kumpulan berkenaan dan akan terus membiayai bantuan itu secara bersasar walaupun kos haji ke Tanah Suci meningkat kepada RM30,850 berbanding RM28,632 tahun lepas.

Bagi seorang pengusaha projek pertanian di Perak yang hanya ingin dikenali sebagai Saleh, 48, dia berpegang kepada syarat istita'ah atau kemampuan dalam kewajipan menunaikan ibadah itu.

"Saya memilih menggunakan wang tabungan sendiri yang mula disimpan ibu bapa saya di Tabung Haji sejak awal 80-an dan saya menyambung menyimpannya setelah dewasa. Walaupun ditawarkan Bantuan Kewangan Haji, saya beranggapan adalah lebih afdal menanggung keseluruhan kos mengerjakan haji di Tanah Suci sendiri.

"Tambahan pula wang yang disimpan mencukupi untuk menanggung keseluruhan kos. Apabila tidak mengambilnya (Bantuan Kewangan Haji), sekurang-kurangnya ia boleh disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan," katanya.

Saleh yang sepatutnya menunaikan haji pada 2022 namun tertangguh akibat Covid-19, tersenarai dalam giliran haji dengan tawaran Bantuan Kewangan Haji bagi kumpulan B40 sebanyak RM10,850 untuk mengerjakan haji pada Jun lepas.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Nur Hafizah Mohammad Ismail berkata, Bantuan Kewangan Haji secara bersasar akan meringankan beban jemaah haji yang mungkin menghadapi kesukaran kewangan menunaikan ibadah haji kali pertama.

Beliau berkata, bantuan itu bersifat inklusif dan adil kepada pelaksanaan haji, dengan setiap jemaah haji yang mempunyai pelbagai latar belakang kewangan akan memiliki peluang menunaikan haji.

Mengenai tindakan segelitir penerima Bantuan Kewangan Haji yang memilih untuk membayar kos haji penuh, Nur Hafizah berkata, dana bantuan yang tidak digunakan itu boleh diagihkan semula kepada pendeposit TH dalam bentuk dividen pada tahun berikutnya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 27-8-2023 09:42 AM
Ada slot ka kalau bayaq penuh? Iols tak berapa cakna camne deme buat slot utk pi haji sumer tu.. sbb sblm ni ramai jahh habaq dpt pi berkali2.. iols pun pelik awat bleh lagu tu..
Quote Apoo 27-8-2023 10:33 AM
Tinot7 replied at 27-8-2023 09:42 AM
Ada slot ka kalau bayaq penuh? Iols tak berapa cakna camne deme buat slot utk pi haji sumer tu.. sbb ...

Klu ikut TH, still kena tunggu giliran. Cuma klu T20 kena bayar full rm30k tanpa subsidi. Klu B40 & M40, baru layak dapat subsidi.
Quote wirazam 27-8-2023 12:22 PM
Tinot7 replied at 27-8-2023 09:42 AM
Ada slot ka kalau bayaq penuh? Iols tak berapa cakna camne deme buat slot utk pi haji sumer tu.. sbb ...

Yg dpt gi haji berkali kali tu yg perlu beri peluamg kpd org lain aka taja org yg belum pernah pergi lagi...
Quote asamfish 27-8-2023 02:07 PM
Alhamdulillah.  May God bless her and others.  Sgt2 menyokong apa yang dilakukan oleh Puan Khatijah
Quote sharlenetexas 27-8-2023 02:12 PM
Apoo replied at 27-8-2023 10:33 AM
Klu ikut TH, still kena tunggu giliran. Cuma klu T20 kena bayar full rm30k tanpa subsidi. Klu B40  ...

Saudara iols gi haji baru ni, m40 kerja gomen, dia kata bayar 30k.

Quote Tinot7 27-8-2023 05:57 PM
Apoo replied at 27-8-2023 10:33 AM
Klu ikut TH, still kena tunggu giliran. Cuma klu T20 kena bayar full rm30k tanpa subsidi. Klu B40  ...

Maknanya mmg ada bilangan tetap yg pi, cuma bayaran jahh berbeza..
Quote Tinot7 27-8-2023 05:57 PM
wirazam replied at 27-8-2023 12:22 PM
Yg dpt gi haji berkali kali tu yg perlu beri peluamg kpd org lain aka taja org yg belum pernah per ...

Ni baca dlm porem la.. iols tak pernah jumpa.
Quote Apoo 28-8-2023 02:29 AM
wirazam replied at 27-8-2023 12:22 PM
Yg dpt gi haji berkali kali tu yg perlu beri peluamg kpd org lain aka taja org yg belum pernah per ...

Rasanya ini kes org2 yg buat haji sebelum 2008. Then bila balik depa register lagi sekali. Ada kenalan saya yg dapat buat haji lagi sekali tahun ni. Cuma kena bayar full rm30k.
Rezeki dia. Sekrg ni dah x boleh, unless pi package yg mahal tu. Apa tah nama dia.
Quote Apoo 28-8-2023 02:30 AM
Tinot7 replied at 27-8-2023 05:57 PM
Maknanya mmg ada bilangan tetap yg pi, cuma bayaran jahh berbeza..

Ya betul.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:10 AM GMT+8 , Processed in 1.120433 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top