CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dakwa Anak Dua Bulan Tak Ke Sekolah Kerana Trauma Dirotan Guru

27-8-2023 08:59 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10228| Komen: 13

Kuala Krai: Pelajar perempuan Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di sini, mendakwa trauma dipercayai selepas dirotan oleh seorang guru disiplin pada Jun lalu.

Ibu mangsa, Surayah Ismail, 52, berkata, anak bongsu daripada tujuh beradik itu kini sering ketakutan dan tidak lagi mahu ke sekolah sejak berlakunya kejadian itu.


KESAN didakwa akibat dirotan pada salah satu kaki pelajar itu. FOTO Ihsan Keluarga

Katanya, dalam kejadian pada Jun lalu, anaknya itu dirotan di bahagian betis oleh guru disiplin sehingga lebam dan bengkak selepas gagal menunjukkan sebab ketidakhadirannya ke sekolah pada ketika itu.

"Bagaimanapun, sehari sebelum anak saya dirotan, saya sendiri sudah menghubungi guru kelasnya namun tidak dijawab dan menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp bagi memaklumkan anak saya tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan demam bisul di telinga.


"Namun, pada keesokan harinya, apabila anak saya ke sekolah, dia dan rakan-rakannya yang lain dipanggil oleh guru disiplin pada perhimpunan pagi.

"Tanpa sebab yang kukuh guru disiplin berkenaan merotan anak saya di bahagian betis di hadapan khalayak ramai," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, rentetan daripada insiden itu, anaknya tidak lagi mahu ke sekolah kerana bimbang diejek oleh guru dan rakannya yang lain.

"Sekiranya anak saya ke sekolah dan belajar seperti biasa, dia tetap tidak dapat memberi perhatian dan akan mengalami tekanan mental yang sangat teruk.

"Sehingga kini, pihak keluarga masih berusaha membantu menyembuhkan anak saya dari pelbagai sudut rawatan bagi mengembalikan keyakinan serta memulihkan trauma yang dihadapinya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan berkenaan dan memaklumkan pengadu membuat laporan polis kerana mendakwa anaknya dirotan sehingga mendatangkan kecederaan.

Katanya, siasatan lanjut berhubung itu sedang dijalankan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hmmlantakko 27-8-2023 12:59 PM
tiga2 bingai. si anak nya lembek, si maknya cepat melatah. gurunya pula cepat sgt bertindak
Quote belilies 27-8-2023 01:07 PM
Kalau anak sakit jangan takat anta kat whasapp je. Esok turun sekolah bagi sekali slip cuti sakit dari doktor. Makpak skarang ni nak mudah je keje. Kita yg jd gtdk cm bodo je deyols tak bawak slip sakit. Kdg surat pun tak mampu buat sbb tak reti tulis surat rasmi. Kalau sekali dh tulis next time tak anta pulak surat tu, nak kene ingatkan berkali kali. Mana tak anak2 tu tak boleh diajar.
Quote dua_chzy 27-8-2023 01:14 PM
Kalau pi mahkamah, cikgu tu tetap salah. Ko tunjuk bahagian mana dalam Peraturan Disiplin Sekolah, pelajar boleh dirotan sebab ketidakhadiran? Ni kalau pelajar dengan mak budak tu tak propah la ya.
Quote JunkMail 27-8-2023 01:20 PM
Ok dik... Takyah gi sekolah. Kau duduk je celah burit mak kau sampai ke tua.
Quote Skuau 27-8-2023 01:28 PM
dua_chzy replied at 27-8-2023 01:14 PM
Kalau pi mahkamah, cikgu tu tetap salah. Ko tunjuk bahagian mana dalam Peraturan Disiplin Sekolah, p ...

zaman saya dlu..memang semua hukuman 'berbentuk rotan'...hampir semua guru punya rotan mereka sendiri...
Quote nylliette 27-8-2023 01:35 PM
kena siasatan telus dua2 side. kalau betul maknya kata dah bgtau sebab ketidakhadiran, tapi cikgu masih rotan. rotan bukan hukuman utk sebab tidakhadir. di khalayak ramai somemore. mmg boleh jatuhkan airmuka student akan ingat for long term
Quote dua_chzy 27-8-2023 02:11 PM
Skuau replied at 27-8-2023 05:28 AM
zaman saya dlu..memang semua hukuman 'berbentuk rotan'...hampir semua guru punya rotan mereka send ...

Sebenarnya, sekarang pun semua guru boleh bawa rotan. Semua guru adalah guru disiplin. Tapi kena ikut tatacara merotan yang dah termaktub dalam peraturan disiplin kalau tanak kena saman. Bukan macam dulu. Cikgu rotan sampai berdarah2 pun bebudak diam menikus tak berani bagitau mak pak. Aku rasa salah satu sebab kenapa mak pak sekarang terlalu overprotective adalah kerana ingat pengalaman zaman skolah dolu.
Quote Skuau 27-8-2023 02:13 PM
dua_chzy replied at 27-8-2023 02:11 PM
Sebenarnya, sekarang pun semua guru boleh bawa rotan. Semua guru adalah guru disiplin. Tapi kena i ...

mungkin jugak...budak dlu main pendam jer..walau terasa traumanya...
Quote primarikey 27-8-2023 05:40 PM
Kecik2 dh ada selulit
Kesian
Quote bulanbulat 27-8-2023 09:39 PM
Cuba mak rotan sama, mesti anak trauma, confuse nak pi rumah ke sekolah
Quote sharlenetexas 27-8-2023 09:50 PM
Kat sini tiga beradik kena buang sekolah. Mak single mom. Takde usaha nak suruh anak2 sambung belajar hingga peringkat spm. Last2 jadi kutu.

Quote Jitu 27-8-2023 09:56 PM
tukar sekolah je la mcm tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 1.081716 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top