CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

11 Maut Diserang Pak Belalai

27-8-2023 08:42 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5397| Komen: 5

Kuala Lumpur: Sebanyak 11 kes kematian akibat serangan gajah liar direkodkan dalam tempoh lapan tahun iaitu antara tahun 2015 hingga 2022.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, statistik itu tidak membabitkan tiga lagi kes kematian akibat serangan haiwan sama di Lipis, Pahang, Gua Musang, Kelantan dan Pos Kemar, Perak pada tahun ini.


Selain itu, katanya, sebanyak 15 kes kecederaan akibat serangan gajah turut direkodkan dalam tempoh lapan tahun itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 26 insiden.

ANGGOTA Perhilitan menangkap gajah liar yang mengganggu penduduk.

"Sejak Januari hingga Jun 2023 sebanyak 25 ekor gajah konflik berjaya ditangkap anggota Perhilitan dan dipindahkan ke habitat baharu. Jumlah ini jelas meningkat berbanding 33 ekor gajah ditangkap sepanjang di sepanjang tahun 2022.


"Jika trend ini berterusan sehingga ke hujung tahun (2023), ia akan menunjukkan peningkatan sebanyak 70 peratus dan keadaan ini amat membimbangkan," katanya.

Kadir berkata, sejak Januari 2023 sehingga Jun 2023, sebanyak 476 aduan gangguan gajah diterima pihak Jabatan Perhilitan.

"Berdasarkan kajian, gajah liar kerap menceroboh masuk ke kawasan kampung disebabkan mencari sumber makanan. Ini adalah kerana kawasan kampung mempunyai kebun, dusun atau jenis tanaman yang disukai oleh gajah seperti pisang, tebu, buah-buahan (terutamanya durian) yang tidak terdapat di dalam hutan.

"Malah, tumbuh-tumbuhan ini adalah lebih berkhasiat dan mempunyai bau yang kuat berbanding dengan tumbuh-tumbuhan di dalam hutan. Selain itu, sumber garam yang terdapat di dalam rumah penduduk juga menarik minat gajah mendapatkan makanan di kawasan penduduk," katanya.

Malah menurutnya, terdapat beberapa kes di mana gajah liar menceroboh bahagian dapur rumah penduduk untuk mendapatkan garam.

"Apabila ladang kelapa sawit yang terletak berhampiran dengan kawasan kampung atau taman perumahan melakukan kerja memotong pokok, gajah juga akan 'tersesat' masuk ketika cuba mendapatkan umbut sawit yang dipotong.

"Terdapat juga kejadian di mana gajah masuk ke kawasan kampung berdekatan disebabkan tersesat akibat gangguan yang berlaku di dalam habitat asal atau terkeluar dari kumpulannya," katanya.

Kadir berkata, bagi mengurangkan konflik gajah dan manusia, pihaknya aktif menjalankan operasi pemantauan, kawalan dan tangkapan gajah.

"Kami turut menjalankan program kesedaran keselamatan dari gangguan gajah kepada masyarakat bagi meningkatkan kefahaman dan kesiapsiaga

"Perhilitan turut mencadangkan kawasan penempatan selamat bagi masyarakat Orang Asli iaitu menyediakan kawasan tertentu yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. Konsep ini tidak menghalang mereka untuk masuk ke hutan atau bertani di kawasan lain.

"Namun jika ada gangguan yang mengancam nyawa di luar (kawasan hutan) mereka boleh berlindung di tempat yang disediakan," katanya.

Beliau berkata, Perhilitan turut bekerjasama dengan agensi yang terbabit dalam mempromosi model pertanian yang disesuaikan dengan bentuk konflik hidupan liar yang terdapat di sekitaran.

"Kami mencadangkan perancangan mitigasi dalam kelulusan pembangunan hutan, bertujuan mendapat kerjasama pihak Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula proses Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) serta memohon Kerajaan Negeri memberikan penekanan kepada Wildlife Management Plan (WMP) terutama kepada perancangan mitigasi hidupan liar yang berkesan.

"Selain itu, Perhilitan turut menjalankan pengkayaan di kawasan hutan simpan dengan makanan hidupan liar dan garam mineral. Keutamaan turut diberikan terhadap penjagaan jenut semulajadi dengan memberi penekanan jarak sesuai dari aktiviti penebangan hutan," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 27-8-2023 08:52 AM
Kesiannya..hutan tu rumah diorg kot..kalau gajah ni masuk area klcc pehtu mengamuk pijak2 org tu lain citer la
Quote Tinot7 27-8-2023 09:09 AM
Takziah kpd keluarga.

Moga program sumer berjalan lancar utk naikkan kesedaran di kalangan masyarakat
Quote grouper 27-8-2023 09:55 AM
Bagi pupus je semua gajah2 ni xde la konflik ngan manusia dah. Boleh la buka banyak lagi kawasan hutan untuk pembangunan manusia dan kemajuan negara.
Quote Supersirap 27-8-2023 10:06 AM
Salam takziah kepada keluarga mangsa, gajah jika mengamuk memang tersangat bahaya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.246052 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top