|
Seorang pemuda nyaris cedera apabila wau bulan tersalah mendarat lalu bahagian hujungnya tertusuk cermin kereta dalam kejadian sewaktu dia berada dalam kenderaan tersebut. Difahamkan, insiden itu berlaku di kawasan pantai di Kelantan dengan video tersebut dimuat naik lelaki itu menerusi akaun TikTok Boika Pisang semalam.
“Datang nak healing, sekali pening. Nasib baik tak kena dada mat, belum sempat keluar kereta,” katanya menerusi kapsyen pada video itu. Ia kemudian mendapat maklum balas pelbagai daripada pengguna selain ada yang bertanya sama ada pemuda itu mendapat ganti rugi atau sebaliknya. “Macam mana boleh kena ni? Benda tu berat ke? Maaf tak pernah tengok depan-depan besar mcm ni,” komen @ulat bulu. “Selalu juga tengok orang main petang-petang dengan anak-anak. Tengok gini macam takut pula,” kata @lindajohan90. “Dapat ganti rugi tak? Nak ganti cermin tu mahal kot,” ujar @Kaseh.Gift.
Sumber: Kosmo! Online
|
s
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.058767 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.