CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

CCTV Bantu Tangkap Pencuri Rumah Eksekutif Kanan

26-8-2023 09:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8225| Komen: 7

Klang: Kelicikan seorang pencuri berakhir apabila ditangkap kurang 40 jam selepas dia melakukan jenayah pecah rumah eksekutif kanan di sekitar Taman Sri Andalas di sini kelmarin.

Penahanan suspek lelaki berusia 34 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 9 malam oleh penduduk selepas mengecam suspek.



Difahamkan, mangsa berusia 33 tahun telah berkongsi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mengenai aksi suspek yang memecah masuk rumahnya dalam aplikasi kumpulan WhatsApp penduduk.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang eksekutif kanan kerugian RM5,000 selepas beberapa barangan hilang akibat rumahnya dipecah masuk dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi, Rabu lalu.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa turut memaklumkan pintu kaca utama rumahnya di Taman Sri Andalas telah pecah dengan gril dan tingkap bahagian dapur telah terbuka.


“Polis kemudian menerima maklumat berhubung penangkapan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes itu oleh penduduk taman tersebut kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

“Tangkapan semula dilakukan polis terhadap suspek dengan merampas beg galas berisi dompet milik anak pengadu selain sebuah telefon bimbit masing-masing jenis Vivo dan Iphone7,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Turut dirampas adalah sebuah tukul besi dan satu kopiah daripada suspek tersebut.

Hoong Fong menjelaskan, semakan mendapati suspek mempunyai 11 rekod lampau pelbagai jenayah.

Ujarnya, ini termasuk enam berkaitan pecah rumah dan dua masing-masing bagi dadah dan memiliki barang curi serta satu kes cubaan curi.

“Suspek kini direman selama tujuh hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 27-8-2023 07:42 AM
Kopiah??? Taktik kira berapa tabung dlm surau la ni. X pun ada masa g mengemis. Aku perhati je, bila mengemis pki kopiah la, pki tudung la. Habis shift , tetiba xde tudung (  ibarat ada sesetgh la g kerja/ sekolah pki tudung , liburan x - ha gitu, termasuk yg menulis). Ada je aritu rohingya ni pas abes solat jumaat , masuk toilet mall dekat2 area masjid terus bukak tudung.
Quote pocongkiutss 27-8-2023 07:58 AM
sambaldurian replied at 27-8-2023 07:42 AM
Kopiah??? Taktik kira berapa tabung dlm surau la ni. X pun ada masa g mengemis. Aku perhati je, bila ...

Pakai kopiah, tudung , niqab mmg auto suci uols..contoh terbaru nad jenal..dh berjaya nmpk suci..kwn2 dia yg tlg pulak dikata jahat kt porem jela ramai yg masih celik..kt fb tu haa
Quote krustykrab 27-8-2023 08:22 AM
Mesti ke nk sebut jawatan tu?
Quote sofyayra 27-8-2023 04:35 PM
krustykrab: Mesti ke nk sebut jawatan tu?
haha, khenn. Dok rasa perlu ka, melainkan rumah PM yg kena pecah lain cerita la
Quote cmf_almondpecan 27-8-2023 05:01 PM
Ada video ke kat atas? Mungkin tak keluar di phone saya
Quote antikorok 27-8-2023 05:37 PM
[youtube]LXb63-HtYO8[/youtube]

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.094279 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top