Kuala Lumpur: Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah bermula esok. TUDM dalam kenyataan hari ini berkata, ia sebagai persiapan bagi Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos.
"TUDM dipertanggungjawabkan bagi mengetuai acara dan persembahan segmen udara melibatkan pesawat khususnya milik TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). "Antara aset terbabit termasuk pesawat pejuang, pesawat pengangkut, helikopter dan aset-aset udara pasukan keselamatan lain. "Pesawat-pesawat udara yang terbabit dalam acara gemilang sambutan di peringkat negara ini akan memulakan latihan penerbangan taktikal bermula esok hingga 31 Ogos ini," katanya. TUDM juga berkata, sepanjang latihan dijalankan pesawat berkenaan akan menjalankan penerbangan secara rendah di beberapa kawasan khususnya sekitar kawasan Putrajaya dan ruang udara negeri Selangor.
"Orang ramai diminta tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau pesawat milik pasukan keselamatan lain melakukan penerbangan rendah sepanjang tempoh latihan," katanya. Sumber: Bernama |
she replied at 26-8-2023 11:50 PM
Adik macik ler tewww
Salah sorang pilot fighter jet
syamzana replied at 26-8-2023 10:22 PM
dulu dok taman lama every year weols akan dpt memo sekurang2 nya 3x setahun pesawat tudm akan terban ...
she replied at 26-8-2023 11:50 PM
Adik macik ler tewww
Salah sorang pilot fighter jet
Tinot7 replied at 27-8-2023 09:52 AM
Wow.. adik macik keje tudm? Gaji musti masyuk jugakk..
ADVERTISEMENT