CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Suka Mengejek Rakan, Lelaki Maut Dipukul Selepas Main Jutaria

26-8-2023 09:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6684| Komen: 10

Seorang lelaki berusia 24 tahun nekad membunuh rakan baik sendiri gara-gara tidak tahan diejek ketika bermain permainan jutaria.

Kejadian di Sumatera Selatan, Indonesia itu berlaku selepas suspek meminta mangsa yang berusia 25 tahun menghantarnya pulang ke rumah.


Gambar hiasan

Menurut pegawai polis Ogan Komering Ulu Budi Santoso, ketika kedua-dua mereka sedang bermain, mangsa tiba-tiba mengejek suspek.

“Suspek kemudian meninggalkan tempat bermain tersebut sebelum menghantar pesanan supaya mangsa datang ke kebun.

“Mangsa yang tanpa rasa curiga terus ke lokasi kejadian. Namun semasa dalam perjalanan, dia dipukul berulang kali menggunakan kayu di bahagian belakang kepala,” katanya.

Susulan daripada itu, mangsa jatuh dari motosikal.

Melihatkan kejadian tersebut, penduduk setempat bergegas memberi bantuan dan menghantarnya ke hospital berhampiran.


Pun begitu, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Suspek yang melarikan diri selepas kejadian bagaimanapun tampil menyerahkan diri.

Tambah Ulu Budi, berdasarkan hasil siasatan, suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana marah dengan mangsa.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 26-8-2023 10:08 PM
Ni sama konsep mcm monopoly kan? Monopoly memang berhantu dekk. Boleh bergaduh besar sampai terbalik meja
Quote ardent91 26-8-2023 10:14 PM
dani-rox replied at 26-8-2023 10:08 PM
Ni sama konsep mcm monopoly kan? Monopoly memang berhantu dekk. Boleh bergaduh besar sampai terbalik ...

jadi agak common la yer org gadoh disebabkan main permainan camni? aku ingat lg waktu aku kecik ada 1 of my family members mengamok sbb kalah main game yg ular ngan tangga ada baling2 dadu tu... tp personally aku rasa org yg cepat marah even hal2 kecik mcm ni pown, org tu actually mentally instable.

Quote dani-rox 26-8-2023 10:23 PM
Edited by dani-rox at 26-8-2023 10:24 PM
ardent91 replied at 26-8-2023 10:14 PM
jadi agak common la yer org gadoh disebabkan main permainan camni? aku ingat lg waktu aku kecik ad ...

pernah main dgn kawan2, dgn cousin2 lebih tua... sadis sgt. bohonglah tak kecik ati bila terpaksa bayar itu ini, jatuh bangkrap etc ada pulak mulut hansuang jd pengulas, dah baik2 ko terima kekalahan terus hangen satu badan. tp ai masa tu tak reti gaduh, so merajuk takmo main je lah. apa yg pasti game nih akan berakhir dgn gaduh2 dan bermasam muka
Quote cranell 26-8-2023 11:00 PM
hutang dalam game pn sampai membunuh...belum hutang betul
Quote dua_chzy 26-8-2023 11:40 PM
dani-rox replied at 26-8-2023 02:23 PM
pernah main dgn kawan2, dgn cousin2 lebih tua... sadis sgt. bohonglah tak kecik ati bila terpaksa b ...

Eh tetiba muncul supressed memories aiol main game ni masa kecik dengan aunties and uncles yang dah teenagers, memang kena ayam2 jah. Nyampah.
Quote B40tastePosh 26-8-2023 11:46 PM
Bukan mudah untuk jadi B40.
Quote shernazz 26-8-2023 11:50 PM
Masa kecik2 iols main saidina
Punya la semua tak.mau tempat yang mula2 tu entah apa nama tempat...Jalan gurney ke apa...rm300 je..berlagak masing2 semua nak beli yang last2..
Iols.beli 1.row petak.mula2...
Slalu DPT duit sewa..
Quote kaedahnya 27-8-2023 12:24 AM
bak kata pepatah buduh & huduh berpisah tiada.
Quote Sazreena 27-8-2023 05:58 PM
Hati tisu ni seeloknya jgn la main apa-apa game pun..kan tak pepasal sampai membunuh org.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.191183 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top