Semalam, seorang bapa di TikTok meluahkan rasa terkilan setelah anaknya, Ammara dimarahi guru kerana mengenakan solekan saat hadir ke sekolah. Ia sekaligus merosakkan kegembiraan murid darjah 2 itu yang sudah terlalu teruja sejak dari rumah lagi.
Selain dimarah, guru perempuan tersebut juga mengelap kesan makeup Ammara menggunakan kain. Apa yang membuatkan si ayah kesal, guru itu telah memarahi Ammara di hadapan murid-murid lelaki yang lain tanpa budi bicara. Sedangkan dalam mana-mana grup WhatsApp kelas, ibu bapa tidak dimaklumkan tentang larangan bersolek untuk para pelajar. Akhirnya, Encik Shazliey bersemuka sendiri dengan cikgu berkenaan. Wanita itu kemudiannya menyalahkan guru lain yang kononnya tidak menyampaikan maklumat tepat kepada pelajarnya. Mujurlah rakan-rakan lain memujuk Ammara dan keadaan kembali tenang.
Sumber: Kisah Dunia |
ADVERTISEMENT