CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Periksa Telefon Pasangan Tanpa Kebenaran Kesalahan Jenayah

26-8-2023 05:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3621| Komen: 4

Petaling Jaya: Tahukah anda tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya berdepan situasi pasangan memeriksa atau mengakses telefon bimbit tanpa kebenaran.

Menerusi penerangan seorang peguam di TikTok Lawyer Ghandi, perbuatan memeriksa atau mengakses peranti tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan.



“Tahukah anda memeriksa atau mengakses sesuatu maklumat pada peranti elektronik tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan jenayah. Lebih parah lagi jika terdapat gambar atau apa-apa maklumat seperti mesej diambil dan dipindahkan ke alat elektronik yang lain.

“Perbuatan ini boleh menjadi kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Jenayah Komputer yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan atau denda sehingga RM50,000,” katanya dalam video tersebut baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya kata kunci itu diberikan sendiri kepada pasangan, ia bermakna telah memberikan kebenaran untuk mengakses telefon bimbit tersebut.


“Ingat percayalah pasangan anda dan jangan “check” telefon mereka tanpa kebenaran,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ilacantik 26-8-2023 09:09 PM
Dah kahwin lebih 20thn, tak pernah meols check hp laki. Heols pun tak pernah check hp meols. Password pun meols tak tau. Itu privacy dia, meols pun nak privacy sendiri. Malas nak tahu benda yg tak sepatutnya meols tahu. Cuma anak meols yg ada password hp meols.
Quote kemaruk 26-8-2023 09:13 PM
Percayalah.. kalau pasangan korang tak share password, konfirm 99.999999% ada buat sesuatu
Quote faraway1 26-8-2023 10:28 PM
Even anak pun tahu bapak dia punya pin code, bini set up kan number..

No secret lah anytime boleh tengok buat cam tepon sendiri..

Email husband siap link dengan my phone senang check sebab laki pemalas check email Dia...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.363700 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top