Kota Bharu: Empat lelaki termasuk pemilik sebuah rumah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini susulan kematian seorang suspek yang cuba mengumpil tingkap sebuah rumah di Kampung Belukar, Tapang pada 20 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata empat lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an itu ditahan reman hingga 1 September ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). Pada hari kejadian, suspek berusia 30-an cuba mengumpil tingkap sebuah rumah jam 3 pagi.
"Polis menerima laporan daripada pemilik rumah jam 6.05 pagi hari yang sama, berkenaan kes pencerobohan oleh suspek. "Mangsa memaklumkan, suspek cuba mengumpil tingkap rumahnya sebelum dia menghampiri, namun suspek melarikan diri. Bagaimanapun, suspek ditangkap mangsa dengan bantuan penduduk kampung. "Semasa tangkapan, suspek menggunakan sebilah pisau bertindak agresif dan berlaku pergelutan antara suspek dengan mangsa serta penduduk kampung. Namun, suspek dapat ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini. Suspek yang juga penganggur cedera di muka serta kepala dan dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan. Bagaimanapun, Mohd Rosdi berkata, jam 9.43 malam kelmarin, hospital mengesahkan suspek meninggal dunia ketika menerima rawatan. "Susulan kematian suspek, polis menahan empat lelaki termasuk pemilik sebuah rumah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 KK. "Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian dan saksi diminta tampil membantu siasatan dengan hubungi talian 019-8336423 atau 09-7752200," katanya. Sumber: BH Online
|
pearl.silver replied at 26-8-2023 06:12 PM
Kt kg i pun penah jadi mcm ni. Pakcik tuan rumah tu kne masuk penjara gk tp xlama la..
masa kt mahk ...
kotakominami replied at 26-8-2023 07:13 PM
Baguslah mati.
Nokiaman replied at 26-8-2023 10:57 PM
Mulayu ke tu
Belibis replied at 26-8-2023 11:01 PM
Jadi tak bagus jugak bila mangsa dah kena 302..
ninja boy replied at 27-8-2023 08:17 AM
kalau lah ada bisnes van putih kidnap dah lama semua penagih dadah kena kidnap dan potong kepala
kaedahnya replied at 26-8-2023 08:14 PM
aku rasa la kan, rasa je tau, kalau perampok tu cedera or mati dalam rumah yang dia nak rampok tu, k ...
kaedahnya replied at 26-8-2023 08:14 PM
aku rasa la kan, rasa je tau, kalau perampok tu cedera or mati dalam rumah yang dia nak rampok tu, k ...
ADVERTISEMENT