CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lapor Anak Mati Dilanggar Lori, Tapi Rupanya Akibat Didera

26-8-2023 05:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15569| Komen: 15

Serdang: Wanita tergamak berpakat dengan teman lelakinya untuk membuat laporan palsu, mendakwa anak lelakinya cedera dilanggar lori.

Tindakan itu bagi menyembunyikan rahsia laporan perubatan yang mendapati kecederaan dialami kanak-kanak berumur lima tahun itu akibat didera.


Mangsa dipercayai sering dipukul ibu dan teman lelaki yang mempunyai tabiat suka mendera.


Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Serdang yang merawat kanak-kanak itu pada 12.50 tengah malam, 22 Ogos lalu.

"Ketika menerima pesakit kanak-kanak itu, pasukan perubatan memberi bantuan kecemasan jantung dan pernafasan, namun tiada respons positif.

"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan daripada maklumat awal, dia dikatakan dilanggar lori.

"Namun, pemeriksaan lanjut pada tubuh badannya mendapati terdapat kesan lebam dan luka lama disyaki akibat didera, manakala keputusan bedah siasat mangsa mengesahkan terdapat kecederaan parah pada tisu lembut ekoran beberapa pukulan objek tumpul," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Anbalagan berkata, susulan itu, pihaknya menahan ibu mangsa, 44, yang juga suri rumah dan teman lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori, pada 22 Ogos lalu.

"Suspek wanita didapati menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak suaminya meninggal dunia pada September 2022," katanya.

Menurutnya, pasangan itu membuat laporan polis palsu mendakwa kanak-kanak terbabit dilanggar lori bagi mengelak perbuatan mereka diketahui.

"Lori terbabit (yang didakwa melanggar mangsa) adalah kenderaan dilapor dicuri di Kajang.

"Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku mendera mangsa di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan sehingga menyebabkan kematian.

"Kejadian itu juga berpunca daripada tabiat suspek yang suka mendera anak," katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing dilakukan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamin.

Katanya, mereka direman selama tujuh hari bermula 23 hingga 29 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 26-8-2023 05:24 PM
Tak terkata..bangsa apa ni...spoil mood wiken iols..
Quote aienul 26-8-2023 05:31 PM
Dapat agak dadah ni punca mak bapak sanggup dera anak
Quote Markonah_7 26-8-2023 08:17 PM
Lori terbabit (yang didakwa melanggar mangsa) adalah kenderaan dilapor dicuri di Kajang.

Tahu pulak bangsat ni bagi no plat lori curik [em:24:]
Quote Atata 26-8-2023 08:24 PM
terbayang derita budak tu berapa lama
Quote Cookingholic 26-8-2023 10:16 PM
Markonah_7: Lori terbabit (yang didakwa me ...

Si jahanam tu jugak yg curi kut sebelum ni sbb tu dia tau no plat.
Quote Ayda89 27-8-2023 11:58 AM
Dadah ni la punca manusia jd tak berperikemanusiaan
Quote hashashes 27-8-2023 05:00 PM
Budak tu in better place now I suppose
Quote shernazz 27-8-2023 05:25 PM
Alahai
Maknya pung.igt doctor Bodoh MCM dia jugak kot
Quote Sazreena 27-8-2023 05:59 PM
Demi dadah dan kotey....terus jadi bangang sampai anak sendiri pun sanggup dideranya.
Quote matamata 27-8-2023 06:42 PM
Bapak budak tu lepas cerai dah tak nak amik tau lagi ka hal anak?....bagi aku ini lebih kepada salah bapak budak tu,...tak Guna punya bapak...ni mesti culas bayar nafkah ni...tak pun sbb dah kawin lain tak ingat tanggungjawab anak...pihak berkuasa tolong cepat2 cari dan amik tindakan kat bapak budak ni...
Quote dellashrill 27-8-2023 06:57 PM
matamata replied at 27-8-2023 06:42 PM
Bapak budak tu lepas cerai dah tak nak amik tau lagi ka hal anak?....bagi aku ini lebih kepada salah ...


"Suspek wanita didapati menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak suaminya meninggal dunia pada September 2022," katanya.
Quote azimodin 28-8-2023 06:47 AM
Aku tengok drama korea "first responder". Ada satu episode ni mak & bf hobinya cederakan anak untuk collect insurance. sanggup langgar anak sampai tercampak body budak tu atas perhentian bas.
Kita fikir Drama memang selalu melebih2. Tapi dunia sebenar lagi teruk rupanya
Quote n3ar 28-8-2023 08:14 AM
matamata replied at 27-8-2023 06:42 PM
Bapak budak tu lepas cerai dah tak nak amik tau lagi ka hal anak?....bagi aku ini lebih kepada salah ...

bodo...selalu kalau cerai hak jagaan anak akan dapat ke si ibu unless ada isu lain macam ibu curang, ibu terlibat dgn benda terlarang atau jenayah..


dah kalau ibu dia jaga dan duk ngan boifren, lepas tu main belasah jer anak waktu tu sampai mati, waktu mana yang bapak dia nak tahu anak dia kena dera?

dan berita tu tulis bapak dia dah meninggal, so aku repeat...bodo


Quote sangbara2020 28-8-2023 10:29 AM
adoiii.........benci betul berita cmnih

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.072058 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top