CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 57 Tahun Disyaki Cabul Penghantar Makanan Ditahan

26-8-2023 03:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1990| Komen: 2

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun kerana disyaki mencabul seorang penghantar makanan lelaki di sebuah rumah di Sungkai, Tapah, Khamis lalu.


Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Mohd Naim Asnawi berkata penghantar makanan berumur 34 tahun itu mendakwa dicabul lelaki berkenaan ketika dia menghantar makanan pada pukul 9.30 malam.

"Tangkapan ke atas suspek dibuat pada pukul 10.30 malam, hari yang sama. Setelah siasatan dijalankan suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 1 pagi semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aku_best 26-8-2023 03:07 PM
Lelaki dewasa pun dah tak selamat sekarang...adoii...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.384891 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top