CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Berlakon Dengan Tok Wan - Alyssa Dezek

26-8-2023 02:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10978| Komen: 14

Penyanyi remaja, Alyssa Dezek gementar apabila dimaklumkan bakal berlakon bersama pengacara sensasi, Azwan Ali dalam video muzik single terbarunya berjudul Faham Tak?

Bagaimanapun, rasa takut dan paranoid hilang apabila Alyssa atau nama sebenar, Aryanna Alyssa Dezek, 15, mendapati Azwan baik hati dan banyak memberi nasihat kepadanya.



"Idea untuk pelawa Tok Wan (Azwan) terbabit dalam video muzik ini dicetuskan pasukan produksi. Kebetulan beliau popular dengan frasa 'kau sekolah tak? dan 'kau faham tak?... Sama dengan judul lagu saya.

"Ketika hendak jumpa Tok Wan untuk bincang pasal projek ini, rasa takut juga. Selepas berlakon bersama, ternyata beliau sangat baik orangnya.

"Tok Wan beri nasihat saya kena sentiasa rendah diri dan hormat mereka yang lebih tua dan berpengalaman," katanya pada majlis pelancaran video muzik Faham Tak? di sini, semalam.


Video muzik arahan penyanyi As'ad Motawh itu menyaksikan Azwan memegang watak sebagai bapa Alyssa yang tidak senang dengan minat anaknya dalam bidang seni.

Sementara itu, berkongsi mengenai single ciptaan bersama Acap Salim, Faizal Tahir, Glow Rush, Mike Chan dan Nick Ariff itu, Alyssa yang pernah tular dengan single Lagu Untuk Kamu berkata, dia terpaksa menunggu dua tahun sebelum karya itu dilancarkan di platform digital, awal tahun ini.


"Lagu ini sudah dirakamkan sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, Januari tahun baru ia temui peminat.

"Keadaan ini berlaku kerana ada rombakan yang perlu dibuat pada lirik bagi menyesuaikan dengan melodi," katanya.

Video muzik rasmi lagu Faham Tak? boleh ditonton di YouTube, sejak malam tadi.


Sumber: BH Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 26-8-2023 02:54 PM
Jutawan senyap dak ni...
Quote Lolalala 26-8-2023 02:59 PM
anilanil: Jutawan senyap dak ni...


Apa yg buat dia jadi jutawan?
Quote meowww05 26-8-2023 03:05 PM
Makin cntk pulak budak ni.
Quote little_sis 26-8-2023 03:57 PM
Dah besar dahh budak ni.. kayaaa
Quote Aneem 26-8-2023 05:01 PM
Tolong kekal sopan dan behave ye.
Quote TomyamPuteh 26-8-2023 05:30 PM
Aku suka budak ni. Pndai mak ayah dia didik. Ngaji pun sedap.
Quote kitaserupaaa 26-8-2023 05:33 PM
Dia ni youutuber yg follower juta2 kan ? Viewer video kt channel dia pun mcm puluh2 juta.
Quote Mary_jane 26-8-2023 05:51 PM
Remaja dah dia. Kat astro ceria dok ulang2 dia interview Zizan & Johan masa filem apa ntah baru keluar. Kecik je masa tu.
Quote pocongkiutss 26-8-2023 05:58 PM
Iols suka dia ni..tolonglah jgn jd cam dak2 lain bila dh akil baligh terlebih merenyam mcm qestena resah
Quote pocongkiutss 26-8-2023 05:59 PM
Lolalala replied at 26-8-2023 02:59 PM
Apa yg buat dia jadi jutawan?

Youtuber sis..video2 dia tu budak2 yindon pun suka..so ramai la fans dia
Quote PocongTerbang 26-8-2023 06:52 PM
Besar dah budak ni,harap2 dapat jaga diri ye dik sbb setakat ni tak pernah dengar cerita tak elok psl dia ni
Quote makneng 26-8-2023 07:11 PM
Semoga sheolls x rebel mcm yg sorang tu
Quote she 26-8-2023 07:33 PM
Bagus budak nih
Jenis macam mudah jaga
Mungkin sebab dia matang
Quote jambatannetizen 27-8-2023 12:51 AM
makin cantikk

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.053530 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top