CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lambat Hantar Minuman, Seorang Pengusaha Gerai Dibelasah Lelaki Mabuk

26-8-2023 01:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2475| Komen: 3

Kuala Lumpur: Hanya kerana lambat menghantar minuman, seorang lelaki dipercayai mabuk membelasah seorang wanita pemilik gerai di Sentul, dekat sini, awal pagi tadi, menggunakan topi keledar dan cota.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata kejadian kira-kira jam 6 pagi ketika gerai makanan di Jalan Perhentian Haji Salleh itu sedang bersiap memulakan perniagaan.

Gambar tular suspek menyerang pekerja wanita sebuah gerai di Jalan Perhentian Haji Salleh, Sentul.

"Memandangkan gerai baru sahaja dibuka, pekerja gerai berkenaan menjelaskan pesanan tidak dapat dibuat dengan segera menyebabkan suspek bertindak memaki hamun.

"Suspek beredar selepas pesanannya diterima, namun kembali semula 30 minit kemudian dan memaki hamun mangsa yang juga pemilik premis dengan perkataan kesat.

"Malah suspek bertindak memukul kepala pekerja gerai terbabit menggunakan sebatang penyapu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ahmad Sukarno berkata mangsa yang juga seorang warga tempatan berusia 44 tahun kemudiannya membuat laporan polis pada jam 8.03 pagi.

Katanya, selesai sahaja membuat laporan lebih kurang jam 8.30 pagi, suspek sekali lagi datang ke premis bersama seorang rakan dan menyerang pengusaha dan pekerja gerai makan terbabit.

"Suspek memaki hamun mangsa dan pekerjanya serta bertindak merosakkan peralatan di gerai tersebut. Mangsa yang ketakutan terus menghubungi talian 999.

"Sepasukan anggota kereta peronda (MPV) dihantar ke tempat kejadian dan berjaya memberkas kedua-dua suspek di kedai bersebelahan lokasi kejadian," katanya.

Ahmad Sukarno berkata, polis merampas beberapa objek dipercayai digunakan dalam kejaduan itu termasuk cota, topi keledar berwarna biru.

Katanya, semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau manakala seorang lagi tiada rekod.

"Ketika kejadian, suspek berkenaan dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (menyebabkan kecederaan) dan 427 Kanun Keseksaan (perbuatan khianat)," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 26-8-2023 02:22 PM
India mabok todi...
Quote airfilterkotor 26-8-2023 04:39 PM
9 rekod jenayah lampau.

Apa kata.... sapa² yg rekod jenayahnya melebihi dari 2 dan ke atas, sunat laser sampai habis.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.273646 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top