CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Hilang Di Rompin Semalam Ditemui Lemas

26-8-2023 01:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8598| Komen: 11

Kuantan: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin, semalam, ditemui lemas hari ini.

Operasi pasukan mencari dan menyelamat mangsa di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin. - Foto FB Bomba & Penyelamat Negeri Pahang


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata mayat Mohd Iman Daniel Azri, 14, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 6.59 petang, selepas timbul lima meter dari lokasi dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ringkas dalam satu kenyataan malam ini.

Semalam media semalam melaporkan, Mohd Iman Daniel yang beralamat di FELDA Keratong 4, Rompin, dipercayai dihanyutkan arus ketika mencari kepah di sungai berkenaan, bersama rakannya. 


Sumber: BH Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 26-8-2023 01:50 PM
Lain kali pakai safety jaket klau cari kepah.
Quote Tinot7 26-8-2023 02:46 PM
Takziah kpd keluarga
Quote noor2 26-8-2023 04:22 PM
X de sapa bukak thread Maran banjir kilat ke smlm...mcm teruk je
Quote bintangct 26-8-2023 05:40 PM
nape tajuk tak letak mayat atau ayat mati lemas
Quote Ayda89 26-8-2023 06:51 PM
Nampak kat tiktok video mayatnya timbul,mak arwah budak tu meraung2 panggil anaknya. Tak sampai hati nak dengar
Quote noor2 26-8-2023 07:12 PM
Ayda89 replied at 26-8-2023 06:51 PM
Nampak kat tiktok video mayatnya timbul,mak arwah budak tu meraung2 panggil anaknya. Tak sampai hati ...

Ya allah sedihnya
Quote Ayda89 26-8-2023 07:59 PM
noor2 replied at 26-8-2023 07:12 PM
Ya allah sedihnya

Memang ikut menangis kalau tengok video tu huhuhu
Quote noor2 26-8-2023 08:02 PM
Ayda89 replied at 26-8-2023 07:59 PM
Memang ikut menangis kalau tengok video tu huhuhu

Tu la...baca pun dah rasa sebak sgt..

Sekarang ni dah start musim hujan..bahaya pi sungai..
Quote wirazam 26-8-2023 10:07 PM
Kes yg Dulu..yg tinggal motor je tu dah jumpa ke? Kat Johor or Pahang rasanya
Quote dua_chzy 26-8-2023 10:10 PM
Uiiii luasnya sungai Pahangggg

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.329928 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top