CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Culik Budak Lelaki Kerana Permintaan Anak Perempuan

26-8-2023 01:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1830| Komen: 3

New Delhi: Suami isteri ditahan kerana menculik seorang bayi lelaki berusia sebulan, selepas anak perempuan mereka meminta saudara lelaki untuk mengikat 'rakhi' pada festival keagamaan yang akan datang, kata polis pada Jumaat.


Rakhi adalah peristiwa istimewa secara tradisional diberikan kepada saudara lelaki daripada saudara perempuan untuk meraikan ikatan emosi dengan mengikat benang suci di sekitar pergelangan tangan.

Portal NDTV melaporkan, menurut polis, pasangan suspek berkenaan Sanjay Gupta, 41, dan Anita Gupta, 36, dari Raghubir Nagar di Tagore Garden sebenarnya mempunyai anak lelaki berusia 17 tahun, namun anaknya itu meninggal dunia, tahun lalu.


Pada awal pagi Khamis lalu, polis mendapat maklumat berhubung kes penculikan membabitkan bayi kepada gelandangan yang juga seorang wanita orang kurang upaya (OKU).

Wanita itu dan pasangannya yang membuat aduan itu, tinggal di laluan pejalan kaki di Chhatta Rail Chowk.


Mereka mendakwa bahawa apabila terbangun kira-kira jam 3 pagi, bayi mereka sudah tiada dan mengesyaki seseorang menculiknya, kata seorang pegawai kanan polis.

Semasa siasatan, polis memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kawasan berhampiran dan melihat dua orang yang membawa basikal berkeliaran di kawasan itu.

Polis memeriksa rakaman 400 kamera CCTV di kawasan sehingga ke sebuah hospital, kata pegawai itu.

Pegawai polis itu berkata, polis menganalisis semua butiran dan mendapati basikal yang dikesan didaftarkan atas nama Sanjay.

Sekitar tempat kejadian di kenal pasti terdedah kepada jenayah dan justeru itu, kira-kira 15 anggota polis dikerahkan bersama kakitangan wanita yang dilengkapi senjata bertindak mengepung kawasan itu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Utara, Sagar Singh Kalsi berkata, pihaknya turut melakukan pemantauan ke Blok C di Raghubir Nagar di Tagore Garden, di mana mereka menemui suami isteri dan bayi yang diculik itu.

Beliau berkata, Sanjay dan Anita mendedahkan bahawa anak lelaki mereka meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan pada 17 Ogos tahun lalu,

Anak perempuan mereka berusia 15 tahun meminta seorang saudara lelaki untuk mengikat 'rakhi' pada festival keagamaan yang akan datang.

"Jadi, mereka memutuskan untuk menculik seorang budak lelaki. Pasangan itu mendapati ada bayi lelaki tidur agak jauh dari ibunya berhampiran Chhatta Rail Chowk dan menculiknya untuk menjaganya sebagai anak mereka.

"Rekod jenayah lampau mendapati Sanjay seorang artis tatu mengikut profesionnya, sebelum ini terbabit dalam tiga kes jenayah, manakala Anita adalah seorang pelukis inai (henna artist).

"Ibu bayi yang diculik itu mengalami kecacatan kedua-dua tangan dan kaki. Pasangannya pula adalah pencari barangan lusuh untuk dijual sebagai sumber rezeki. Mereka kehilangan tempat tinggal dan kini berteduh di laluan pejalan kaki," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 26-8-2023 02:04 PM
basikal kena daftar ye kt sana?
Quote jazaa100 26-8-2023 02:12 PM
Bagi je lah anak tu bior dorang bela ....
Kau nk bela, kau sendiri pun gelandangan....nati budak tu pun jd gelandangan ......

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.081801 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top