"Saya ada hak untuk berpolitik bagi menentukan nasib dan masa depan anak cucu kerana lahir di negara ini," kata pempengaruh media sosial, Dd Chronicles yang mengulas dakwaan dia seorang warga asing.
Dd atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra'e, 43, menyifatkan tindakan beberapa pihak mendakwa dia seorang warga asing sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab. "Saya dilahirkan dan dibesarkan di negara tercinta ini selain mendapat pendidikan di sini. Jadi mana datangnya dakwaan yang mengatakan saya orang luar. "Biarpun ibu bapa saya pemegang kad pengenalan merah, tapi Allah takdirkan saya lahir di sini. "Dakwaan yang menyatakan saya seorang warga asing adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal waras," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Terdahulu, tular dakwaan di media sosial baru-baru ini, bahawa DD adalah warga asing dan terdapat kecurian data apabila orang ramai dapat mengakses maklumat peribadinya. Dd berkata, tindakannya berkempen ketika Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini, juga tidak seharusnya dijadikan isu kerana ia adalah satu kebebasan untuk berpolitik di negara ini. "Malaysia adalah negara demokrasi dan saya merasakan tidak menjadi satu kesalahan untuk saya menyokong atau memilih wadah politik tertentu. "Saya berhak menyuarakan pandangan dan pendapat saya demi masa depan anak cucu saya kelak," katanya. Dd berkata pada awalnya, dia tidak terkesan dengan dakwaan berkaitan kad pengenalan dan identitinya itu yang tersebar di media sosial. "Terus terang saya katakan, saya tidak terkesan apa-apa pada mulanya sebab saya tahu segala tohmahan itu tidak benar. "Namun apabila perkara ini mengganggu emosi isteri dan anak saya, saya sifatkan ia sebagai tindakan melampau dan perlu segera dihentikan," katanya. Peguam Dd, Asiah Abd Jalil berkata, laporan polis itu dibuat kerana mengancam keselamatan anak guamnya selain berkaitan satu polisi insurans yang tertera nama Dediy disebarkan di media sosial. "Beliau secara peribadi tidak pernah membuat apa-apa permohonan untuk menyertai skim insurans berkenaan. "Malah, beliau juga tidak pernah menandatangani apa-apa surat permohonan, surat persetujuan atau sebarang kontrak insurans dengan skim terbabit," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar, ketika dihubungi, hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan ia masih dalam siasatan. Sumber: BH Online
|
Wek_omeh2 replied at 26-8-2023 04:20 AM
Dari tengok.DD ni baek aku tengok kambing yang aneh. Ada amsyar,katek,tyson,peah,erickudin..lagi ter ...
Atiesha replied at 26-8-2023 09:23 AM
ada tyson,eva avery jugak...jgn lupa star kandang c kamaruddin...????????????
opie5662 replied at 26-8-2023 09:16 AM
Aku percaya je die bukan warganegara. Aku ade budak keje boyan, diorg bukan lahir sini pon... Tp ade ...
Wek_omeh2 replied at 26-8-2023 06:04 PM
Dalam sb dia memang keturunan yindon pon kan
ADVERTISEMENT