CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Pertama Rahim Sepahtu Ambil Masa 2 Minggu Nak Terima Suami Bakal Kahwin Lagi

25-8-2023 06:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16035| Komen: 9

Isteri pertama kepada pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu iaitu Norazlin Abdullah mendedahkan dia telah mengurung dirinya selama dua minggu di dalam bilik selepas suaminya memberitahu bakal bernikah sekali lagi.


Menerusi hantaran video di TikTok Sinar FM, Norazlin atau mesra dengan sapaan Kolin berkata, mustahil untuk dia tidak berasa sedih apabila mendapat tahu berita tersebut.


Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk melupakan rasa sedih itu selepas dua minggu berkurung.

"Saya percaya semua wanita akan berasa sedih bila tahu suami mahu kahwin dua. Mustahil kalau saya kata tidak sedih.

"Berapa lama masa untuk move on itu bergantung kepada individu, macam saya hanya mengambil masa dua minggu sahaja.

"Sebabnya, Rahim memainkan peranan dia sebagai suami dengan baik. Saya rasa tidak dibuang pun.

"Sepanjang dua minggu itu saya duduk dalam bilik. Saya tak keluar rumah, tak pergi mana-mana.


"Kemudian baru diri saya dah rasa okey. Saya keluar bilik. Terus saya move on dan lupakan perasaan sedih itu," katanya.


Kolin berkongsi mengenai perkara itu ketika menjadi tetamu dalam sebuah segmen di stesen radio tersebut, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Kolin berkata ibunya merupakan individu yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya.

"Sumber kekuatan itu mungkin datang daripada ibu saya. Dia pernah pesan dekat saya mengatakan yang setiap orang ada bahagian mereka masing-masing. Mungkin inilah bahagian saya (hidup bermadu).

"Waktu berlaku itu saya senang dengan suami, tak akan saya nak lepaskan dia., tak akan saya nak lepaskan dia. Kami sudah ada keluarga, ada anak-anak. Semua sudut diambik kira dan difikirkan," katanya lagi.


Rahim atau nama sebenarnva Rahim Mat Ali, 49, mempunyai dua orang isteri iaitu Norazlin Abdullah, 43, dan Lily Khay berasal dari Simpang Renggam, Johor.

Pelawak itu dikatakan berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 2015 atas persetujuan isteri pertama dan mendedahkan perkara itu kepada umum setahun kemudian.

Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Rahim dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Myhappyending 25-8-2023 08:52 PM
Nightmare scoll porom ni dari muka pastik sejeri nanad, kening ulat bulu sampai abg rahimmm kau
Quote kawaiichicken 25-8-2023 09:53 PM
dulu cik chicken rajin singgah bod bini no 2 dia...sekarang still ada ke
Quote Knowlee 25-8-2023 10:14 PM
Quote telracs 25-8-2023 10:32 PM
2 minggu je...?
Quote lanacondor 26-8-2023 12:18 AM
Xsilap ada terbaca dlo bini first dia ckp Rahim pkul dia. Tpi mmg puji la bini first mmg baik. Perasan la bini no 2 ni suka nk menempel kt artis2 lain. Tp artis lain buat dunno je. Kalau dorg cerita2 psl Rahim mesti tag bini first. Arwah Sarah dlo slalu rajin tag bini first
Quote kerani_je 26-8-2023 12:47 AM
Bini no 2 over nye lahai. Klau tgk ig die mmg mntak dikecam lah..Lebih sudu dari kuah. Die la terpaling bini abang rahim. Padahal berlakikan rahim mok mok je pun
Quote pocongkiutss 26-8-2023 12:55 AM
Semoga ada rezeki bung rahim kawin no 3..amin
Quote sleepandream 26-8-2023 02:29 AM
cuba wartawan tanya bini no 2 pulak... POV dia... apa yg buat dia sanggup jadi bini no 2? kenapa tak cari yg bujang... gittuhhh
Quote jambatannetizen 27-8-2023 12:35 AM
overnyeee lahai

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.036989 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top