CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sesat Jika Guna Istilah Isteri Pertama Untuk Dihargai, Kedua Untuk Dicintai – Ustaz Azhar Idrus

25-8-2023 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10050| Komen: 18



PETALING JAYA – Kebelakangan ini isu poligami kembali menjadi bualan hangat netizen apabila melibatkan beberapa individu yang dikenali ramai. Disebabkan itu, muncul bermacam istilah di media sosial mengenai isteri pertama dan kedua.

Istilah ‘isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai’ tidak terkandung dalam mana-mana kitab.

Malah menurut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, istilah tersebut hanyalah perkataan yang dimainkan netizen tanpa merujuk mana-mana hadis atau kitab.

Jelas beliau, jika ada individu yang mengamalkan istilah itu dalam Islam, maka sememangnya dia sudah sesat dan balasannya adalah neraka.

“Itu hanya perkataan yang dimainkan netizen, jadi kita nak ikut netizen atau hadis? Kalau ikut netizen maka sesatlah kamu dan jumpa api neraka.

“Hanya dua perkara sahaja yang kita perlu ikut iaitu al-Quran dan hadis, jika kita tidak ikut kedua-dua ini, maka kita akan sesat,” katanya dalam video ceramah yang dikongsi di laman Facebooknya hari ini.


Mengulas lanjut, Azhar berkata, kebanyakan status atau perkongsian di laman Facebook hanyalah semata-mata ingin mendapatkan ‘like’ dan ada sesetengah individu tidak merujuk mana-mana kitab atau hadis sebelum berkongsi.

“Tidak salah buat status (hantaran) setiap hari, tetapi pastikan apa yang dikongsi itu betul. Kadang-kadang benda (apa yang dikongsi itu) tidak betul, salah dari segi akidah, agama, syarak, budaya dan kehidupan masyarakat Melayu.

“Kerana ingin perhatian di media, apa yang kita tulis kita terus hantar ke media sosial dan seluruh dunia boleh lihat status tersebut,*ujarnya.

Azhar menambah, sepatutnya semua individu perlu menulis perkara yang baik dan perlu menjaga perasaan isteri pertama supaya tidak menjadi mangsa kecaman orang lain.

“Sebenarnya isteri pertama dan kedua adalah tanggungjawab kita dan kita akan ditanya diakhirat.

“Sebab itu, nabi kata, suami yang baik adalah suami yang akan berbuat baik kepada semua isteri, tidak kiralah berapa isterinya,”jelasnya.- CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 25-8-2023 05:31 PM
lelaki yang baik takkan mendua tiga kan isterinya
Quote Buritan 25-8-2023 05:36 PM
Paiya replied at 25-8-2023 05:31 PM
lelaki yang baik takkan mendua tiga kan isterinya

Depa lelaki baik cuma tang kote je kurang baik.. hahaha.. bini korang skandal korang marah..sama je konsep.. cuma satu halal satu haram...
Quote Paiya 25-8-2023 05:44 PM
Buritan replied at 25-8-2023 05:36 PM
Depa lelaki baik cuma tang kote je kurang baik.. hahaha.. bini korang skandal korang marah..sama j ...

hati tak baik la tu sanggup lukakan hati isteri

kote tu memang terlebih baik
sebab tu sanggup je lebih dari satu



Quote Buritan 25-8-2023 05:48 PM
Paiya replied at 25-8-2023 05:44 PM
hati tak baik la tu sanggup lukakan hati isteri

kote tu memang terlebih baik

Cmn ek kongsii kote.. aku kongsi spenda pun tak mo
Quote FOTHER-MUCKER 25-8-2023 05:58 PM
Tak cinta maka tidak di hargai.
Quote Triple_8 25-8-2023 06:46 PM
Paiya replied at 25-8-2023 05:31 PM
lelaki yang baik takkan mendua tiga kan isterinya

Sekiranya anda seorang muslim, tuduhan buruk yang umum untuk semua kaum lelaki dalam dunia ini sudah pun terkena pada nabi Muhammad dan sebahagian sahabatnya, serta sebahagian nabi dan rasul sebelumnya.
Quote AkokKocik 25-8-2023 07:48 PM
Edited by AkokKocik at 25-8-2023 07:53 PM

Ustaz pun sesat, manada nabi kata berbuat baik kpd semua istri, xkira berapa istrinya, nabi kata...

"Lelaki yang baik adalah lelaki yg berbuat baik kpd keluarga & istrinya".

Screenshot_20230825_193742_Google.jpg

DyjbkLMUUAUEBze.jpg

lelaki-terbaik (1).jpg

..dasar lobai nipu utk selamatkn dirinya.

Quote Paiya 28-8-2023 07:37 AM
Triple_8 replied at 25-8-2023 06:46 PM
Sekiranya anda seorang muslim, tuduhan buruk yang umum untuk semua kaum lelaki dalam dunia ini sud ...

maaf saudara

itu cuma pendapat aku saja
secuit pendapat

daripada manusia yang bukan siapa-siapa
takkan membawa apa-apa
dan aku tetap percaya

lelaki yang baik
memang takkan mendua tiga kan isterinya
jika itu melukai hati isteri

kalau dalam kes isteri rela

itu lain cerita






Quote Paiya 28-8-2023 07:39 AM
Buritan replied at 25-8-2023 05:48 PM
Cmn ek kongsii kote.. aku kongsi spenda pun tak mo

entah

aku kongsi berus gigi dengan laki pun geli



Quote Zack8hunter 28-8-2023 07:42 AM
tak follow sgt citer mamat tesla ni, tp apa yg dia kata tu idoklah sampai dia claim cite dr Al-Quran, Hadis, kitab.. ala2 mcm ayat sendri yg buat nk sedapkn hati jer sbnrnya...so aku confuse tang mana yg sesatnya?
Quote Suchi 28-8-2023 08:03 AM
AkokKocik replied at 25-8-2023 07:48 PM
Ustaz pun sesat, manada nabi kata berbuat baik kpd semua istri, xkira berapa istrinya, nabi kata...
...

Haha ni sama mcm abang tesla tu sukati tafsir surah an nisa tu jadi lain sgt sbb nak membenarkan apa yg dia buat.
Konpiden beli kat mana tah, pastu awak tu dah la pempengaruh sukati je salah tafsir surah nnt jd ikutan org lain yg mmg bengap main ikut je apa kata pempengaruh
Quote B40tastePosh 28-8-2023 10:24 AM
Kalau aku jadi ustaz aku sebut...LAKNATULLAH
Quote B40tastePosh 28-8-2023 10:26 AM
Buritan replied at 25-8-2023 05:48 PM
Cmn ek kongsii kote.. aku kongsi spenda pun tak mo

Kannn....dah pulak tu masuk dlm rongga badan...spende yg letak kat luar badan pun dah geli....lagi yang dimasukkan dalam rongga badan.
Quote pekanwoohoo 28-8-2023 10:31 AM
Azhar Idrus pulak melebih dari Tuhan siap boleh bagitahu orang tu masuk syurga orang tu masuk neraka. Sekarang ni siapa yang sesat nih?
Quote otai_g 28-8-2023 10:43 AM
Paiya replied at 25-8-2023 05:31 PM
lelaki yang baik takkan mendua tiga kan isterinya

Sbb lelaki yg baik akan mengempatkan isterinya? Gitu ya pak

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.197619 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top