CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Remaja ‘Bina’ KLCC Dengan Botol Mineral, “Mantap Dik, Semoga Satu Hari Nanti Menjadi Arkitek Terkenal Di Mata Dunia,”

25-8-2023 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18409| Komen: 16




Sempena sambutan hari kemerdekaan negara minggu hadapan, dua remaja berasal dari Tanjong Karang berjaya membina replika bangunan ikonik negara iaitu Menara Berkembar Petronas atau lebih dikenali sebagai KLCC hanya menggunakan botol air mineral.

Berdasarkan beberapa klip video yang dikongsi di laman sosial, mereka hanya menggunakan botol mineral terpakai dan gam untuk menghasilkan replika tersebut.

Setelah siap, replika itu di letakkan di halaman rumah dan menariknya, menara terbabit turut dihiasi lampu berwarna-warni khusus untuk tatapan pada waktu malam.

Difahamkan, mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Desa, Tanjong Karang.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan dua remaja terbabit kerana dapat membina menara ikonik itu dengan menggunakan barangan terpakai.

“Tahniah anak-anak muda. Perjuangkan kemerdekaan tanah air kita,” tulis Azizah Yusof.


“Ini orang kampung saya, tengok dalam video dah cantik kalau tengok depan-depan lagi cantik,” kata Ratna Dian Rahayu.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Haisyham.

“Mantap dik, semoga satu hari nanti menjadi arkitek terkenal di mata dunia,” ujarnya. – CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 25-8-2023 05:08 PM
HebAk ko dik.. moga jd anak bertuah.. dah pandai nanti jgn masuk politik.. habahaha
Quote September14 25-8-2023 09:41 PM
Aku ingt beshe2 tp cntik klcc diorg buat
Quote t_hahahaha 25-8-2023 09:48 PM
jangan jadi arkitek la. nak kaya lambat. dah la gaji awal2 underpaid. done mengeruhkankan keadaan
Quote Perawankota 25-8-2023 09:53 PM
Kecik2 dulu orang selalu cerita klu kat kampung2, kat Felda selalu ada pertandingan menghias kampung/rumah.. zaman sekarang ni ada lg ke?
Quote sisturNgensot 25-8-2023 09:53 PM
Edited by sisturNgensot at 25-8-2023 09:54 PM
September14 replied at 25-8-2023 09:41 PM
Aku ingt beshe2 tp cntik klcc diorg buat

Cantik gila uols..budak semuda ni boleh buat macam ni patut masuk malaysia book of records
[fbp]https://www.facebook.com/100044483197537/posts/pfbid02hrCCDKqggSQJvhN1fg5PLoAkyeTCYaw3ouXc1Ghw8AcbsKV1HaM9Ahcbrrxnq162l/?mibextid=Nif5oz[/fbp]


[fbp]https://www.facebook.com/100044483197537/posts/pfbid02hrCCDKqggSQJvhN1fg5PLoAkyeTCYaw3ouXc1Ghw8AcbsKV1HaM9Ahcbrrxnq162l/?mibextid=Nif5oz[/fbp]
Quote dua_chzy 25-8-2023 09:59 PM
Waaaah cantik! Tahniah dek! Nanti boleh la join pertandingan STEM banyak2.
Quote airfilterkotor 25-8-2023 10:01 PM
t_hahahaha replied at 25-8-2023 09:48 PM
jangan jadi arkitek la. nak kaya lambat. dah la gaji awal2 underpaid. done mengeruhkankan keadaan

Liability besar... oang kata sain mati kat borang G.
Done simbah petrol.
Quote t_hahahaha 25-8-2023 10:09 PM
airfilterkotor replied at 25-8-2023 10:01 PM
Liability besar... oang kata sain mati kat borang G.
Done simbah petrol.

tapi bos arkitek kaya. staff bawahan je la yg tah pape. gaji tak setimpal dengan apa yang kita study. mengeruhkan keadaan lagi.
amek akaun dikkkk. lagi berdendum2 gaji
Quote Tunan 26-8-2023 12:36 AM
dua_chzy replied at 25-8-2023 09:59 PM
Waaaah cantik! Tahniah dek! Nanti boleh la join pertandingan STEM banyak2.

Yg sorg tu f4, tp ambil psv... adiknya f3
Quote she 26-8-2023 05:39 AM
Helok dekkkk
Teruskan minat kreatif ni

Macik sapot
Quote jiwasemangat 26-8-2023 08:22 AM
Tapi kann.. bahan dari plastik ni, ujong² nampak murah. Kalau drive lalu kat felda banyak laa menda² se gini. ..nanti tak boleh nak jual roti sapu kaya kat atas je ponnn, sampai RM17 hingget..
Quote airfilterkotor 26-8-2023 09:59 AM
t_hahahaha replied at 25-8-2023 10:09 PM
tapi bos arkitek kaya. staff bawahan je la yg tah pape. gaji tak setimpal dengan apa yang kita stu ...

Tak semua bos archipek kaya. Kalau nampak macam kaya pun, susah dalam hati dia tak siapa pun tau.
Done simbah kerosene.

Quote Weller 26-8-2023 04:59 PM
Perawankota replied at 25-8-2023 09:53 PM
Kecik2 dulu orang selalu cerita klu kat kampung2, kat Felda selalu ada pertandingan menghias kampung ...

tengok management felda kawasan la.....ok ke tidak. kalau ok, masuk kampung felda tu pun dah wow. kalau management hauk, kampung pun hauk.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056154 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top