CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Gadis Diikat Batu Ditemui Terapung Di Sungai

25-8-2023 02:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15237| Komen: 9

Jawa Tengah, Indonesia: Mayat seorang gadis berpakaian seragam pengakap ditemui di dalam sungai dengan tubuhnya diikat dengan batu didakwa telah dibunuh dan ditenggelamkan.

Memetik laporan Tribun News, mayat tersebut ditemui dalam keadaan terapung di dalam sungai di Pemelang, Jawa Tengah, Indonesia pada Selasa.



Difahamkan kakak mangsa, Kusmiyati sebelum ini mencari adiknya yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu dengan bertanya kepada rakan-rakan namun usahanya gagal.

Dia kemudian menerima panggilan telefon daripada pihak polis untuk menghadirkan diri ke hospital bagi proses pengecaman mayat.

"Pada mulanya kami tidak percaya kerana mayat itu memakai pakaian seragam pengakap. Adik saya tidak bersekolah.

"Tapi saya lihat tangan, kaki, kuku, jari dan beberapa ciri lain, akhirnya saya yakin itu adik saya," katanya.

Identiti mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Rika Indriyeni yang merupakan seorang pekerja restoran makanan Padang dan bukanlah seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti pengakap.


Susulan itu, polis mengesyaki suspek telah membunuh Rika dan menukar pakaian mangsa untuk menyembunyikan bukti.

Dalam pada itu, suspek juga didakwa mengikat gadis berusia 20 tahun tersebut dengan batu dipercayai untuk meneggelamkan mayat mangsa.


Sumber: Oh Bulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 25-8-2023 02:56 PM
fetish pakaian seragam??
Quote kemaruk 25-8-2023 02:57 PM
Roleplay BDSM gone wrong ke
Quote grouper 25-8-2023 03:00 PM
Ikat batu kerikil ke ape sampai blh terapung bila mayat dah kembung. Klau yg pro dia toreh2 dlu mayat baru buang bila gas dah start keluar x terperangkap le gas tu keluar ikut torehan tu
Quote supernaturalee 25-8-2023 05:08 PM
nmpk cam cetek dan kecik je sg
batu besor mana yg diikat tu?
sebesar kerikil??

Quote Ayda89 25-8-2023 10:39 PM
Sadisnya….
Quote B40tastePosh 25-8-2023 10:49 PM
Fetish uniform la tu.

Quote Tinot7 25-8-2023 11:18 PM
Takziah kpd keluarga..

Kisah2 mcm ni la wat iols ngeri nak jjcm ke sana..
Quote liyamariska 26-8-2023 06:08 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...

kes2 bunuh camni confirm org2 yg dok area berdekatan nyer keje...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.042319 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top