CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gunung Singsing Puncak Ketiga Tertinggi Di Malaysia

25-8-2023 12:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 33152| Komen: 27

Kota Kinabalu: Jabatan Perhutanan Sabah mengesahkan bahawa Gunung Sinsing di daerah Tambunan adalah puncak ketiga tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2,586 meter dari aras laut (MSL).

Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Frederick Kugan berkata data ketinggian Gunung Sinsing itu diperolehi melalui ekspedisi sekumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Perhutanan Sepilok dan wakil Persatuan Komuniti Kampung Nupakan, Tambunan pada 10 Mei lalu.

Gunung Sinsing diisytihar puncak ketiga tertinggi di Malaysia. - Foto IG Sabah Tourism

Beliau berkata, data ketinggian Gunung Sinsing itu dicerap menggunakan peralatan penerima data sistem satelit navigasi global yang tepat, iaitu Stonex S900A Global Satellite System (GNSS).

"Data cerapan yang direkod kemudiannya diproses oleh juruukur berdaftar untuk menentusahkan ketinggian sebenar Gunung Sinsing dari MSL.


"Dengan menggunakan kaedah ini, didapati ketinggian Gunung Sinsing adalah 2,586 MSL sekali gus mengekalkan statusnya sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia dan Borneo," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Gunung Sinsing menarik perhatian orang ramai sejak tahun 2018 apabila ia diuar-uarkan di media sosial sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia dan Borneo, selepas Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,096 meter dan Gunung Trusmadi juga di negeri ini dengan ketinggian 2,643 meter.

Frederick berkata, Jabatan Perhutanan Sabah akan meneruskan usahanya untuk melindungi kawasan yang berkepentingan seperti Gunung Sinsing yang berhampiran dengan Gunung Trusmadi dan juga habitat pelbagai spesis flora dan fauna. 


Sumber: Bernama






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 25-8-2023 12:29 PM
nk gi hiking tak dan2 skrg ni
bole ke hiking situ mcm byk ular je
Quote dua_chzy 25-8-2023 01:05 PM
Miniagal oh sinnnnsinnngggg

[youtube]64W1Tqiir68?si=yFgE9Cvh89iy3wwb[/youtube]
Quote Tinot7 25-8-2023 01:29 PM
Tak pernah pi sabah.. best ka?
Tingin pi mabul.. tgk bideo mcm best jahh..
Quote brown_pupil 25-8-2023 03:18 PM
Tinot7 replied at 25-8-2023 01:29 PM
Tak pernah pi sabah.. best ka?
Tingin pi mabul.. tgk bideo mcm best jahh..

best..  u should go.
Quote Buritan 25-8-2023 05:18 PM
Sabah byk tempat cantik.. suhu pun bestt.. tambah dekat kaki gunung kk tuu . Suasana bestt.. mesia ni cantik..
Quote kitaserupaaa 25-8-2023 06:41 PM
Ada gng yg lagi tinggi dari gng singsing & gng trusmadi (officially 2nd highest mountain so far kat sabah) tapi jbtn hutan belum ukur secara rasmi. Tinggi gng tu katanya 3000++m
Quote Tinot7 25-8-2023 06:56 PM
brown_pupil replied at 25-8-2023 03:18 PM
best..  u should go.

Masuk list tahun depan je la..
Quote Perawankota 25-8-2023 10:10 PM
Tinot7: Tak pernah pi sabah.. best ka? ...


Sangat2 best… duduk kt chalet atas air kt mabul. Panjat bohey dulang dalam 650meter, boleh tgk view satu mabul cantik gila..

Cuma tak tahan, masa nk pi mabul tu naik bot kecik. Kena lak time hujan lebat, ombak kuat,basah abis.. Tapi pengalaman tu, best..
Quote hyie 25-8-2023 11:28 PM
rospinki replied at 25-8-2023 12:29 PM
nk gi hiking tak dan2 skrg ni
bole ke hiking situ mcm byk ular je

uols, kalau pegi hiking kan, ada ke tempat nak berak biasanya? atau di setiap pit point (atau panggil apa tah tu) memang disediakan toilet? meols selalu bayangkan orang yang pegi hiking ni berak je kat memana ikut dan ofcoz diorang cebok bawak botol kecik tu, tapi taiknya melepas kat mana? matilah soalan kbat sangat
Quote dua_chzy 26-8-2023 12:31 AM
hyie replied at 25-8-2023 03:28 PM
uols, kalau pegi hiking kan, ada ke tempat nak berak biasanya? atau di setiap pit point (atau pang ...


Berak kat hutan je la uols. Kalau jumpa sungai, tepi sungai. Mana hada tempat berak. Sebab tu seblom kincin ka vera ka, pandai2 mintak idzin dengan penghuni hutan dulu.
Quote fefeeling 26-8-2023 02:19 AM
hyie replied at 25-8-2023 11:28 PM
uols, kalau pegi hiking kan, ada ke tempat nak berak biasanya? atau di setiap pit point (atau pang ...

Aku pun slalu pikir ni.. teringin nk pi hiking apa semua ni tp aku kuat mkn ayam kunyit la ayam geprek la.. mau terberak2 aku sepanjang jalan
Quote jejaka_hensem 26-8-2023 02:32 AM
Tinot7 replied at 25-8-2023 01:29 PM
Tak pernah pi sabah.. best ka?
Tingin pi mabul.. tgk bideo mcm best jahh..

Jangan pergi tengok gunung kinabalu sis.
Nanti akinabalu akan panggil chuols pergi tengok dia lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Sbb iols ada perasaan sebegitu sekarang ni.mcm tak puas tengok walaupun seminggu hadap dia je tetiap hari
Quote Tinot7 26-8-2023 09:05 AM
Perawankota replied at 25-8-2023 10:10 PM
Sangat2 best… duduk kt chalet atas air kt mabul. Panjat bohey dulang dalam 650meter, boleh tgk vi ...

Best sgt ni.. mmg kena masuk list tahun depan
Quote Tinot7 26-8-2023 09:06 AM
jejaka_hensem replied at 26-8-2023 02:32 AM
Jangan pergi tengok gunung kinabalu sis.
Nanti akinabalu akan panggil chuols pergi tengok dia lagi ...

Gunung kinabalu mebbe not la.. iols ni tak fit..
Quote Beribear 26-8-2023 01:49 PM
Perawankota replied at 25-8-2023 10:10 PM
Sangat2 best… duduk kt chalet atas air kt mabul. Panjat bohey dulang dalam 650meter, boleh tgk vi ...

700m lah bohey dulang tu. Iolss pergi baru ni. Mmg sabah bestt sgt². Belah KK ke atau Tawau banyak tempat menarik. Cumanya haritu tak sempat explore Tawau sbb kesingkatan waktu. Hope next time dpt repeat
Quote rospinki 26-8-2023 04:40 PM
hyie replied at 25-8-2023 11:28 PM
uols, kalau pegi hiking kan, ada ke tempat nak berak biasanya? atau di setiap pit point (atau pang ...

Jarangla nk berak kalau ada pun terpaksa la korek tanah bawak air sdri cuci. Manade toilet disediakan. Masa nk naik tu kena ceramah dulu persediaan termasuk nk berak kencing smua. Baik uols berak kencing siap2.
Quote jejaka_hensem 26-8-2023 04:54 PM
Tinot7 replied at 26-8-2023 09:06 AM
Gunung kinabalu mebbe not la.. iols ni tak fit..

Pegi tengok je pun best sis.rasa hebat betul alam ciptaan Allah.gittew
Quote kitaserupaaa 26-8-2023 05:11 PM
hyie replied at 25-8-2023 11:28 PM
uols, kalau pegi hiking kan, ada ke tempat nak berak biasanya? atau di setiap pit point (atau pang ...

Kalau trek kinabalu, mmg ada toilet setiap rest point & kat hostel laban rata. Ade few gng yg ade toilet kat campsite. Biasanya kat sabah sarawak la macam trek gng mulu, murut, trusmadi. Campsite gng singsing pun ada toilet rasanya. Tapi toilet kt gng very basic la jenis curah air dari baldi.  gng2 kat oversea pun  banyak je yg sediakan toilet kat rest point.
Quote Tinot7 26-8-2023 05:25 PM
jejaka_hensem replied at 26-8-2023 04:54 PM
Pegi tengok je pun best sis.rasa hebat betul alam ciptaan Allah.gittew

Aritu tgk instastory sorang minah ni naik kinabalu.. iols tak bleh la.. iols jenis mabul, sipadan giteww..

Kalau iols fit balik, iols pi la

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.060653 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top