Pengacara dan juga pelakon, Daniel Cheang menerima pelbagai kecaman daripada netizen berikutan sikap ‘overnya’ menerusi sebuah program realiti Real Men Malaysia : Wira Merah. Dalam beberapa video viral, Daniel dilihat mengenakan pakaian yang tidak bersesuaian ketika berada di padang kawad. Lebih mencuri tumpuan, Daniel turut memakai topi, cermin mata dan membawa kipas mini leher. Matahari terik tuan. Tapi tuan dengar dulu penjelasan saya. Ini bukan pemanasa tapi kipas. Beri kelonggaran tuan. Berikutan daripada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa menyampah melihat sikap Daniel. Disebabkan itu juga Daniel digelar "budak sunat lazer" iaitu gelaran yang digunakan netizen untuk menggambarkan lelaki yang manja dan kurang lasak. - CARI |
Perawankota: Dia ni memang chinese ke
Belibis replied at 25-8-2023 12:01 PM
Maknanya budak tak sunat laa..lebih manjah dari sunat laser.
ADVERTISEMENT