CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkara Cium Bibir Pemain, Presiden Bola Sepak Sepanyol Luis Rubiales Letak Jawatan

25-8-2023 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3241| Komen: 11



Madrid: Selepas menerima kecaman hebat kerana mencium bibir pemain Sepanyol secara paksa selepas perlawanan akhir Piala Dunia Wanita, Presiden bola sepak Sepanyol, Luis Rubiales mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. 

Rubiales, 46, akan menyerahkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) hari ini di perhimpunan agung luar biasa, menurut laporan media tempatan.

Selepas kemenangan 1-0 Sepanyol ke atas England dalam perlawanan akhir di Sydney, Ahad lalu, Rubiales mencium bibir pemain tengah, Jennifer Hermoso meskipun tanpa rela pemain itu.

"Feminisme mengubah segala-galanya," tulis Menteri Kesaksamaan Sepanyol, Irene Montero di media sosial, sejurus selepas laporan itu muncul.


Rubiales berdepan tekanan hebat untuk meletakkan jawatan, dengan beberapa pihak termasuk Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, liga wanita Sepanyol dan beberapa kelab La Liga lelaki, serta di peringkat antarabangsa mengecam tindakannya itu.

Fifa membuka prosiding tatatertib terhadap Rubiales. Fifa berkata insiden itu kemungkinan ada berkaitan dengan pelanggaran artikel 13 perenggan 1 dan 2 kod tatatertib Fifa.

Bintang Sepanyol, Hermoso mengeluarkan kenyataan bersama dengan kesatuan Futpro, yang menggesa tindakan diambil terhadap Presiden RFEF.

"Kami sedang berusaha untuk memastikan bahawa tindakan seperti itu tidak terlepas daripada dikenakan hukuman.

"Ia untuk melindungi pemain bola sepak wanita daripada tindakan yang kami percaya tidak boleh diterima," kata kenyataan itu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 25-8-2023 08:40 AM
Awat tiberr tium2 org ni?
Quote Thunderclouds 25-8-2023 10:54 AM
Edited by Thunderclouds at 25-8-2023 10:56 AM

Etlis tepek la bidio vavi

Quote Thunderclouds 25-8-2023 10:57 AM
Thunderclouds replied at 25-8-2023 10:54 AM
Etlis tepek la bidio vavi

[youtube]klGN4lvgWdM?si=X4esHQSbg71J4nM_[/youtube]
Quote brego 25-8-2023 11:06 AM



tak berbaloi cemolot sampai kena letak jawatan  
Quote grouper 25-8-2023 11:07 AM
Klau mcm si casillas cium reporter lepas menang world cup ok la dianggap sweet gitu sbb awek dia...ini blh jadi kes amang seksual x?
Quote ifanonline 25-8-2023 11:07 AM
masa nak peluk2 ambil kesempatan la...ramas
Quote brego 25-8-2023 11:08 AM


badan penuh tattoo huduh

yucksss
Quote Belibis 25-8-2023 12:06 PM
Macam cium jantan jer...
Quote kemaruk 25-8-2023 12:08 PM
Bibir atas je.. ingatkan bibir bawah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.040471 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top