PETALING JAYA — Harga serendah RM1, seorang pengusaha kedai makan di Bukit Payung, Pokok Sena memperkenalkan makanan ‘Menu Sanusi'. Dalam satu hantaran tular di TikTok, menu tersebut akan ditukar pada setiap hari bergantung kepada peniaga tersebut.
“Antara makanan yang ditawarkan ialah mi kari, laksa, kuetiau, ayam goreng rempah, ayam masak kicap, ayam masak ros dan ayam rendang,” katanya. Difahamkan, menu berharga RM1 telah bermula sejak 2021, namun ia dijenamakan semula selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah baru-baru ini. Rata-rata orang ramai memuji usaha murni mereka dalam membantu orang ramai mendapatkan makanan dengan harga yang murah. “Terima kasih buat macam ini, sekurang-kurangnya ada keluarga yang tak mampu nak beli mahal-mahal dapat juga rasa. Moga murah rezeki semua,” kata Hany. “Okey lah RM1 dengan kuantiti macam tu, semua orang boleh merasa. Semoga murah rezeki selalu tuan kedai yang buat menu untuk semua orang rasa,” tulis Ku Sya.
“Haritu saya pergi ada menu laksa Sanusi, hari ini menu mi kari pulak. Sedap, kena cuba. Kedai dekat Pokok Sena,” komen seorang pengguna. Dalam pada itu, ada juga yang berseloroh mahu menamakan bakal cucunya dengan nama Menteri Besar Kedah itu juga. “Cucu nak bersalin 23 Ogos, rasanya nak beri nama Sanusi juga lah,” seloroh seorang pengguna. — CARI Sumber: Kosmo
|
MissYouSayang replied at 25-8-2023 01:12 PM
Wah lagi murah dari menu rahmah la cuols
Harap menu sanusi ni diperluaskan ke seluruh mala ...
ADVERTISEMENT