CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakar Rumah Selepas Tidak Diberi Rokok

24-8-2023 07:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5942| Komen: 9

Kepala Batas: Berang tidak diberi rokok, seorang penagih dadah bertindak membakar rumah pusaka dua tingkat didiami keluarganya di Pokok Sena di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 9 malam selepas lelaki berusia 47 tahun itu mengamuk apabila adiknya enggan memberi rokok diminta.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Assisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, ketika suspek mengamuk, adik lelakinya ke Balai Polis Kepala Batas untuk membuat laporan.


"Ketika dalam perjalanan, dia menerima panggilan telefon yang memaklumkan rumahnya terbakar.

"Jiran yang tinggal berdekatan memberitahu suspek telah membakar rumah itu dan berjaya menangkap suspek.

"Rumah itu didiami suspek, ibu dan adik suspek, namun ketika kejadian ibu suspek tiada di rumah kerana melawat anak perempuannya di Balik Pulau," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran itu memusnahkan rumah separa kekal terbabit dan empat motosikal lama yang sudah tidak digunakan.

"Rumah jiran berhampiran turut terbakar di bahagian dapur," katanya.

Mohd Asri berkata, dalam soal siasat awal, suspek mengaku membakar langsir menggunakan pemetik api di bilik tidurnya sebelum api marak ke seluruh rumah.

"Hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah dan dia turut mempunyai 14 rekod kesalahan lampau," katanya yang memberitahu suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 24-8-2023 08:22 PM
Puas hati..asap pun lebih banyak.
Quote matamata 24-8-2023 08:35 PM
Selam dlm sungai
Quote ropiahdiva80 24-8-2023 08:41 PM
rokok tu kan bahaya stop blg kut?
Quote Skuau 24-8-2023 09:00 PM
mesti dia puas isap asap itam yg banyak berkepul kepul tu...
Quote hareeeesah 24-8-2023 09:14 PM
Elok dia terbkr sekali. Skrg mak ngan adik yg menanggung.. ko masuk dlm anet btul.
Quote glump 24-8-2023 09:34 PM
Ghisau2 bila ada bom jangka dlm umah..elok lak Tak mati ..dah jadi beban rakyat tanggung kau kat penjara
Quote swateng1 25-8-2023 09:54 AM
celaka taik dadah macam ni elok bunuh saja, sbb bila hidup mmg menyusahkan org
Quote mejaputih 25-8-2023 09:59 AM
knp dia tak mati dlm tu sekali? liat betul nyawa org2 jahat ni ek...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.128954 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top