CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ellie Suriaty Tak Ada Akaun TikTok, Ingatkan Orang Ramai Bimbang Kena 'Scam'

24-8-2023 03:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9952| Komen: 7

Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty meminta pengikutnya tidak terpedaya dengan kewujudan beberapa akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama dan gambarnya di media sosial.

Menurut Ellie atau nama sebenar, Ellie Suriaty Omar, 53, dia tidak pernah membuka akaun TikTok di media sosial sebelum ini.


"Assalamualaikum dan Hi guys, Jangan kena scam! Saya tak pernah buka akaun TikTok dan saya takda TikTok.

"So sesiapa yang follow akaun TikTok ini, Ellie Suriati, maka u all kena scam by a desperate (terdesak) scammer (penipu) yang menyamar jadi diri saya.

"Please unfollow this TikTok account, thank you," tulisnya.


Menjawab komen balas seorang pengikutnya, Ellie berkata, dasyat betul cara orang sekarang.

"Langsung tak tahu malu sampai sanggup menyamar menjadi orang lain semata-mata untuk ambil kesempatan. Takda maruah diri langsung.

"Lebih teruk, kalau dia (scammer) buat jenayah, buat cerita sedih minta duit sana sini dan aibkan saya," katanya.

Perkongsian Ellie di laman Instagram itu mendapat banyak maklum balas dari pengikutnya termasuk rakan artis di laman Instagram. Antaranya pelakon Jay Iswazir, Wan Raja dan Anne Abdullah.

Pada masa sama, Ellie juga mengucapkan terima kasih kepada rakan artis, Anne Abdullah yang membuat laporan pemilik akaun TikTok palsu terbabit kepada pihak TikTok Malaysia.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-8-2023 05:24 PM
Org sanggup buat apa saja asalkan dapat duitv kan.. Anyway, adakah acik Ellie semakin cantik skarang? Or semakin kemas sekarang?
Quote she 24-8-2023 05:40 PM
Perawankota replied at 24-8-2023 05:24 PM
Org sanggup buat apa saja asalkan dapat duitv kan.. Anyway, adakah acik Ellie semakin cantik skarang ...

Baru nak cakap benda sama

Mungkin sebab dah rajin bersiap
Rambut pun dah warna gelap
Bibir pun dah merah2

Baguslah hargai diri sendiri
Quote tipah89 25-8-2023 01:05 PM
nampak glowing siket dia ni lepas cerai.helok la tu
Quote KikiHadid 25-8-2023 07:52 PM
Acik elly nmpk semakin berseri & kurus
Quote putericahaya999 26-8-2023 08:15 AM
Acik makin lawa mcm kembali zaman stewardess
Quote Lily_Elizabeth_ 26-8-2023 09:30 AM
Dah okay dah now dia.

Cuma she should invest in hair tonic and keratin treatment. Rambut dia kering sangat. Or makan biotin ke.

Okay Elly keep it up.
Jaga diri.
Quote jambatannetizen 27-8-2023 12:37 AM
okayyyyyy kalau gituuuu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.071860 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top