CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengaku 'Suka-Suka' Buat Panggilan Bom Palsu

24-8-2023 01:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1884| Komen: 3

Ipoh: Lelaki yang ditahan polis selepas disyaki membuat panggilan ancaman bom yang disahkan palsu di sebuah pusat beli belah di Klebang, Chemor di sini, semalam mempunyai rekod penyakit berkaitan psikiatri.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata penganggur berusia 38 tahun itu mengakui hanya 'suka-suka' membuat panggilan ancaman bom itu.

Gambar hiasan

"Ya, suspek mempunyai rekod berkaitan kesihatan mental. Suspek menyatakan yang dia sekadar suka-suka' melakukan ancaman itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, suspek ditahan jam 9.30 malam tadi di sebuah rumah di kawasan Tasek, di sini, kira-kira lima jam selepas laporan polis berhubung ancaman itu diterima daripada pekerja pusat beli belah itu pada 4.50 petang.

Beliau berkata, suspek dipercayai bertanggungjawab terhadap panggilan itu berdasarkan pengakuan dan keterangan yang dikumpulkan, termasuk peranti komunikasi yang digunakan suspek untuk membuat panggilan palsu itu.


"Suspek akan ditahan reman hari ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Terdahulu, katanya, pihak pengurusan menerima satu panggilan telefon daripada seorang individu tidak dikenali mengenai ancaman bom di dalam bangunan pusat beli-belah terbabit.

Susulan itu, pihak polis menjalankan pemeriksaan menyeluruh di dalam bangunan berkenaan dengan bantuan Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya, pemeriksaan bagaimanapun tidak menemui sebarang objek meragukan dan semua kakitangan dibenarkan masuk semula ke dalam premis kira-kira jam 10.30 malam tadi selepas keadaan disahkan selamat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 24-8-2023 06:07 PM
suka suka orng mental...
Quote matamata 24-8-2023 06:56 PM
Cepat polis dapat Cari...tp scammer2 yg Hari telepon tak dapat pulak cari....sekor pon tak kena tangkap...tangkap org gila berani la kot
Quote ⠀⠀⠀ 6-9-2024 12:54 PM

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.055090 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top