CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kakak Derma Rahim Kepada Adik Yang Tak Boleh Mengandung

24-8-2023 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3312| Komen: 10

LONDON – Sekumpulan pakar bedah di Britain berjaya menjalankan prosedur pemindahan rahim pertama negara itu yang melibatkan seorang penderma hidup.

The Sun UK melaporkan, pesakit berusia 34 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu tidak dapat melahirkan anak kerana mengalami masalah genetik.


Kakaknya yang berusia 40 tahun dan mempunyai dua anak memutuskan untuk mendermakan rahimnya dalam prosedur yang baru diumumkan tersebut.

Foto: PA

Pakar perubatan daripada Kolej Diraja NHS Trust di London dan Hospital Universiti Oxford mengambil masa hampir sembilan jam setengah dalam operasi pada Februari lalu.

Lebih 30 kakitangan kemudian bertukar syif memantau pesakit selama 24 jam. Prosedur itu berjaya dilakukan dan penerima rahim merancang untuk hamil menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF) akhir tahun ini.

“Ia adalah luar biasa. Ia mungkin minggu paling tertekan dalam kerjaya pembedahan saya tetapi hasilnya positif.


“Penderma dan penerima (rahim) gembira. Saya berpuas hati apabila penderma pulih sepenuhnya selepas pembedahan besar dan penerimanya dalam keadaan baik,” kata pakar bedah, Profesor Richard Smith. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 24-8-2023 03:03 PM
teringat pnh ada drama tajuk perempuan tanpa rahim
ada plk buat joke xde ke drama lelaki tanpa kemaluan
but x smestinya konek
blh jd juga laki yg x tau malu mcm u

Quote Roan 24-8-2023 03:12 PM
supernaturalee replied at 24-8-2023 03:03 PM
teringat pnh ada drama tajuk perempuan tanpa rahim
ada plk buat joke xde ke drama lelaki tanpa kemal ...

Rindu zaman PKP.. Buat kerja kat rumah sambil terdengar iklan drama Perempuan Tanpa Rahim TV3
Quote dani-rox 24-8-2023 07:38 PM
mulianya hati si kakak. semoga harapan si adik merasa nak jd ibu yg mengandung anak sendiri tercapai.
Quote Suchi 24-8-2023 09:19 PM
Mulianya hati kakak dia..
Sedangkan lelaki transgender pun taknak buang rahim tu, tetek je depa tak kisah nak buang.
Sbb tau betapa berharganya rahim tu.
Quote sharlenetexas 24-8-2023 09:23 PM
supernaturalee replied at 24-8-2023 03:03 PM
teringat pnh ada drama tajuk perempuan tanpa rahim
ada plk buat joke xde ke drama lelaki tanpa kemal ...

Lelaki takleh derma ciknek (secara umum). Sebab ciknek tetap carry dna asal penderma.

Quote intan244 28-8-2023 11:26 AM
mungkin sajat atau luna boleh try mintak derma organ pasni.
Quote stingerbumpy 28-8-2023 11:29 AM
Mohon @Faraway beri sepatah kata dua

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.028545 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top