CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Angkasa India Berjaya Mendarat Di Bulan

23-8-2023 10:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 55728| Komen: 117

New Delhi: India berjaya mendaratkan kapal angkasa Chandrayaan-3 di Bulan sebentar tadi, sekali gus menjadikannya negara keempat di dunia yang menempa kejayaan sedemikian, lapor stesen penyiaran CNN.


Sebelum ini, hanya Amerika Syarikat, China dan bekas Kesatuan Soviet berjaya melakukan pendaratan di permukaan Bulan.

Tangkap layar video siaran langsung yang disiarkan di laman web Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) menunjukkan detik Chandrayaan-3 mendarat di kutub selatan Bulan hari ini. – AFP

Tapak pendaratan Chandrayaan-3 lebih dekat dengan kutub selatan Bulan berbanding kapal angkasa lain dalam sejarah penerokaan.

Rantau kutub selatan dianggap sebagai kawasan berkepentingan saintifik dan strategik utama bagi negara-negara pelayaran angkasa lepas kerana saintis percaya ia menempatkan deposit ais air.


Air yang dibekukan dalam kawah berbayang itu boleh ditukar menjadi bahan api roket atau air minuman untuk misi anak kapal pada masa hadapan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi yang kini berada di Afrika Selatan bagi menghadiri persidangan BRICS, menonton pendaratan bersejarah itu dan menyampaikan ucapan menerusi penstriman video.

“Pada kesempatan yang menggembirakan ini, saya ingin menyampaikan ucapan kepada semua orang di dunia.

“Kejayaan ini adalah milik semua, dan ia akan membantu misi ke Bulan oleh negara lain pada masa hadapan,” katanya.

Misi Chandrayaan-3 dilancarkan pada pertengahan Julai lalu dan mengorbit Bumi beberapa kali bagi meningkatkan kelajuan yang diperlukan untuk perjalanannya. – AGENSI


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 23-8-2023 11:00 PM
Edited by batu kikir at 23-8-2023 11:09 PM

Bukan senang nak landingkan kan probe kat bulan walaupun sekarang dah 2023.
Tapi pada tahun 1969, dengan komputer kalau adapun sebesar gedabak, Amerika kononnya telah mendaratkan manusia pertama diatas bulan. Manusia itu bergentayangan di angkasa bulan dengan lunar probe yang cuma sebesar kepala roket je (sebab badan roket dah dileraikan masa penerbangan). Lunar probe tu bawa sekali kenderaan bulan (dah tentu ambil ruang yang banyak dlm lunar probe) Bila manusia tu nak balik ke bumi, untuk lunar probe lepas dari graviti bulan (walaupun cuma 1/6 graviti bumi) perlu ada kuasa yg cukup kuat untuk lepas graviti bulan. Tetapi seperti biasa, dengar dongeng Amerika....itu semua bisa. Perjalanan balik lebihkurang 240,000 batu (pergi balik lebihkurang setengah juta batu) Teknologi solarpun belum advance lagi. Probe India ke, probe Russia ke..........perjalanan diaorang cuma one way traffic je. Pergi dan tak balik.
Quote Tinot7 23-8-2023 11:36 PM
Tahniah... tapi dpt apa pi sana?
Quote JunkMail 23-8-2023 11:41 PM
Takde live footage ke? Amarika tahun zaman batu tahun 1969 pun boleh buat live dari bulan siap potus boleh call bercakap dgn angkasawan.
Quote JohnDeSouza 23-8-2023 11:52 PM
Edited by JohnDeSouza at 24-8-2023 12:42 AM
batu kikir replied at 23-8-2023 11:00 PM
Bukan senang nak landingkan kan probe kat bulan walaupun sekarang dah 2023.
Tapi pada tahun 1969, de ...

bahan api roket cukup untuk berlepas dari bulan. lunar vechicle ditinggalkan di bulan.vechile tu sebesar lori ka. tengok menatang ceper di bawah x ada masalah utk berkomunikasi pung

Quote monsterwife 24-8-2023 12:00 AM
JunkMail replied at 23-8-2023 11:41 PM
Takde live footage ke? Amarika tahun zaman batu tahun 1969 pun boleh buat live dari bulan siap potus ...

Ada tengok tadi kat GB News
Tapi Di India ada keganasan terhadap Muslim so I bolayan je tadi kat TV
Quote airfilterkotor 24-8-2023 12:06 AM
Sementara itu, Rusia Luna-25 dah terhempas.
Quote Dwdrum 24-8-2023 12:10 AM
Edited by Dwdrum at 24-8-2023 08:42 AM

Ramai tidak tahu selepas apollo13 mission ke moon... August 20 1977 JPL/nasa launch probe untuk universe exploration guna spacecraft (rockets) selepas 16 days jpl/nasa launch 2nd probe voyager 1 (twin)..... ramai ingat rocket mission ke luar earth atmosphere di built hanya apollo... Sama juga rusky launch 1st satelite around 1950s guna sputnik1 rocket..seperti us juga ada rocket ...
Sehingga sekarang voyagers 1&2 masih ber function and send data ke earth since 1977 ada few more probes and rovers....
SekarangVoyagers location sekarang sudah berada di luar solar system ter masuk lepasi pluto planet... Unfortunately this year nasa/american akan lost voyager2 currently over 10 billion miles away dari earth akan hilang ada communication problem/weak dengan nasa since april this year heshe get connected hanya dari 1 satelite di bumi hanya ada capacity untuk communicate dengan voyager2...

Akak memang tidak hairan ramai comdemning new gen ramai bodoh tiktokers.. Igs fb... Etc sebab upbriging dari  parents generation delusional... Bodoh malas and tiada curiousity .. Inheret ke keturunan
Quote airfilterkotor 24-8-2023 12:18 AM
Perbandingan skala, bumi sebesar sebiji guli.
Voyager... as of now jaraknya 26kilometer dari guli.
Quote grouper 24-8-2023 12:21 AM
X guna ada  teknologi roket canggih tapi kat bandar besar di India rakyatnya masih berak tepi jalan, bakar mayat tepi sungai terus tinggal buang mcm tu je
Quote Dwdrum 24-8-2023 12:26 AM
Apa lagi excuses mahu bagi?... Yang rocket tiada capability untuk ke moon?.... Technology lama dari rocket missile di guna kan untuk perang world war dari nazi german.... Sama group scientist lari ke US and build nasa rocket
Quote Dwdrum 24-8-2023 12:29 AM
Edited by Dwdrum at 23-8-2023 08:33 AM

So conclusin hari ini baru tahu moon paling dekat dengan bumi sebenar nya di luar solar system.... Pfffght
Quote Perawankota 24-8-2023 12:53 AM
Kenapa gambar atas tu mcm kartun
Quote airfilterkotor 24-8-2023 12:53 AM
Mungkin ada yg tersalah pemahaman.
Booster engine bukan menyala sepanjang perjalanan ke bulan.
Sekadar utk melepasi graviti jer dan pada masa sama bila kelajuan yg diinginkan tercapai, booster engine pisah, dorang tawaf bumi beberapa kali utk sling shot ke bulan.
Selebihnya pakai RCS utk kemudi trajektori.
Quote kemaruk 24-8-2023 12:57 AM
Ada dengar azan tak
Quote airfilterkotor 24-8-2023 01:04 AM
Tak mustahil pun kalau depa dah sampai ke bulan.
Contohnya RTG yg ada pada Preserverance sekarang, adalah teknologi yg sama yg dibawa ke bulan sebelum tu.
Quote airfilterkotor 24-8-2023 01:06 AM
So, India-1, Motherland Russia-0.
Quote kemaruk 24-8-2023 01:19 AM
Perawankota replied at 24-8-2023 12:53 AM
Kenapa gambar atas tu mcm kartun

Macam ada spongebob kat dalam
Quote Decaffeinated 24-8-2023 05:12 AM
Soalan serius macam mana amik gambar kapal tu?
Quote mejaputih 24-8-2023 06:45 AM
grouper replied at 24-8-2023 12:21 AM
X guna ada  teknologi roket canggih tapi kat bandar besar di India rakyatnya masih berak tepi jalan, ...

Betul..nk ckp mcm ni juga..kemiskinan tegar sgt sana

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.873031 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top