CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Silibus Tinggi Punca Segelintir Ibu Bapa Hantar Anak Sekolah Swasta

23-8-2023 10:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9936| Komen: 74

Petaling Jaya: Silibus pendidikan negara yang dikatakan terlalu tinggi menyebabkan ada segelintir ibu bapa memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta.

Menurut perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif ProParenting Resources, Dr Taufiq Razif di Facebook, rangka silibus pendidikan seharusnya dirangka dengan berhati-hati supaya tidak membunuh minat anak-anak untuk belajar.


Gambar hiasan

“Hati-hatilah rangka silibus pendidikan anak anak. Kita tak nak kerana terlampau ‘advanced’ (maju), akhirnya anak jadi tak minat terus dah nak belajar. Kasihanilah mereka!

“Saya kasihan sebenarnya dengan mak-mak ni. Saya sendiri pun sampai terpaksa hantar anak ke sekolah swasta. Salah satunya sebab isu silibus ni juga lah.

“Sebab tu saya faham sangat kenapa homeschooling (persekolahan di rumah) tumbuh seperti cendawan. Ibubapa dah mula menjauh daripada sistem pendidikan yang ada sekarang,” katanya.


Rata-rata ibu bapa bersetuju dengan pandangan beliau, malah turut berkongsi pengalaman yang serupa.

“Saya dan suami pilih untuk jaga mental anak-anak. Belajar ilmu yang berguna dalam kehidupan saja. Memang semua ni nampak pada lebih membunuh minat anak-anak belajar,” ujar Emma Azli.

“Anak darjah satu. Bawak balik kerja sekolah, pantun ada maksud tersirat. Rasa macam advance sangat ja. Anak saya belum pandai baca,” kata Fazreen Ereen.

“Betul saya setuju. Anak-anak saya makin kurang minat nak belajar. Sebab dia kata dia tak faham. Saya yang usaha nak bantu ni pun jadi bingung,” kongsi Norhidayah Zainal.

“Betul tu doktor. Anak-anak hilang minat nak belajar,” komen Aida Rohayu Rahad. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewimalam78 24-8-2023 07:54 AM
My siblings dan in laws pun majoriti hantar ke private. Boleh kira jari yg masuk sekolah kerajaan.
Quote airmineral 24-8-2023 08:33 AM
kalau private tu maksudnya akan ambil exam mcm igcse sume tu ke
xamik spm kah?
Quote vanillaninja 24-8-2023 08:37 AM
airmineral replied at 24-8-2023 12:33 AM
kalau private tu maksudnya akan ambil exam mcm igcse sume tu ke
xamik spm kah?

Private ada 2 jenis. 1 ikut national syllabus. 1 lagi ikut international syllabus e.g. Cambridge etc. I sendiri enrol anak I masuk international school. Mostly kawan2 I pun hantar anak theyols ke private school, tapi ikut national syllabus. So amik la SPM.
Quote kenyangperut 24-8-2023 08:40 AM
mmg betul silibus skrg makin advanced
darjah 1 dah belajar sains
darjah 4 dah ada sejarah
zaman2 dulu sains darjah 4 baru start belajar, sejarah masuk form 1 bru ada
kesian anak2
yg parents mampu blh la hntr ke private, utk parents x mampu ni mmg kena ke sekolah kebangsaan
Quote airmineral 24-8-2023 08:49 AM
vanillaninja replied at 24-8-2023 08:37 AM
Private ada 2 jenis. 1 ikut national syllabus. 1 lagi ikut international syllabus e.g. Cambridge e ...

owh kalau ambil yg international silibus tu ok la kot
tp kalau national silibus, boleh survive ke SPM nnt huhu


Quote cm_vungtau 24-8-2023 08:51 AM
Rasanya silibus lebih kurang, tapi buku teks SPM tu naper boring bebenor? Kalau buku Cambridge tu senang aje nak hafal. Dahla ko tulis dalam BM, tapi perkataan tu sebijik ko translate dari BI tapi letak i kat belakang. Contohnya refleksi, konklusi, informasi. Abih naper tak ajar dalam BI aje?
Quote pekanwoohoo 24-8-2023 08:52 AM
Dan kau orang tahu apa menteri jawab pasal ni? Dia kata kena adil dengan budak-budak yang cerdik ni, dalam erti kata lain siapa suruh anak orang lain tu bodoh. Logik menteri, takkan disebabkan anak-anak yang bijak macam anak dia berderet A, kena belajar benda basic disebabkan anak orang lain bodoh.
Quote potpetpotpet 24-8-2023 09:03 AM
Yang aku tak faham, darjah 1 pon buku bahasa arab terus cakap arab.
Dah nak study sama2, satu hal pulak aku nak kena google translate dulu satu2.
At least tajuk or arahan tu buat la dalam jawi gak.
Dia ingat aku ni graduan al azhar??
Quote vespa_oren 24-8-2023 09:08 AM
potpetpotpet replied at 24-8-2023 09:03 AM
Yang aku tak faham, darjah 1 pon buku bahasa arab terus cakap arab.
Dah nak study sama2, satu hal pu ...

ko pernah tengok buku tadika PASTI,
Quote copy_paste 24-8-2023 09:29 AM
vanillaninja replied at 24-8-2023 08:37 AM
Private ada 2 jenis. 1 ikut national syllabus. 1 lagi ikut international syllabus e.g. Cambridge e ...

aduhh nape la aku x terpikir hantar anak ke international school,kan skrg dah susah ermmm
Quote copy_paste 24-8-2023 09:31 AM
pekanwoohoo replied at 24-8-2023 08:52 AM
Dan kau orang tahu apa menteri jawab pasal ni? Dia kata kena adil dengan budak-budak yang cerdik ni, ...

menteri xleh pakai,pentingkan diri namanya tu,

Quote Tinot7 24-8-2023 10:02 AM
potpetpotpet replied at 24-8-2023 09:03 AM
Yang aku tak faham, darjah 1 pon buku bahasa arab terus cakap arab.
Dah nak study sama2, satu hal pu ...

Advancenya darjah satu!
Quote potpetpotpet 24-8-2023 10:14 AM
vespa_oren replied at 24-8-2023 09:08 AM
ko pernah tengok buku tadika PASTI,

Tak pernah.
Kenapa?
Quote potpetpotpet 24-8-2023 10:17 AM
Tinot7 replied at 24-8-2023 10:02 AM
Advancenya darjah satu!

Lepas dah google translate, benda simple je rupanya
Cumanya, nak faham kan apa soalan nak tu la aku tak reti.
Bila tanya cikgu kelas, jawap nak kerek macam la dia sorang paling busy. Eh terkutuk pulak
Quote orkid_amani 24-8-2023 11:47 AM
Kemain paaaanjaaang beetoiiii soalan darjah1..aii cakap kat ank kalau dah baca 2-3x tak faham2 lg tinggai ja..jawab ja soalan yg faham. Ank aii boleh baca tapi kalau ayat panjang2 ni dia akan lost soalan tu nak apa.
Quote Skuau 24-8-2023 12:11 PM
kenyangperut replied at 24-8-2023 08:40 AM
mmg betul silibus skrg makin advanced
darjah 1 dah belajar sains
darjah 4 dah ada sejarah

zaman aku..darjah 4 memang start belajar sejarah.
sejarah mesopotamia,tamadun babylon...ckp lu...sains pun sama start darjah 4.
Quote Tinot7 24-8-2023 12:12 PM
potpetpotpet replied at 24-8-2023 10:17 AM
Lepas dah google translate, benda simple je rupanya
Cumanya, nak faham kan apa soalan nak tu la ak ...

Kalau mcm ni, susahnya ada anak jaman now... kalau tak bantu nnt anak ketinggalan...
Quote dua_chzy 24-8-2023 12:13 PM
Skuau replied at 24-8-2023 04:11 AM
zaman aku..darjah 4 memang start belajar sejarah.
sejarah mesopotamia,tamadun babylon...ckp lu... ...

Dulu Sains tu dipanggil Alam dan Manusia kan? Aku pun ingat masa SK dah belajar Sejarah. Tapi tak ingat la dipanggil apa masa tu...
Quote cmf_PariS 24-8-2023 12:14 PM
dulu p sekolah tk ku amik kisah aku belajar apa eh pandai juga lah ... but now mmg aku kaji betul utk sekolah anak aku... maka aku pun tk stuju dgn gov punya sekolah.. hauk asyik tukar sistem smapai ke sudah apa nk jadi tah

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.193221 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top