CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M Pertahan Sains Dan Matematik Diajar Dalam Bahasa Inggeris

23-8-2023 05:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1962| Komen: 12

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan pendirian bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.

Katanya, ini kerana bidang ilmu itu bukan ilmu pribumi, bermakna ia datang bukan dalam bahasa Melayu, sebaliknya sebahagian besarnya diperoleh dalam bahasa Inggeris.



"Saya sentiasa percaya bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris, dan ilmu ini perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Penterjemah mesti mempunyai pemahaman yang baik mengenai subjek dan fasih berbahasa Inggeris dan Melayu," katanya dalam catatan terbaru hari ini.

Dr Mahathir memperkenalkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003, namun ia dibatalkan pada 2012 pada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang mana ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan.

Pada 2016, Kementerian Pendidikan (KPM) meneruskan Program Dwibahasa (DLP) bagi menggantikan PPSMI dengan memberi kebenaran kepada pihak sekolah yang memilih untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.


Pada 2020, Dr Mahathir mahu memperkenalkan semula dasar itu namun tidak kesampaian berikutan perubahan pentadbiran kerajaan ketika itu.

Dr Mahathir berkata, pada masa ini tidak ramai yang mempunyai kelayakan menterjemah dan fasih berbahasa Inggeris dan Melayu.

Katanya, perlu difahami bahawa kebanyakan penemuan baharu dalam Sains dan aplikasi Matematik juga dalam bahasa Inggeris.

"Untuk menterjemahkannya memerlukan sepasukan penterjemah. Ia berbeza dengan bidang ilmu yang lain.

"Contohnya dalam mata pelajaran Geografi dan Sejarah, fakta asas hampir tidak pernah berubah. Cuma cara ia disampaikan mungkin berbeza. Jadi keperluan untuk menterjemah itu agak terhad.

"Namun, berbeza dengan bidang Sains dan Matematik, yang mana hampir setiap hari ada penemuan baharu dan kemunculan aplikasi baharu, jadi jika pelajar ingin mengikuti mempelajari teknologi baharu mereka perlu fasih dalam bahasa Inggeris," katanya

Dengan mengambil contoh bidang penyiaran tanpa wayar, beliau menegaskan ilmu itu 20 tahun lalu berbeza dengan cara penyiaran masa kini yang mana kemas kini berlaku berterusan dalam bidang Sains Komunikasi itu.

"Jika pengajaran dalam bahasa Inggeris, semua pengetahuan baharu boleh dipelajari secara langsung kerana kebanyakan kertas saintifik dibentangkan dalam bahasa Inggeris.

"Bahasa Melayu juga sudah berkembang dengan pesat, namun untuk mengikuti perkembangan saintifik, meminjam kata daripada bahasa lain adalah penting.

"Kita perlu sedar banyak perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris ketika ini," katanya.

Dr Mahathir menegaskan beliau sangat memahami hasrat bagi memajukan bahasa Melayu, tetapi objektif utama pendidikan adalah bagi mendapatkan ilmu.

"Kita tidak boleh mengorbankan ilmu semata-mata kerana ingin memajukan bahasa kita. Pendidikan akan menjadi tidak bernilai jika kita ketinggalan dari segi ilmu yang sangat penting untuk pembangunan dan kemajuan kita.

"Jadi kerajaan harus mempertimbangkansemula keputusan untuk menghapuskan pilihan untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

"Sebaliknya kekalkannya bukan sebagai pilihan. Marilah kita membuat keputusan untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris," katanya.

Dr Mahathir berkata, ramai ibu bapa yang kecewa dengan keputusan kerajaan apabila pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dijadikan satu pilihan kepada pelajar.

"Mereka merasakan langkah itu menjejaskan masa depan anak-anak mereka," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 23-8-2023 06:01 PM
Sekarang sekolah dah ada dual language program. What’s the problem? Dah tentu tentu yg pandai sains akan masuk program tu. Ni kalau untuk sekolah biasa bukan mrsm. Maybe dalam 12 percent the most annually. Yg ambil aliran sains. Munkin boleh buat untuk budak yang ambil ekonomi untuk future preparation. Yang nak tarik sekali budak sastera apasal? Ke aku salah faham?
Quote Buritan 23-8-2023 06:01 PM
Sukatilaa atuk.. semua subjek ajo dlm b.i pun tak pe.. aku dah pencen dah..
Quote Buritan 23-8-2023 06:03 PM
wikedsaikel replied at 23-8-2023 06:01 PM
Sekarang sekolah dah ada dual language program. What’s the problem? Dah tentu tentu yg pandai sains ...

Masa aku ngajo duluuuulaa budak klas plg bahalul pun aku ajo dlm b.i... sian aku dan sian budak budak.. plg best time nazir dtg..  
Quote dewimalam78 23-8-2023 06:48 PM
Takde masalah kalau math dan sci dalam bi tapi sillibus budak2 tu tinggi sgt. Nak faham kinsep dlm bm pun belum tentu faham, apalagi dlm bi
Quote dua_chzy 23-8-2023 06:49 PM
Betul kalau kau boleh angkat dua subjek tu dalam BI.

Kalau idok...
Quote allshares 23-8-2023 07:06 PM
Time iols dwi bahasa. Tapi i rasa lagi mudah sains dlm english yah for sains. Kalau math tak kisah sgt.
Quote zulfahmimaidin 23-8-2023 07:19 PM
jepun ekonomi cantik pun guna katagana
black = brack
Quote creep_bite 23-8-2023 07:33 PM
Wujudkan kembali sekolah aliran inggeris...
Quote MissYouSayang 23-8-2023 07:56 PM
Bukan nak memperlekehkan bahasa melayu tapi bila ko google  bahan2 kimia ke jenis2 penyakit ke pape la dlm bm, memang tak byk keluar results .tapi kalo gugel dalam bi, memang kuar byk results. Kita punya ilmu mengenai sains dan matematik sgt terhad dalam bm ni.
Quote Skuau 23-8-2023 09:12 PM
Edited by Skuau at 23-8-2023 09:15 PM

ISUNYA...budak tu reti ke 'ko cakap apa'.....ko nak ngajor dlm bahasa kpop ka jepang ke,british accent ka,ajar bdk sabah,swk dlm bahasa tamil ka...ajor bdk Malaya ngn bahasa kadazan dusun,iban ka...yg penting...PASTIKAN DEPA RETI@FAHAM BAHASA YG KO PAKAI NGAJOR DEPA TU'...tu ISU SEBONARNYA..,
Quote juboqhang 2-9-2023 08:20 AM
Kereta tebang lagi penting

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059152 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top