CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Tanda Borang Keizinan, Hadir Kenduri Kahwin Suami- Wanita Sedaya Upaya Bertahan Terima Poligami Dan Madu Akhirnya Mengalah

23-8-2023 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11536| Komen: 63

Seorang wanita yang pernah hidup berpoligami berkata, "Awal bermadu sangatlah perit. Air mata ni tak dapat dipisahkan... lagi-lagi kalau giliran sana, saya akan menangis dan rasa sakit sangat."

Meskipun sanggup menandatangani borang keizinan untuk suami berkahwin lagi, namun jauh di sudut hatinya tidak dapat menerima segala yang terjadi.

Tambahan pula gadis pilihan suami baru berusia 19 tahun.

Foto: mStar

Safinatunnajjah Nasir berkata, dia pada awalnya cuba untuk menghalang suami daripada berkahwin lain namun percubaannya tak berjaya.

“Masa mereka bercinta, saya dapat tahu dan dah cuba halang tapi tak berjaya.

“Saya pasrah demi anak-anak yang masih kecil pada masa tu. Lagipun memang fikirkan anak-anak sahaja.

“Sesiapa pun tak mudah nak terima poligami ni... dulu pun bukan saya yang datang pinangkan,” katanya, sekali gus menafikan dakwaan pihak yang menyatakan bahawa dia sendiri pergi meminang isteri kedua untuk suaminya.


Foto: mStar

Berusia 32 tahun dan mempunyai tiga cahaya mata, wanita ini berkata dia masih tidak mengetahui alasan kenapa suaminya ingin menambah bilangan isteri.

Melalui episod duka selama hampir dua tahun sebagai isteri pertama, dia yang mesra disapa Fiena mengakui banyak cabaran dan dugaan yang perlu dilalui sepanjang hidup bermadu.

“Macam mana pun saya cuba pujuk hati untuk terima yang dia dah kahwin lagi dan cuba berbaik dengan madu pada masa itu, tapi semuanya sukar,” luahnya lagi.

Tambahnya lagi, suaminya juga ada meminta supaya dia cuba berbaik dengan madu.

Justeru, dia menurunkan ego demi menjaga hati suami.

Walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk hidup bermadu secara harmoni, namun usahanya gagal.

Dia akhirnya memilih untuk mengundurkan diri kerana merasakan ia adalah jalan terbaik untuk dia dan suami.

Mana tidaknya, sepanjang hidup berpoligami, semakin dia cuba rapat dengan madu, semakin sakit rasa di hati.

Dia turut mengakui hidup bermadu semestinya akan ada perkara yang mengundang salah faham antara kedua-dua pihak termasuk rasa cemburu.

“Saya memilih undur diri kerana saya rasa ini lebib baik untuk kami. Semakin rapat buat saya semakin sakit, makin rapat lagi tak dijaga hati.

“Sekarang Alhamdulillah lebih tenang. Tak ada nak gaduh-gaduh dan salah faham,” ujarnya lagi yang kini dalam tempoh idah penceraian.

Ketika meluahkan hasrat untuk berpisah, bekas suaminya hanya memberikan reaksi tidak percaya perkahwinan yang dibina lebih 10 tahun itu akan berakhir begitu sahaja.

Pernah menghadiri majlis kenduri bekas suaminya dengan madu, dia mengakui hanya jasad sahaja yang wujud tetapi fikirannya kosong selain berasa sedih.

Kisah dia menghadiri majlis tersebut juga pernah disiarkan mStar pada tahun lepas.

Terdahulu, video perkongsiannya di halaman TikTok mendapat perhatian warga maya.

Menerusi ruangan kapsyen, dia mengakui telah belajar dari pengalaman hidup sendiri berbanding para wanita lain yang menjadikan kisah ‘abang Tesla’ sama ada sebagai panduan atau sempadan.

“Orang lain belajar dari kisah Abang Tesla, aku belajar dari kisah hidup sendiri.

“Isteri yang cuba menerima poligami, madu... akhirnya undurkan diri. Pasti akan ada kelukaan yang amat mendalam di hati.

“Wanita pertama dipaksa untuk menerima kesakitan sedangkan yang kedua dengan kerelaan hatinya,” luahnya.

Rata-rata warga maya meninggalkan komen positif dan memberi kata-kata semangat kepadanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 23-8-2023 04:36 PM
fiena nasir ni kt tiktokers, tak follow, tp sllu masuk fyp

sedih giler.. dah cuba hidup bermadu, bg muka kt madu, last2 x bleh blah, angkat kaki becerai ngan suami...

tipula yg kata madu tu best bagai... best utk suami je, bg pumpuan hempedu...

ia bukan sunah pun cuma hukummnya  harus..
Quote BoongaKertas 23-8-2023 04:40 PM
Ketika meluahkan hasrat untuk berpisah, bekas suaminya hanya memberikan reaksi tidak percaya perkahwinan yang dibina lebih 10 tahun itu akan berakhir begitu sahaja.

laki dia ni bongok ke ttiba mcm x caya marriage 10 tahun berakhir begitu saja? #maybelowIQ
Quote sukacactus 23-8-2023 05:08 PM
Penat dah tu cuba jaga hati suami sampai hati sdr dipijak2
Quote Manjahati 23-8-2023 05:12 PM
Moga awak terus kuat dik
Quote CiliPadiSedap 23-8-2023 05:23 PM
sekarang sahabat2 forumer faham kan kenapa kaka perang ratu sondol forum  friska

luka darah boleh lap, luka hati berdarah tiada ubat. kaka pernah nampak rumah tangga hancur sebab betina garit sondol aka ratu sondol


Quote jazaa100 23-8-2023 06:08 PM
manehnya replied at 23-8-2023 04:36 PM
fiena nasir ni kt tiktokers, tak follow, tp sllu masuk fyp

sedih giler.. dah cuba hidup bermadu, bg ...

Best lah untuk yg lesbi*"......
Quote shida81 23-8-2023 06:12 PM
Ak lg x paham pompuan yg nk jaga hati laki wpun dia sendiri yg terluka.. X paham.. X paham
Quote dua_chzy 23-8-2023 06:14 PM
Lawa camni pun. Hmm....

Kesian perempuan.
Quote pengecatbintang 23-8-2023 07:07 PM
Edited by pengecatbintang at 23-8-2023 07:23 PM

Tak per..

Sondol ler Tom Cruise

Kaya n hensem n pemes
Quote Nurul8001 23-8-2023 07:32 PM
dua_chzy replied at 23-8-2023 06:14 PM
Lawa camni pun. Hmm....

Kesian perempuan.

Ada 2 depan mata saya, yg first putih melepak. Kita tengok tak berkelip, tapi yg 2nd, sorang gelap pakej jerawat, sorang tu gelap je tapi muka licin. Persamaan kedua2nya, cakap lemah lembut. Yeah, anak belum ada, masalah belum tiba, boleh la berlemah lembut. Bukan saya kata, anak tu bawa masalah, tapi, bila ada anak, mcm automatic la mak2 jadi Singa. Ntah
Quote dua_chzy 23-8-2023 07:40 PM
Nurul8001 replied at 23-8-2023 11:32 AM
Ada 2 depan mata saya, yg first putih melepak. Kita tengok tak berkelip, tapi yg 2nd, sorang gelap ...

Setuju dengan uols.

Quote B40tastePosh 24-8-2023 12:29 AM
Cuba fiena ngorat bakal madu tu untuk jadi geng lesbian.
Quote Atata 24-8-2023 12:52 AM
Kesiannya.. ayat dia macam x ada pula buruk2kan madunya..
Quote pocongkiutss 24-8-2023 01:21 AM
Perempuan bini kedua tu pun sama babi dgn laki dia..umur muda lg tp hadap sgt nak laki org
Quote joy_ah 24-8-2023 04:00 AM
katanya poligami ni utk membela balu zaman perang. betul ke?
tapi zaman jepun dulu tak ramai pun kahwin dua. diri sendiri kena minum air sabun tak terjaga nak jaga janda dgn balu.
hmmm
Quote pokokmeranti 24-8-2023 07:39 AM
tak semua cerita kawin dua yg best. ada yg bini nak minum clorox, ada bini yg hambat laki dgn parang. ada yg kekal dan ada yg bercerai.
Quote Tinot7 24-8-2023 08:01 AM
Moga2 bertabah. Anak2 comey2 blaka
Quote brego 24-8-2023 08:12 AM
itu pasai kalau nak praktis poligami,
kena senyap2, better JANGAN bagitau bini

dah la pompuan ni hati tisu,
mudah nau sakit hati
juga over thinking, suka fikir macam2

tapi problem gak, bila dah mati
anak bini semua berebut harta pusaka
dah jadi arwah masuk kubur,
konfem kena maki dengan anak bini satu keturunan
Quote midori888 24-8-2023 08:39 AM
Edited by midori888 at 24-8-2023 08:41 AM
brego replied at 24-8-2023 08:12 AM
itu pasai kalau nak praktis poligami,
kena senyap2, better JANGAN bagitau bini

menurut kwn lelaki meols, bukan semua lelaki nak ada lebih dari satu isteri pada satu2 masa...dia jenis lelaki mcm tu, kalu dia nak kawen lain, dia akan ceraikan isteri skrg...so far dia masih lg dgn isteri skrg, takde dgr lagi dia nak kawen lain.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.315470 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top