CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berzikir Dengan Kuat Dan Lantang Sambil Mengelilingi Makam Tok Kenali Di Kelantan "Amalan Apa Ni?"

23-8-2023 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2630| Komen: 8

PETALING JAYA – Satu video tular menyaksikan tindakan sekumpulan lelaki berzikir dengan kuat dan lantang sambil mengelilingi Makam Tok Kenali, Kota Bharu.

Susulan itu orang ramai bimbang sekiranya kumpulan tersebut melakukan amalan yang menyimpang daripada agama.


“Amalan apa ini, boleh tak tolong terangkan kepada saya? Tolong bagi pencerahan,” tanya lelaki yang memuat naik video tersebut di laman TikTok.


Di ruangan komen, rata-rata pengguna terutamanya yang tinggal berdekatan dengan Makam Tok Kenali mengakui amalan tersebut merupakan perkara biasa.

“Rumah saya dekat dengan Makam Tok Kenali ini. Kadang-kadang, malam pukul 12 hingga 1 pagi pun masih ada orang berzikir macam ini. Sudahlah ramai, kuat pula tu,” kata seorang pengguna.

“Saya percaya yang datang ini bukan warganegara Malaysia. Kalau lihat van pun kita tahu mereka datang dari Thailand,” kata seorang lagi pengguna.


“Dalam kalangan ahli keluarga saya, abang saya sangat taksub dengan Tok Kenali sampai gantung gambar di rumah. Dia kata, dia belajar semua ini di pondok,” kata Atika.


Menurut sebuah video yang dimuat naik oleh Pengerusi Pondok Tok Kenali, juga cicit Tok Kenali, Ustaz Hafiz Hukmi di laman TikToknya, dia menasihatkan orang ramai yang datang mengunjungi Makam Tok Kenali agar menjaga adab dan akhlak masing-masing.

“Sekiranya kita beradab, mengikut saranan para alim ulama, tidak akan timbul lagi fitnah sebegini dalam kalangan masyarakat.

“Jangan sesekali lakukan amalan yang khilaf dari segi agama, takut menjadi fitnah. Ini bukan ajaran Tok Kenali,” katanya dalam video sama. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 23-8-2023 03:32 PM
Tang gantung2 gambar ni, ada sapa2 boleh kongsi ilmu dak. Daku nak tahu jugak. penah teman member pegi pusat rawatan. penuh dinding letak gambar orang berserban. mungkin orang2 agama, daku tak tahu la. Daku ilmu cetek, tapi rasa mcm pelik tengok keadaan gambar2 orang bergantungan. Ada hat besar yang sebesar A1 lagi gambarnya.

Selingan. Kita kalau nak mintak orang agama yang hidup tolong doa kan boleh. Mintak orang agama yang dah meninggal doakan tu tak boleh.
Quote lanacondor 23-8-2023 03:42 PM
Kalau pegi Kedah selalu tgk kedai2 gantung gambar sultan kedah yg lama. Hampir stp kedai xkira la kedai cina ke melayu ke. Ms tu pelik jgk knp gantung gambar sultan kedah yg terkini. Dh lama baru tahun gmb sultan tu pakai bulu burung cenderawasih. Dorg ckp kira gantung gambar tu pelaris kedai.
Quote noor2 23-8-2023 03:49 PM
Dekat kelantan keliling kubur....kat KL bukit bintang tarian gelek arab....
Quote noor2 23-8-2023 03:52 PM
Kat ipoh perak pulak goyang gerudi....
Quote kucingitam 23-8-2023 04:18 PM
kadang2 ada yang gantung gambar wali songo..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.034660 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top