CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihina Dan Dicaci Bekas Suami, Menantu Zainal Abidin Dakwa Pernah Disuruh Tidur Beramai-Ramai Dengan Anggota JAIS

23-8-2023 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5827| Komen: 45

Bekas menantu jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan, Suzur Sofia mendakwa telah dihina dan dilayan dengan buruk oleh bekas suaminya, Mohd Zaiza.

Di TikTok, Sofia turut digelar dengan panggilan-panggilan yang tidak baik malah kesusahan yang dialaminya turut ditertawakan oleh keluarga bekas suami.


Menurutnya, pendedahan tersebut adalah untuk mendapatkan keadilan selepas dirinya banyak berkorban demi menyara keluarga.

Foto: IG

“Jangan kata ini semua fitnah kerana bukti semua ada. Bukan hanya setakat dalam mesej tetapi juga bentuk lain. Hina sungguh saya dibuatnya.

“Kalau dengan ini boleh mendapat respon awak, saya akan buat,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pernah dibawa ke rumahnya bagi menangkap aktiviti maksiat namun gagal.

Lebih parah, Sofia mendakwa bekas suaminya itu meminta anggota tersebut untuk menidurinya secara beramai-ramai di khalayak ramai.


“Cerita di sini bukan nak aibkan, kerana setengah mati saya pernah dibuatnya. Dan dibawanya JAIS ke rumah saya namun sia-sia.

“Awak suruh anggota meniduri saya beramai-ramai di tempat awam di lobby rumah saya di hadapan orang ramai. Kejam sungguh,” jelasnya.

Selain tidak diberi nafkah, dakwanya, Zaiza bertindak melelongkan rumah serta membawa lari anak mereka semasa dia sedang bekerja sehingga dia terpaksa menumpang di rumah kawannya.

“Awak lelong rumah dan buat saya hilang tempat berteduh dan bawa lari anak-anak ketika saya tengah bekerja kerana awak tak bayar rumah dan menipu mengatakan ayah awak bayar.

“Seminggu saya duduk di hotel dan menumpang rumah kawan sementara cari rumah baru dan memohon cuti sehingga kurang pendapatan saya.

“Saya sampai di rumah, saya nampak ada tuan rumah baru. Awak lelong sekali dengan segala barang di rumah. Saya hanya dibenarkan bawa baju-baju saya sahaja dan atas budi bicara tuan rumah baru.

“Kejam awak. Dan kalian (keluarga bekas suami) gelakkan saya? Dan menuduh saya tinggalkan rumah dan anak-anak?,” dedahnya.

Meskipun teraniaya dan dicaci, kehidupannya semakin membaik dan dia percaya dengan kekuasaan Allah SWT.

Terdahulu, Sofia dan Zaiza sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 14 Jun lalu selepas lebih enam bulan digantung tak bertali. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 23-8-2023 03:14 PM
aku percaya jer..sbb jantan mcm nie mmg wujud..maki hamun bini mcm xde ari esk
Quote Samerosie 23-8-2023 03:17 PM
Cuba nak komen si Zaiza ni ZA masa kecik2 baw round taman masa depa duduk kj dulu.
Yg bekas menantu ni gambar rupa bekas bini zainol mcwilson.
Quote elzy 23-8-2023 03:18 PM
Maaf tanya, dulu jatuh cinta sebab apa? Rupa? Harta? Budi bahasa?
Macam pelik tengok si jantan ni boleh memperisterikan seorang wanita yang cantik..
Quote Purplehaz 23-8-2023 03:38 PM
Keluarga bekas ex pun gelakkan dia??..mean the whole family pun benci dia...adakah dia ipar dan menantu yg baik dulu. Kita x tahu cerita sbnr.
Rumah ex dah dilelong..jadi xde lah bole tuntut harta sepencarian.
Move on jer Sis..buka lembaran baru..Jgn terkesan dgn perpisahan caci maki org..yg penting cari kebahagiaan baru.
Quote jlo 23-8-2023 04:08 PM
kesian nye dia ..moga yg baik2 untuk dia
shame on u zaiza
Quote vanillaninja 23-8-2023 04:10 PM
Tu anak ZA ke. Tona kulit sebijik macam apaknya ye. Ingatkan ada menurun sikit warna kulit maknya.
Quote Manjahati 23-8-2023 04:14 PM
Lelaki jenis apa ni?
Quote Thunderclouds 23-8-2023 04:24 PM
Selera dia mngawan ngn zaiza ye.
Marhaen muka xsiap mcm aku ni pn taste yg herlok.
Haish.
Quote supernaturalee 23-8-2023 04:30 PM
vanillaninja replied at 23-8-2023 04:10 PM
Tu anak ZA ke. Tona kulit sebijik macam apaknya ye. Ingatkan ada menurun sikit warna kulit maknya.

anak dorg dh cerah sikit


Quote BoongaKertas 23-8-2023 04:46 PM
elzy replied at 23-8-2023 07:18 AM
Maaf tanya, dulu jatuh cinta sebab apa? Rupa? Harta? Budi bahasa?
Macam pelik tengok si jantan ni bo ...

meols terfikir benda sama masa memula kes ni haritu. mcm whyyyy...
Quote gigahertz 23-8-2023 05:12 PM
vanillaninja replied at 23-8-2023 08:10 AM
Tu anak ZA ke. Tona kulit sebijik macam apaknya ye. Ingatkan ada menurun sikit warna kulit maknya.

rugi dan sakit hati tengok anaknya
tengok anaknya teringat apaknya.
kalau putih macam emaknya takde la sengsara mental ni
Quote salimrock 23-8-2023 05:17 PM
vanillaninja replied at 23-8-2023 04:10 PM
Tu anak ZA ke. Tona kulit sebijik macam apaknya ye. Ingatkan ada menurun sikit warna kulit maknya.

pekat sgt dna bapak nya tu...
Quote salimrock 23-8-2023 05:21 PM
Thunderclouds replied at 23-8-2023 04:24 PM
Selera dia mngawan ngn zaiza ye.
Marhaen muka xsiap mcm aku ni pn taste yg herlok.
Haish.

pernah la terdengar perbualan akak ni dah tua, tp lawa la juga,
laki dia tak berapa hensem ,

akak tu cakap, akak tak pandang rupa , janji sedap mata memandang, kalo hensem sangat nnti laki tu cari pompuan lain....



tpi akak silap tak ensem pn cari pompuan lain juga, huhuhu


akak tu tak pasti jande, ke atau bermadu...


mgkn dia igt takpe la laki tak ensem mesti dia akan jd submersive, mesti akan patuh dan akur dan sayang pada isteri yg cantik ni,

tp laki tak ensem kalo ada duit byk  otomatik jd ensem tau


tp ntah la, pandai2 korang la menilai
Quote ifanonline 23-8-2023 05:24 PM
hitam giler zaiza ni...menurun bapak dier kot sehitam legam
Quote kucing_gebu 23-8-2023 05:25 PM
Uisshhhh...kelam sungguh
Quote Udangpetai 23-8-2023 05:36 PM
Gila lah kalau betul cerita ni
Quote Prickford 23-8-2023 05:41 PM
Purplehaz replied at 23-8-2023 07:38 AM
Keluarga bekas ex pun gelakkan dia??..mean the whole family pun benci dia...adakah dia ipar dan mena ...

Tula, tak tau cerita sebenar. Baca pon dah dahsyat sangat bunyinya. Side Zaiza & family takde bunyi apa2. Tak tau la kot2 dorg ikut cara legal. Elok move on, ludah biar jatuh atas kepala Zaiza tu.

Quote dua_chzy 23-8-2023 05:55 PM
salimrock replied at 23-8-2023 09:21 AM
pernah la terdengar perbualan akak ni dah tua, tp lawa la juga,
laki dia tak berapa hensem ,


Ex student aku, pompuan, cikgu, menikah dengan rakan sekelas dia yang paling low IQ, muka pun so2, perangai ok la tapi slow der, pehtu selalu nombor blakang2 dalam kelas dulu sedangkan si wife tu sentiasa nombor 1 dalam kelas masa Form 4 n 5. Kerja tetap pun takda.

Bila aku mengumpat dengan kelig jantan expressing rasa takjub aku as to why la sheols buat gitu macam la takda pilihan lain kat IPGM tu lagipun sheols idok la hodoh pun, rupa ok ja walau idok la lawa sangat, kelig aku kata dia nak laki yang submisif letew. Aku pun, oh ya kan...Betul juga. Bila mengumpat dengan kelig ustaz pula dia cuma kata dah jodoh Chazeeyyyy nak buat cemaneeeee
Quote jazaa100 23-8-2023 05:57 PM
Aku percaya je...
Ni lah bahana kawin dgn bewak ank public figure pulak.....bewak dah terbiasa dot sokongan bapak dari kecik

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.274497 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top