CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hidayah Bengang Ali Puteh Nak Bagi Motor Untuk Bayar Hutang-"Ini Bukan Sistem Barter, Kenapa Tak Jual Dulu Dan Duit Tu Bagi Saya"

23-8-2023 12:08 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 29642| Komen: 104|Original author: Saiful

Balu Abam Bocey, Hidayah, 31, menolak pembayaran hutang saman berupa motosikal daripada Ali Puteh kerana berasakan ia tidak wajar.

Dia menolak kerana pihak Ali ingin membayar menggunakan kenderaan iaitu motosikal dan bukan dalam bentuk wang sebagaimana diperintahkan mahkamah.


Foto: IG

"Saya menolak cara pembayaran pihak sana (Ali) disebabkan mereka ingin membayar dengan menggunakan kenderaan seperti motosikal. Saya tidak menerimanya, hal ini kerana hutang perlu dibayar dengan wang ringgit, bukan barang atau selain daripada itu.

"Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hidayah, hutang antara mereka bukan seperti 'sistem barter' yang boleh dilangsaikan dengan membuat pertukaran barang tanpa membabitkan wang tunai.




"Persoalannya, mengapa dan kenapa pihak sana tidak mahu menjual terlebih dulu motosikal itu dan kemudian wangnya diberikan kepada saya untuk selesaikan hutang? Mengapa dan kenapa perlu memberi motosikal itu kepada saya dan saya pula yang perlu jual untuk dapatkan wang?" katanya di Instagram @abam_bocik.

Dia meminta Ali serta kakaknya membuat pembayaran segera hutang mereka kepadanya yang lama tertunggak selepas dia menang kes saman itu pada 18 Februari tahun lalu.

Hidayah memaklumkan hingga kini Ali masih belum melunaskan bayaran hutang sebanyak RM76,000, manakala RM2,000 lagi hutang yang perlu dibayar oleh kakaknya.


Dalam hantaran di media sosialnya itu, Hidayah juga memuat naik tangkap layar kisah Ali yang kini giat menjalankan perniagaan sambal petai dan jering berlado yang semakin maju.

Pada 8 Disember 2017, Hidayah bernikah dengan arwah Abam. Namun, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun dan mereka memiliki seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 3.


Konflik Hidayah dan Ali tercetus selepas pelawak itu didakwa mengeluarkan kata-kata mengaibkan Hidayah di Instagram, dua tahun lalu yang memerlukan tindakan undang-undang diambil.

Menerusi laporan media sebelum ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarga membayar RM60,000 kepada Hidayah yang menang kes saman itu pada Februari tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 23-8-2023 12:10 PM
Ali, susun nie.. Ko g la carsome tue ha si susun.. Pas dpt cash bayar la hutang tyw.. Tue pun nak kena ajar ker
Quote Lolalala 23-8-2023 12:19 PM
meteorspeed: Ali, susun nie.. Ko g la carso ...


Dengan harapan dapat rembat balik motor tu kot. Tu nak bg motor je
Quote Sachacha 23-8-2023 12:26 PM
Edited by Sachacha at 23-8-2023 01:19 PM

Bagus dayah bersuara ntah apa silitam bodoh lagi hodoh tu nak pusing lagi..
yg bengongnya tu kan ada je yg menyolong silitam ni..yg pompan² pun
Quote virgocircus 23-8-2023 12:29 PM
Mamat ni dungu, baghal sampai xboleh pikir motor tu kena jual dulu dpt duit baru bg pada dayah. Dasar pathetic!
Quote tipah89 23-8-2023 12:32 PM
ntah2 motor2 tu pun berhutang lagi..xpun bukan nama dia. bodo gila lah si susun ni.
Quote kucingitam 23-8-2023 12:33 PM
bagusnya dayah ni, tak pernah tgk dia merempan pasal kehilangan laki dia..meluah rindu ke hapa..
Quote TabletSusu 23-8-2023 12:34 PM
dia igt dayah tu bodoh dan boleh dibodoh2kan. sbnrnya dia yg bodoh dia x tau
Quote AkokKocik 23-8-2023 12:37 PM
Nampak comel je dayah ni, berseri je air muka, dimata akulah, dimata korang nampak lain.
Quote princessmiang 23-8-2023 01:05 PM
U go girl!!! Biar keburukan pemakan harta anak yatim ni disebarkan!!
Quote Suchi 23-8-2023 01:06 PM
Hahah dia ingat dayah nak g ride ngn kenkawan ke weh ko bagi motor tu
Kalau bagi emas rasanya dayah terima la juga ada ke bagi motor
Itu bukan aset tapi besi buruk
Quote 3chanceno 23-8-2023 01:13 PM
Bodoh takde sempadan eh famili nie..betul apa yg Dayah cakap tu..semuga Dayah dapat haknya secepat mungkin.
Quote prettyuglybabe 23-8-2023 01:14 PM
dia ingat dayah bodoh macam dia kot..
Quote asfaz 23-8-2023 01:15 PM
TabletSusu replied at 23-8-2023 12:34 PM
dia igt dayah tu bodoh dan boleh dibodoh2kan. sbnrnya dia yg bodoh dia x tau

Dah bodoh ditayang pulak semesta alam.
Tak boleh cash kan moto sb moto ada hutang ke?  Dia igt dayah benggap macam dia
Quote talapia 23-8-2023 01:17 PM
samada motor tu masih lom abis kayar.. atau saje konon niat dia nk menyusahkan dayah..  kau nak sangat bayar hutang kan? ha nah amik motor ni..

takkan bodoh sangat dia takleh fikir untuk jual dulu motor tu dan bagi cash utk bayar hutang? saje ingat dayah bole diperbodohkan agaknya.. claim market price motor utk bayar hutang.. walhal klau dijual.. tak sampai pon banyak tu dapatnya depends on condition motor
Quote airmineral 23-8-2023 01:31 PM
susun la duit tu dulu kasi cukup baru bagi
jgn susun barang pulakk
Quote salimrock 23-8-2023 01:35 PM
virgocircus replied at 23-8-2023 12:29 PM
Mamat ni dungu, baghal sampai xboleh pikir motor tu kena jual dulu dpt duit baru bg pada dayah. Dasa ...

terserlah kebodohan nye...

"Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya," katanya kepada Harian Metro


rxz, 125, y15  ni kalo jual 3-3 pn agak2  dpt ke 65k?


ko jgn trpedaya la dgn cerita tiktok yg org jual rxz 60k, itu semua cuci duit ttu ali...






Quote anony-mous 23-8-2023 01:36 PM
Tu pon klau moto atas nama dia. Klau moto curi? Tp atas nama litam pon xguna klau dayah nk jual, kn susah nk tukar nama
Quote salimrock 23-8-2023 01:38 PM
ada tgk kisah starsky and hutch, ada sorang genster ni tak silap kena bunuh ke atau kena frame ,  sebab dia suruh genster tu buat kerja, dan nak bagi upah bbrapa ribu,

skali ketua genster ( drug lord ) ni bayar genster pekerja tu dgn dadah, katanya street value tinggi

genster tu cakap dia genster buat kerja ( gerakkan dadah, pukul orang, blackmail orang ) tp dia bukan pengedar dadah,

jd dia pn frame atau tikam orang tu, lebih kurang cam tu la

nasihat utk ali,

akak tu bukan penjual moto, ko bg cash je la tolol
Quote Peachlilac 23-8-2023 01:41 PM
Si Ali ni epitome lelaki bodoh Dan yet another penunggang agama dan penunggang arwah mak & abangnya. Bodoh gila kau hutang orang duit pastu kau nak bayar dgn motor2 buruk kau. Pastu sembang mcm dayah tu yg tak bersyukur. Elok makan penampar berterabur gigi baru ada akal agaknya. Thank god dayah has good head on her shoulder.

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.122976 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top