CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahmad Zahid Hamidi Gigih Cari Dana Siapkan Masjid Selepas Akaun Yayasan Akalbudi Dibeku

22-8-2023 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4449| Komen: 25

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencari sumber kewangan bagi meneruskan pembinaan Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, Perak yang tergendala hampir tujuh bulan ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Yayasan Akalbudi.


Seorang pengurus projek  Ramli Ghani, 56memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan untuk mendapatkan wang bagi memastikan projek pembinaan masjid yang menelan kos RM43.7 juta, berjalan lancar.

Ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar, saksi pembelaan kesembilan itu turut mengesahkan pembinaan masjid berkenaan dilaksanakan melalui ikatan kontrak yang diperakui oleh pihak guaman.

Foto: Kosmo

Ramli selanjutnya berkata, perjanjian pembinaan masjid itu dimeterai di antara Yayasan Al Falah dan pihak syarikat kontraktor, Noble Energy Construction Sdn. Bhd. dan disediakan oleh firma guaman Tetuan Lewis & Co.


Jelas Ramli, pembinaan masjid itu merupakan sumbangan daripada Yayasan Akalbudi (diasaskan oleh Ahmad Zahid) dan dimulakan pada 12 Jun 2017.

Semalam, saksi itu berkata, ekoran siasatan yang dilakukan sekitar pertengahan 2018 menyebabkan pihak syarikat kontraktor tidak menerima bayaran selama tiga bulan selepas akaun Yayasan Akalbudi dibekukan dan disita oleh SPRM.

Menurut Ramli, kerja-kerja pembinaan kemudian diteruskan semula pada awal 2019 selepas syarikat kontraktor itu mendapat kelulusan pembayaran daripada Yayasan Al Falah yang juga milik ahli keluarga Ahmad Zahid dan siap sepenuhnya pada April lalu.

Sementara itu, mahkamah turut mendengar keterangan saksi pembelaan ke-11, Kamarulzaman Sampol, 54, iaitu ketua kampung Sungai Keli, Hutan Melintang, Bagan Datuk.

Saksi berkata, Ahmad Zahid yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk, dikenali sebagai pemimpin yang kerap membuat pelbagai sumbangan amal dan kebajikan kepada penduduk kawasan itu.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri pernah mengeluarkan sumbangan peribadi RM100,000 bagi membaik pulih Sekolah Agama Rakyat Sungai Keli yang telah uzur dan bangunan itu siap sepenuhnya pada 2007.

Menurut saksi lagi, antara sumbangan lain termasuk pembiayaan kos RM80,000 bagi menukar atap bumbung masjid yang bocor dan membina pagar Masjid Sungai Keli yang siap sepenuhnya pada 2008.

Selain itu, ujar Kamarulzaman berkata, Ahmad Zahid turut membina dewan makan di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin yang menelan kos RM20,000.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) bersambung Khamis ini.

Ahmad Zahid, 70, dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 22-8-2023 05:49 PM
tak bersalah kan?
Quote miss_white 22-8-2023 05:53 PM
Hid hid hid
Quote lanacondor 22-8-2023 05:58 PM
Ntah la.. Akhir zmn fitnah berleluasa. Semoga Allah beri kemenangan pada pemimpin2 yg benar.
Quote Suchi 22-8-2023 06:09 PM
Kalau benar tak bersalah kiranya pertuduhan politik la eh?

Teringat plak laporan PASleak yg penah najib pos kat fb dulu tu

Lepas2 ni renti2 kan lah politik balas dendam ni, mcm takkan abis. Bila blok ni menang maka yg kalah bersiap sedia la nak kena naik mahkamah  sampai ke sudah tak abis2 bertukar2 kluster mahkamah. Gitula kotornya dunia politik dipenuhi manusia licik dan keji.
Quote Perwira2022 22-8-2023 06:14 PM
Wak Jahid sedang dibaptiskan menjadi suci murni bak embun pagi.

Tahniah penganut PH
Quote CiliPadiSedap 22-8-2023 06:30 PM
politik wakanda  ni pelik sikit. ada  yacht. ada movie hollywood macam2 tp macai cakap tak salah. duit dah berhabis kena sakau billion.


pada pandangan kaka mahkamah sebenar2 mahkamah akhirat. mahkamah dunia boleh jd dendam politik atau sebagainya.
Quote kaseh80 22-8-2023 06:35 PM
Sesuci embun
Quote CiliPadiSedap 22-8-2023 07:06 PM

kalau semua pemimpin politik clean maksudnya madanon bohong lah konon umno corrupt rasuah?
Quote CiliPadiSedap 22-8-2023 07:07 PM
Edited by CiliPadiSedap at 22-8-2023 07:11 PM
Suchi replied at 22-8-2023 06:09 PM
Kalau benar tak bersalah kiranya pertuduhan politik la eh?

Teringat plak laporan PASleak yg penah n ...

so duit buat movie dapat daripada mana? yacht yang kena tangkap dari luar negara bawa balik malaysia tu yacht siapa? kiranya duit sakau tu wujud ke tak?

pening2

[youtube]g-hVszqc1r0[/youtube]
Quote Perwira2022 22-8-2023 07:08 PM
CiliPadiSedap replied at 22-8-2023 07:06 PM
kalau semua pemimpin politik clean maksudnya madanon bohong lah konon umno corrupt rasuah? ...

Madanon kaki fitnah la.. Menang pilihanraya pun hasil menghasut rakyat untuk mempercayai fitnah. Patut la tiada keberkatan dalam pemerintahan.
Quote Purplehaz 22-8-2023 07:13 PM
Personally dari dulu dulu mmg dia ni baik seorng yg bertanggungjwb. Wife dia pun mcm tu.
Quote MissYouSayang 22-8-2023 07:32 PM
Yatohannn, ada lagi acik2 forum ingat si wak bngsat ni suci bersih ?
Quote Skuau 22-8-2023 07:37 PM
MissYouSayang replied at 22-8-2023 07:32 PM
Yatohannn, ada lagi acik2 forum ingat si wak bngsat ni suci bersih ?

adaka orng jahat nak buat masjid???
Quote dani-rox 22-8-2023 11:57 PM
tak sia2 renovate muka utk nampak inesen
Quote pocongkiutss 23-8-2023 12:04 AM
Menyampah iols penjilat parti politik ni..cuba kalau dlm berita ni jibby ke..abahcow ke..nusi gendut ke..hadi awang ke..mau dikutuk tak hengat doniaa..bila tiba zahid komedi ni lepas join madanon..terlebih husnuzon pulak dgn wak jahit nih
Quote laksmanabentan 23-8-2023 08:46 AM
kerlasssss...... mana Yayasan tu dapat duit banyak2 ekkkk...
Quote ibu_haritz 23-8-2023 08:49 AM
Masjid kt Bagan Datuk tu byk lalat
Quote Firenzza 23-8-2023 09:04 AM
Bayangkkan jika nuart masih pm tepi, mau meroyan la dia dgn lapiji......ratib sakau2 x kesudah......tp sjk comolot krik2 jer la skg
Quote rosedemon 23-8-2023 09:08 AM
sorga buatmu wak jahid

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.246901 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top