Ada pula yang rajin mengorek video lama Abang Tesla yang pernah memberi nasihat dan tip menjaga hati isteri demi kebahagiaan rumah tangga. Menerusi video tersebut, influencer tersebut membawa isteri pertamanya yang merajuk membeli belah pakaian musim sejuk sebelum berangkat ke Switzerland.
Katanya dia bukan takut dengan isteri tetapi menghormatinya wanita itu dan membawanya bercuti ke luar negara sebagai cara memujuknya. Bagaimanapun, di akhir video tersebut Abang Tesla turut menasihati golongan lelaki bahawa kaum itu perlu setia terhadap seorang isteri. Jelasnya perbuatan menduakan isteri hanya akan merugikan diri sendiri.
"Berkenaan isu nak kahwin dua ke tiga ke memang mampu sangat tapi sebagai seorang lelaki kita hanya setia pada satu. "Sebabnya bila kita berlaku curang, benda ni akan merosakkan hubungan dan bisnes," kongsinya. Sehubungan itu, rata-rata netizen berpendapat nasihat yang diberikan oleh Abang Tesla telah berbalik semula kepada dirinya dan menyifatkannya sebagai cakap tidak serupa bikin. "Jangan percaya kata-kata rempit! Saya dari masa depan. Emosi nampak muka dia ini, bagi tips pandai tapi diri sendiri tak ikut. "The real diuji dengan kata-kata sendiri," antara komen netizen. Menerusi video dia meminta izin terhadap isteri pertama, Abang Tesla memberitahu Nurmajdina reda dia berkahwin lagi dan sangat menjaga aibnya sebagai suami. "Tipulah kalau dia tak sedih tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia tentang hasrat saya. "Isteri yang baik adalah yang taat kepada suami dan menjaga maruah suami," katanya. -CARI Sumber: mStar
|
SecretLuv replied at 22-8-2023 06:25 PM
Kalau la perempuan pun boleh kahwin dua, mesti lelaki akan faham macam mana rasanya bila diduakan
Moyangkucing replied at 22-8-2023 06:25 PM
apa pun, moga kata2 dia ni akan makbul buat diri dia...aamiin
green~tea replied at 22-8-2023 06:50 PM
Benda yg ko pernah ucap tu lah yang akan jadi ujian utk ko... stended lewww
SecretLuv replied at 22-8-2023 06:25 PM
Kalau la perempuan pun boleh kahwin dua, mesti lelaki akan faham macam mana rasanya bila diduakan
anony-mous replied at 22-8-2023 07:17 PM
Amin. Dah i harap dia dpt la ank yg dia nk sgt tu tp xde harta dah. Sbb dia bg alasan kahwin baru ...
ADVERTISEMENT