CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Warga Asing Bersepah Di Pasar Borong KL, Ada Orang 'Jaga'

22-8-2023 04:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2987| Komen: 10

Kuala Lumpur: Peniaga tempatan didakwa menjadi dalang menyebabkan isu peniaga warga asing menguasai perniagaan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) terus berlarutan sejak sekian lama.

Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Hoi Seong Kuala Lumpur, Sing Kian Hock berkata, peniaga warga asing menggunakan lesen orang tempatan dengan sewa sehingga RM10,000 sebulan bagi membolehkan mereka beroperasi di deretan premis luar pasar borong itu.

PERSATUAN Pemborong mengadakan pertemuan dengan Prabakaran (tiga dari kanan) di Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur. FOTO Amirudin Sahib

Beliau berkata, walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada melaksanakan penguatkuasaan sitaan barangan namun langkah itu dilihat gagal mematahkan usaha mengusir penjaja warga asing terdiri pemegang Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) di situ.


"Justeru, saya menggesa kekerapan operasi bersepadu membabitkan semua agensi terutama imigresen dan polis dilakukan bagi mengatasi permasalahan itu untuk mengelakkan terus berlarutan dan tidak terkawal.

"Dalam PBKL bersih, semua peniaga patuh peraturan tetapi apabila keluar pintu PBKL dapat dilihat lambakan warga asing yang beroperasi sesuka hati hingga memenuhi siar kaki dan menyebabkan kacau ganggu lalu-lintas serta menyebabkan kawasan menjadi kotor.

"Mereka pemegang kad UNCHR, sepatutnya tidak boleh bekerja apatah lagi menjadi bos di sini namun masalah ini berlarutan dalam tempoh lama dan penguatkuasaan sedia ada tidak cukup untuk halau mereka keluar dari kawasan ini.

"DBKL hanya boleh sita barang tapi tak boleh tangkap mereka. Jika begitulah, lebih baik ada kad UNCHR daripada kad pengenalan warga negara sebab mereka bebas berniaga sedangkan orang tempatan diikat dengan banyak peraturan," katanya semasa mengadakan tinjauan bersama Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran di PBKL, di sini, hari ini.

Beliau mendakwa, operasi peniaga warga asing itu dilindungi pihak tertentu apabila masih terus beroperasi walaupun lesen perniagaan disewa mereka sudah tamat tempoh sejak beberapa tahun lalu.

"Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak yang 'jaga' (lindungi) peniaga warga asing ini memandangkan mereka sudah bertapak lama di kawasan ini dan sehingga kini masih gagal dihalau.

"DBKL tidak lagi luluskan pembaharuan lesen niaga kerana tidak mahu kawasan (luar) PBKL itu dipenuhi warga asing jadi mereka kini beroperasi secara haram.

"Mereka guna lesen orang tempatan untuk beroperasi dan boleh bayar hingga RM10,000 sebulan sewa kepada pemilik sebenar lesen niaga iaitu warga tempatan.

"Saya bimbang jika operasi bank-bank di sini berpindah, maka kawasan ini sepenuhnya akan menjadi perkampungan warga asing jika tindakan tegas tidak dilakukan," katanya.

Sementara itu, Prabakaran berkata, pihaknya akan memastikan operasi bersepadu membabitkan semua agensi akan dimulakan bulan depan.

"Jika lihat situasi di sini memang jelas menunjukkan pelanggan dalam kawasan PBKL semakin berkurangan selepas warga asing berniaga tanpa lesen di luar PBKL.

"DBKL boleh mengambil tindakan ke atas jualan tanpa lesen tetapi berkaitan warga asing perlu dibincangkan bersama imigresen serta MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk cari penyelesaian. Jika warga asing di dalam PBKL boleh diatasi, kenapa di luar tidak boleh, " katanya.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 22-8-2023 04:47 PM
Beliau berkata, walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada melaksanakan penguatkuasaan sitaan barangan namun langkah itu dilihat gagal mematahkan usaha mengusir penjaja warga asing terdiri pemegang Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) di situ.

"Justeru, saya menggesa kekerapan operasi bersepadu membabitkan semua agensi terutama imigresen dan polis dilakukan bagi mengatasi permasalahan itu untuk mengelakkan terus berlarutan dan tidak terkawal.


Maksakhalahnyaaaa yg kat atas tu pun makan gak...kalau bebetul telus, nuu jadi cam singkapor. Pendatang pun takut nak wat onar.
Quote Skuau 22-8-2023 07:09 PM
MAKA....nampaklah KEBODOHAN di pihak MALAYSIA...drp kacamata pemegang kad UNCHR ini.
Quote B40tastePosh 23-8-2023 02:57 AM
Rasuah di Malaysia ni dah level Barah... patut nye perkenalkan je Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur semula.
Quote Tinot7 23-8-2023 03:41 AM
Deme ni takde SOP yg lebey ketat ka?
Quote shernazz 23-8-2023 05:09 AM
Rohingya gelak je..
Malaysia boleh dik
Quote daisy71 23-8-2023 05:46 AM
Dulu lagi dah bising. Pasar selayang buat besar sampai parking bertingkat2..siap ada section barang basah, sayur buah...ehh mari puak2 lapar duit haram ni kasi orang luar niaga tepi2 jalan tu...kotor n busuk jadi jalan tu. Air ayam udang sotong ikan main curah je je kat tengah jalan. Bengong.
Quote laksmanabentan 23-8-2023 10:14 AM
hahahaha... bukan benda baru kot.... hahahahahaa.....
Quote ctaz 23-8-2023 10:29 AM
UNCHR dan pemegang kad...tersenyum sinis...
Quote Zazama 23-8-2023 11:46 AM
Tak kan lah nak suruh penduduk buat tindakan. Kalau kau serious, buatlah tindakan. diorg takkan nk berniaga suka2 hati. Makin merebak2 makin bertambah2. Siap dibawa budaya hidup negara asal diorg ke sini.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.156532 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top