CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpaling T20! Individu Kutuk Peniaga Char Koay Teow Masak Overcooked Shrimp, Kutuk Cita Rasa B40

22-8-2023 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4169| Komen: 30

Satu video yang dimuat naik mempromosikan hidangan char koay teow menjadi bualan hangat ramai.

Di ruangan komen, seorang individu dikecam ramai gara-gara komennya yang menimbulkan rasa kurang senang.


Dalam rakaman tersebut, dipaparkan sebuah gerai yang menjual char koay teow dan koay teow basah di Shah Alam yang diusahakan peniaga Melayu.

Terpaling T20! Individu Kutuk Peniaga Char Koay Teow Masak Overcooked Shrimp, Kutuk Cita Rasa B40


Individu tersebut menegur tentang udang yang didakwa terlebih masak namun dia menyelar warganet lain yang tidak sependapat dengannya.

Dia juga mengutuk orang lain itu mempunyai citarasa B40 hanya kerana mereka tidak kisah dengan udang yang dimasak terlalu lama.

"Citarasa B40, mestilah ok.”


Komen itu mengundang banyak kritikan daripada warganet lain yang berkata dia tidak sepatutnya menbabitkan isu itu dengan taraf kehidupan seseorang.

Dalam pada itu, sesetengah individu mempunyai pendapat yang sama dan mengatakan char koay teow asal dari Pulau Pinang tidak dimasak begitu.

Namun, sesetengah warganet pula berpendapat ia tidak perlu diperbesarkan sebaliknya kita perlu meraikan setiap makanan yang ada di Malaysia.

"Raikan perbezaan. Kita patut berbangga kalau orang guna budaya kita untuk sesetengah masakan. Gaduh buat apa? Nikmati makanan itu.” -CARI

Sumber: Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-8-2023 04:06 PM
Udang tumis petai pun org masak lama...mendala sebut t20..B40...
Quote JunkMail 22-8-2023 04:07 PM
Pasal char kuey tiaw pun boleh jadi berita
Quote honeybee1802 22-8-2023 04:09 PM
Overcooked tak pe bg aku...undercooked mau sakit perut aku...
Quote tumpanglalu74 22-8-2023 04:14 PM
Anak je gaji B40 tapi makbapak jotavan.  Ko hade??
Quote Thunderclouds 22-8-2023 05:37 PM
Overcooked undercooked xpenting utk aku.
Paling pentiingggggg devein udang tu!
Kotor btaik lg mmg xmkn lerrrrr
Quote grouper 22-8-2023 06:04 PM
Udang fresh blh le masak undercooked..cuba masak yg x bape fresh tgk..yg dah start merah2 tu
Quote cmf_almondpecan 22-8-2023 06:34 PM
Makanan ni citarasa masing2 tak kira taraf hidup. Wanita Asia terkaya 2 dekad lepas, Nina Wang, seorang billionaire masa dia mati tahun 2007 dulu, suka sangat makan McDonald's setiap minggu mesti makan banyak kali. Dia belanja USD400 saja sebulan walaupun kaya banyak dari Queen Elizabeth. So takkan kata Nina Wang ni B40 asyik makan McD tak makan lobster, abalone wagyu, ikan paus semua tu.
Quote salimrock 22-8-2023 06:35 PM
honeybee1802 replied at 22-8-2023 04:09 PM
Overcooked tak pe bg aku...undercooked mau sakit perut aku...

ada sebab nya street food ni kena masak betul2 tak macam luxury cuisine yg masak sikit2 atau makan mentah,


luxury cuisine di sediakan oleh chef2 terlatih, bahan2 bermutu, ada pemantau kualiti makanan, sebab tu harga mahal...

street food ni bukan la takde kualiti, mgkn beli kat pasar, takde pemantau kualiti,jd tukang masak kena la masak betul2, jgn nak ngada2 buat rare atau medium rare dsbnya, nnti takkuat antibodi kena cerry berry,

jd tukang masak street food ni amik la pendekatan selamat, masak la dgn betul bagi mati kuman2 bakteria tu...


Quote ultra78 22-8-2023 06:57 PM
@aechae suka makan udang masak mcm mana?
Quote aechae 22-8-2023 07:22 PM
ultra78 replied at 22-8-2023 06:57 PM
@aechae suka makan udang masak mcm mana?

Udang n keturunannya adalah least favorite… mgkin sbb malas nk buang kulit so i rela x mkn pn xpe

So overcooked ke half cooked ke iols x kisah pn.
Iols mkn udang yg dh buang kulit je
Quote anony-mous 22-8-2023 07:29 PM
Aiyo. Pegi la tgk cerita Hunger film thai. T20 pon bodoh
Quote ChildrenOfBodom 22-8-2023 07:36 PM
T20 takkan makan char koay teow ja kot? Tu makanan level rempit.
Quote ninja boy 22-8-2023 08:26 PM
Edited by ninja boy at 23-8-2023 07:10 AM

Kalau masak sendiri udang kopek bawah dan atas jah tinggalkan kulit tengah2 macam berkemban gituh masak goreng sedikit minyak berkunyit bercili kampung, kan senang mkn  
Quote Lagubestbest 22-8-2023 08:40 PM
aechae: Udang n keturunannya adalah least favorite… mgkin sbb malas nk buang kulit so i rela x mkn pn xpe So overcooked ke half cooked ke iols x kisah pn.I ...


udang nak sedap lepas masak seminit dua kena makan terus.kalau biar sejuk manis2 isi dia hilang dah plus kecut summore.

Quote lo_la 22-8-2023 09:41 PM
Edited by lo_la at 22-8-2023 09:43 PM

Malay style kwayteow udangnya mmg fully cooked selalunya.
Kalau Chinese style kwayteow udangnya is between under and cooked because when you bite into it, ada a bit of crunch.
Udangnya pun pakai udang kecik2 yg comes fully cleaned, deshelled and deveined. Ini yg biasa dok serve kat hotel le.
Yg tukang komen tu peghak kot sampai nak label2 t20, b40 bagai
Quote allshares 22-8-2023 09:53 PM
Tq amporn bab udang pun nk dikasta kan. Pelik2 perangai manusia  ptt la ada kaum tohan penah bagi bumi telan
Quote B40tastePosh 22-8-2023 11:56 PM
aechae replied at 22-8-2023 07:22 PM
Udang n keturunannya adalah least favorite… mgkin sbb malas nk buang kulit so i rela x mkn pn xpe ...

Masak pajeri terung atau kurmak terung wajib letak udang kering.

Quote B40tastePosh 22-8-2023 11:58 PM
ninja boy replied at 22-8-2023 08:26 PM
Kalau masak sendiri udang kopek bawah dan atas jah macam berkemban gituh masak goreng sedikit minyak ...


Kalau buang kulit habis cam tak best kan...meols suka simpan ekor udang kalau masak
Quote Atata 23-8-2023 12:15 AM
allshares replied at 22-8-2023 09:53 PM
Tq amporn bab udang pun nk dikasta kan. Pelik2 perangai manusia  ptt la ada kaum tohan penah bagi bu ...

Hahaha... entahhh dorang ni.. tapi iols masuk thread ni sebab malam2 terbayang charrr kuay teow yang basah2 tu alamak yummyy

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.035007 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top