CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Tentera Dihukum Gantung, Dera Anak Sampai Mati, 32 Kecederaan & Ada Pendarahan Dalam Abdomen

22-8-2023 12:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4843| Komen: 49

Seremban: Seorang bekas tentera dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Seremban hari ini atas kesalahan mendera anaknya sehingga mati dalam kejadian di Lukut, Port Dickson, lima tahun lalu.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Rohani Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Abdullah Mohamed, 41, di hari akhir pembelaan dan tertuduh didapati bersalah.

Dalam penghakimannya, Rohani menyatakan pihak pendakwaan telah membuktikan keraguan melampaui keraguan munasabah yang mana tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 hingga 50 tahun dan dikenakan minimum 12 sebatan.

MOHAMMAD Abdullah Mohamed (tengah) dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Seremban hari ini atas kesalahan mendera anaknya sehingga mati dalam kejadian di Lukut, Port Dickson ima tahun lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.


“Setelah mahkamah mendengar dan menimbang hujahan peguam bela kamu (tertuduh) dan pihak pendakwaan, mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman mati ke atas kamu di mana kamu diperintahkan digantung di leher sehingga mati pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kelak. 

“Dalam kes ini, apa yang diketengahkan adalah penafian dan andaian semata-mata,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah membunuh anak perempuannya Nur Aina Nabihah, yang ketika itu berusia sembilan tahun, pada 31 Januari 2018.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Jalan Vista Jaya 5, Taman Vista Jaya, Lukut, antara pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Maleeha Syed Hussin dan Ala’uddin Baharom, manakala tertuduh diwakili oleh sebuah syarikat guaman.

Terdahulu, peguam tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara paling minimum bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu 31 Januari 2018.

“Tertuduh telah berkahwin dan mempunyai empat anak. Sebelum ditangkap polis, tertuduh telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia dan jawatan yang dipegang sebagai sarjan (kenderaan). 

“Dia (tertuduh) telah berkhidmat untuk negara 17 tahun sebulan dan tertuduh juga amat menyesal serta memohon maaf,” katanya.

Bagaimanapun, Sharifah Maleeha dalam hujahannya memohon mahkamah satu hukuman berat dikenakan yang mana hukuman paling munasabah dan wajar dikenakan kepada tertuduh ialah hukuman mati.

“Mangsa merupakan anak kandung tertuduh yang mana punca kematian adalah disebabkan kecederaan abdomen disebabkan kudrat tumpul. Kudrat tumpul yang kuat menghasilkan kecederaan dalaman,” katanya.

Tambahnya, dalam kes ini,  luaran dan pelbagai kecederaan dalaman si mati, terutamannya di bahagian kepala, leher dan abdomen.

“Pemeriksaan juga mendapati terdapat pendarahan yang banyak dalam abdomen yang disebabkan kesan luka hati, pankreas dan ginjal. Dalam kes ini tertuduh telah bertindak kejam memijak serta menendang si mati hingga maut.

“Si mati ketika kejadian adalah kanak-kanak perempuan yang dipijak dan ditendang oleh seorang bapa kandungnya sendiri. Perbuatan ini tanpa belas kasihan seorang yang dikenali terhadap anak kandungnya sendiri, satu nyawa telah hilang tidak dapat dikembalikan lagi dan di mana sifat seorang ayah yang sepatutnya melindungi, menjaga dan memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya,” tegasnya.

Media pada 1 Februari 2018 melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu, maut ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS)

Ketua Polis Daerah Port Dickson pada ketika itu, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, kanak-kanak terbabit dipercayai dipukul dengan objek tumpul di rumah keluarganya.

“Mengikut siasatan awal, mangsa dikatakan dilihat tidak sedarkan diri oleh bapa kandungnya pada jam 11.30 malam. Bapa mangsa yang berusia 38 tahun itu cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada kanak-kanak itu, namun tidak berjaya.

“Dia kemudian menghantar anak keduanya itu ke HTJS untuk rawatan dan kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat pada jam 12.30 tengah malam,” kata Zainuddin ketika itu,

Hasil siasatan, suspek pernah ditahan kerana kesalahan sama pada Jun 2017 selepas ibu kandung mangsa yang sudah bercerai dengannya, membuat laporan polis apabila melihat kesan lebam pada tubuh anaknya ketika mengambil kanak-kanak itu.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 22-8-2023 12:48 PM
Zolimnya ..anak kotttt..
Quote Binodino 22-8-2023 12:51 PM
Bagus hakim bagi gantung sampai mati terus. Tu hukumn setimpal, nyawa bayar dengan nyawa. Anak kandung kau kot. Bukan anak tiri. Kau dendam kesumat apa dengan arwah sampai kau tergamak belasah dia sampai mati? Apa sangat kudrat budak pompuan umur 9 tahun tu hanat? Kau ingat dengan jasa kau sebagai askar tu kau mampu nak lepas dari hukuman? Eh sial!
Quote IzzahF 22-8-2023 12:55 PM
dia dah bedal budak tu, budak tu pengsan dia bg CPR? apa punya buduhhh ya amat2. takkan ko nak expect ko pijak, ko belasah smpai lunyai budak tu nak hidup sihat gagah berlari? mestilah ko belasah dia sbb ko nak dia mati

eloklahhhh bg hukuman mcm ni
sakit hati btl
Quote hareeeesah 22-8-2023 01:02 PM
Ko nak cpr lepas ko pijak? Bongok… kalau benci xsuka anak tu biar la mak dia jaga, yg ko pi bunuh pulak elok la kena gantung..
Quote menjad 22-8-2023 01:03 PM
Bapa tak guna.
Quote talapia 22-8-2023 01:19 PM
memula baca part atas aku macam kesian.. alahai.. terus kena gantung.. camne la perasaan dia..
pastu bila baca apa dia buat.. camne dia perlakukan anak dia tu.. hmm.. memang layak.
kalau kau sayang anak kau takkan tergamak nak tendang n pijak anak. kalau alasan pukul sebab nak mengajar sekalipon memang takkan sampai guna kaki ye. Orang kalau pukul anak pon sikit2 aje.. bukan sampai terajang pijak segala. Ni memang dah menggila. Bayar kau dengan nyawa kau sendiri
Quote swimswim 22-8-2023 01:24 PM
Haiz.. Tak terkata apa2
Quote pu3_rania 22-8-2023 01:28 PM
Selayaknya manusia yang zalim menerima hukuman berat yang setimpal dengan kekejaman yang di lakukan terhadap darah daging sendiri
Quote grouper 22-8-2023 01:28 PM
Nasib hukuman gantung masih ada....
Quote midori888 22-8-2023 01:32 PM
kejam nak mampus....mmg selayaknyer di gantung smp mampus...
Quote JunkMail 22-8-2023 02:04 PM
Apa yang kau benci sangat dgn anak kau tu? Badan dah la gundu pergi pijak budak kecik pulak. Selayaknya lah kena gantung.
Quote Cookingholic 22-8-2023 02:25 PM
Buang kopiah atas kepala tu boleh tak??
Quote 3chanceno 22-8-2023 02:25 PM
Innallillah mangsa memang tak berdaya nak pertahankan dirinya bila dibedal ayahnya. Ibu mangsa pernah report pasal apak budak nie, tapi takde pulak cerita seterusnya.
Quote shernazz 22-8-2023 02:29 PM
Elok lah budak tu Mati
Dari hadap bapak tak Guna MCM ni..
Kau mmg dendam dgn budak tu kan Sampai kau Dera dia begitu sekali?
Quote B40tastePosh 22-8-2023 02:30 PM
Edited by B40tastePosh at 22-8-2023 02:33 PM

Jijik nye....

Patut la bini pun cabut lari...perangai sialll

Untuk bapa²
Fathers-Day-Quotes-Kids-020-2000-ac10c0e74e6041e8a6199333a998f745.jpg Fathers-Day-Quotes-Kids-019-2000-0f70f1aca51b41479f27001278ce8bde.jpg
Quote aciksenah 22-8-2023 02:51 PM
Hasil siasatan, suspek pernah ditahan kerana kesalahan sama pada Jun 2017 selepas ibu kandung mangsa yang sudah bercerai dengannya, membuat laporan polis apabila melihat kesan lebam pada tubuh anaknya ketika mengambil kanak-kanak itu.

Dah tahu anak dah pernah kena dera, kenapa masih bagi bapaknya jaga???????
Quote kaedahnya 22-8-2023 03:08 PM
aciksenah: Hasil siasatan, suspek pernah  ...

yang ni la kot pegawai penyiasat buat nfa sebab kononnya bukan mendera tapi mendidik sampai nak mampus.
gitu akak buat palatau.
Quote She-Ra 22-8-2023 03:55 PM
iols ada pakcik2 yg bekas tentera
mmg ingat la kecik2 dulu camne anak2 dia yg degil kena pukul.. kaw kaw kena
tp yelah, bdk nakal.. paham2 jela.. berbirat bdn dgn tali pinggang.. pastu lari tdo rumah aku hahahaaa.. takat tu jela.. takde teruk mana pun
dh bdk tu buat perangai, mmg kenala
sekarang, alhamdulillah jd orang yg berguna.. kerja pun bagus
elok jaga makpak

dan yg best tu, masa mak dia sakit, segala kos guna atas nama pak dia bekas tentera.. byk jgk, dlm puluhan ribu.. alhamdulillah kedua org tuanya sihat walafiat
Quote namr 22-8-2023 06:44 PM
celakanya laknat ni..bunuh anak pastu acah insap ke pakai kopiah bagai??!

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.103284 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top