CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri Dengan Kayu

22-8-2023 12:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2117| Komen: 9

Ipoh: Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya dengan sebatang kayu, kelmarin.

Tertuduh, R. Subramanian, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azizah Ahmad.


Subramanian (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan memukul isteri menggunakan kayu dalam kejadian di Taman Pertama, Ipoh kelmarin.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, S. Shanta Kumari, 54, dengan menggunakan sebatang kayu di sebuah rumah di Taman Pertama, Ipoh dalam daerah Kinta pada pukul 1.14 pagi, 20 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun yang sama yang mana penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua hukuman berkenaan.


Tertuduh juga boleh dihukum mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan, iaitu penjara hingga dua kali ganda daripada hukuman penjara yang dikenakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu’aini Khalifah manakala tertuduh yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu diwakili peguam Dayang Nor Emilia Azman Shah.

Terdahulu, Qurratu’aini mencadangkan jaminan sebanyak 10,000 namun Dayang Nor Emilia memohon agar jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya telah bersara dan hanya melakukan kerja-kerja kebun dengan memperoleh pendapatan harian.

Azizah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai dan menetapkan 3 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 22-8-2023 12:45 PM
Dah bergari pun masih tererlah ke'bangkem'annya.[em:3:]
Quote ropiahdiva80 22-8-2023 12:47 PM
benci btol tgk kaki pukul cmni
Quote tungkai 22-8-2023 12:53 PM
Apa sebab dia pukul?
Quote Markonah_7 22-8-2023 01:13 PM
Elok kau pulak kena kat dalam
Quote gideoncross 22-8-2023 03:40 PM
Belibis replied at 22-8-2023 12:45 PM
Dah bergari pun masih tererlah ke'bangkem'annya.[em:3:]

Kan? Mcm msih nmpk brdendam kat bini.
Quote shernazz 22-8-2023 04:21 PM
Takde sapa tengok habang Pulis tu helok tak buncit ke?
Quote B40tastePosh 22-8-2023 08:23 PM
shernazz replied at 22-8-2023 04:21 PM
Takde sapa tengok habang Pulis tu helok tak buncit ke?

Tembam, baby face...boleh?
Quote shernazz 23-8-2023 11:38 AM
B40tastePosh replied at 22-8-2023 08:23 PM
Tembam, baby face...boleh?

Hahahaa..
Pipi dia kembung kan..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.236445 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top