CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyondol Punyalah Baik Dengan Isteri, Petang-Petang Borak Depan Rumah- Suami Skandal Dengan Jiran, Bini Orang Anak 4

22-8-2023 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20475| Komen: 105

Seorang wanita berdepan dengan jirannya yang tergamak menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya sendiri!

Menurut steri malang itu, jirannya yang merupakan ibu kepada empat anak itu juga adalah rakan sepejabat suaminya.


“Suami kantoi curang dengan rakan pejabat dan bini orang dengan empat anak. Perempuan tu juga jiran sebelah rumah .

“Setiap petang kami duduk bersembang depan rumah sambil memerhatikan anak masing-masing bermain,” tulisnya di grup Facebook.

Gambar Hiasan

Pada mulanya dia tidak dapat menghidu hubungan sulit antara suami dengan jiran berkenaan kerana kedua-duanya bijak menyembunyikannya.

Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

“Suami dan perempuan tu bijak sorok hubungan sampai saya tak perasan mereka berskandal.

“Tapi jangan lupa, sehebat mana kau sorok... Allah mampu menyingkap apa yang kau sedang sorokkan,” ujarnya yang merupakan ibu kepada lima cahaya mata.


Sejak kisah hubungan sulit suaminya terbongkar, wanita itu memberitahu, jirannya berasa malu dan terus mahu berpindah.

Namun kata suri rumah itu, dia tidak pernah bertindak secara agresif terhadap suami mahupun wanita berkenaan meskipun hatinya sakit hanya Tuhan saja yang tahu.

“Saya tak serang perempuan tu, saya tak serang suami. Saya cuma nasihat baik-baik,” katanya.

Hampir setahun dia berjuang melawan perasaan sedih dan menyakitkan hati, dia akhirnya menghidap tekanan perasaan.

“Saya mengalami tekanan kena buat saringan mental dan check up berkala. Ia terjadi setelah apa yang berlaku.

“Saya mengumpul kekuatan untuk memfailkan permohonan cerai di mahkamah,” jelasnya.

Dalam perbualannya bersama suami, wanita itu menitipkan pesanan sebelum mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing.

“Saya pesan dekat dia, selepas ini kena belajar hidup berdikari. Sebab selepas ini saya dah tak akan ada dengan dia sampai bila-bila.

“Suami sedih dan menangis. Dia kata selama ni nampak saya OK. Dia ingat saya betul-betul dah maafkan dia dan lupakan apa yang terjadi.

“Tapi saya tipu dia sebab saya nak memfailkan kes ke mahkamah. Semoga kuat di hari yang mendatang,” katanya lagi menerusi grup Facebook Permasalahan Kes Di Mahkamah Syariah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 22-8-2023 02:31 PM
Edited by babelina at 22-8-2023 02:33 PM

tu la pmpuan.. klau rasa sakit tu x diluahkn.. mkn dalam..
tingat kisah ni.. walaupn dh tua dh memasing.. kita nmpk la yg laki nie baik.. diam jer.. nape bini nk cari pasal.. pdahal masa muda mcm2 jadi dlm hidup bini nie atas kejahatan laki tu.. mana bole lupa.. bila sekeping hati telah dilukakan..
Quote noor2 22-8-2023 02:34 PM
Dah laki ko yg gatal....
Quote prince_marhaen 22-8-2023 02:42 PM
kantoi kongkek kat rumah sebelah ke acaner? laki pompuan tu tak cerai ke? gittewww konsep gotong royong main sesama jiran.
Quote gideoncross 22-8-2023 02:52 PM
Skrg ni mcm smua prmpuan kat Msia acah2 psl pnyondol, jumping into bandwagon. Silp hribuln laki korg mmg ada lain, pdn muka, mminta sngt.
Quote prettyuglybabe 22-8-2023 04:08 PM
gideoncross replied at 22-8-2023 02:52 PM
Skrg ni mcm smua prmpuan kat Msia acah2 psl pnyondol, jumping into bandwagon. Silp hribuln laki korg ...

orang pompuan ni, biar laki miskin hisap dadah penyamun perompak janji jangan ada pompuan lain.. minta poligami apatah lagi..

ramai je nanti tolong gaduh
Quote nono86 22-8-2023 08:03 PM
Kalau kena kat aku, aku bagi tau kat suami dia, then bagi tau mak mak dan ayah ayah dah juga mak ayah mertua pasangan skandal terbabit.. dah siap, mintak cerai dan claim segala bende yang boleh diclaim..
Quote becir 22-8-2023 08:10 PM
Baca ceta pempuan ni cakap takde serang pun skandal laki dia..tetap kena sindir ngan acik forum yg tak pernah merasa laki text pempuan lain langsung.
Quote Dovahkiin 22-8-2023 09:04 PM
babelina replied at 22-8-2023 02:31 PM
tu la pmpuan.. klau rasa sakit tu x diluahkn.. mkn dalam..
tingat kisah ni.. walaupn dh tua dh mema ...

Sama jugak suruh laki jadik mindreader. Laki tak paham, stress. 4B betul. Kalau nak bunga, cakap la nak bunga, bukan cakap "cantik bunga tu, ye bang". Bini aku pun da paham perangai aku. Dia nak apa, dia da xde kias2. Kalau dlm bajet, aku beli terus. Kalau nak brg luar bajet, bg aku sebulan dua. Tak koser nak buat senak otak jadik mind reader.
Quote rosedemon 23-8-2023 09:06 AM
pg jhnam la jantan mcm ni keysah plak aku
Quote B40tastePosh 23-8-2023 12:13 PM
prince_marhaen replied at 22-8-2023 02:42 PM
kantoi kongkek kat rumah sebelah ke acaner? laki pompuan tu tak cerai ke? gittewww konsep gotong roy ...

Bagus kejiranan ni bergotong royong.

Quote ifanonline 23-8-2023 12:15 PM
kadang2 para isteri ni jgn ambil mudah keperluan batin suami...org laki ni kena service 3-5 kali sehari...sehari sekali tak cukup
Quote stingerpressor 23-8-2023 12:29 PM
Tak off topic kheun yg ini?

[youtube]YDGeGXKJ864[/youtube]
Quote Dzahin_poch 23-8-2023 12:50 PM
gideoncross replied at 22-8-2023 02:52 PM
Skrg ni mcm smua prmpuan kat Msia acah2 psl pnyondol, jumping into bandwagon. Silp hribuln laki korg ...

Kenapa asik perempuan malaysia? Hahahahhahaha
Eh kami mostly kat sini ada kerjaya. Kalau jenis laki baik tetiba yg sondol tu pulak jobless/ andartu ke pastu acah2 terpaling suci cam IK tu kan pastu mental dok kacau bini mmg lah bini2 org memekak kat medsoc dia terpaling good2 in everything. mmg lah kami bersatu padu hentam. Malaysian bab ni u pon tau kan mmg kami bersatu padu hahahahahah.  Tapi kalau jenis laki sampah career women cam weols n gaji besar ni kan x heran pon. We bg free je kat babi tu. We boleh cari another jantan heloks lebih dari yg ada skrng ni hahahhaahahha.. Eh u komen cam ni u bukan malaysian ke? Or part of malaysian tapi x ddk luar?
Quote shernazz 23-8-2023 12:51 PM
Dzahin_poch replied at 23-8-2023 12:50 PM
Kenapa asik perempuan malaysia? Hahahahhahaha
Eh kami mostly kat sini ada kerjaya. Kalau jenis lak ...

Dia orang Brunei la sister
Quote Dzahin_poch 23-8-2023 12:59 PM
prettyuglybabe replied at 22-8-2023 04:08 PM
orang pompuan ni, biar laki miskin hisap dadah penyamun perompak janji jangan ada pompuan lain.. m ...

Eh x jugak u. Kalau jenis house wife atau mmg bergentung kat laki ye kot. Hahaahaha kalau jenis town girl we ols x heran lah hahaha. Laki x guba kita blah je wakakakak xde masa nak wasting time tgu dia berubah. Baik kita letgo fo free je hahahhaah
Quote Dzahin_poch 23-8-2023 01:01 PM
shernazz replied at 23-8-2023 12:51 PM
Dia orang Brunei la sister

Oh begitewww . Jd bitter dgn malaysian ke mcm mana? Atau terlepas sondol lelaki malaysian? Ops????
Quote anony-mous 23-8-2023 01:13 PM
ifanonline replied at 23-8-2023 12:15 PM
kadang2 para isteri ni jgn ambil mudah keperluan batin suami...org laki ni kena service 3-5 kali seh ...

Hahaha i rasa kelakar klau bujang terlajak komen mcm gini sbb realitinya terbalik
Quote shernazz 23-8-2023 01:43 PM
Dzahin_poch replied at 23-8-2023 01:01 PM
Oh begitewww . Jd bitter dgn malaysian ke mcm mana? Atau terlepas sondol lelaki malaysian? Ops????

Iols tak pasti
Tapi mmg dia bitter dgn penyondol selalunya...
Hehe...
Quote ifanonline 23-8-2023 02:15 PM
anony-mous replied at 23-8-2023 01:13 PM
Hahaha i rasa kelakar klau bujang terlajak komen mcm gini  sbb realitinya terbalik

hmmm...maksudnya suami kena service isteri 3-5 kali sehari?

selalunya wanita yg lemah syahwat

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.158920 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top