CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda Digelar 'The Sleeping Prince', 18 Tahun Koma Akibat Kemalangan

21-8-2023 11:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6793| Komen: 15

Diberikan gelaran sebagai ‘the sleeping prince’, Putera Raja Kerajaan Arab Saudi, Al Waleed bin Khaled bin Talal telah koma selama 18 tahun selepas terlibat dalam kemalangan pada 2005.

Malah sehingga kini, dia masih bergantung sepenuhnya pada mesin ventilator.


Kisahnya meruntun hati masyarakat dunia selepas ayahnya, Khaled enggan menghentikan penggunaan alat bantuan pernafasan berkenaan.


Tambahan pula, dia dikhabarkan dengan maklum balas positif berikutan Al Waleed dilihat menggerakkan jari jemari semasa ‘berbual’ bersama adiknya Putri Noura binti Talal pada Oktober 2020.

Meskipun kesemua usaha yang dilakukan termasuk membawa tiga doktor terbaik dari Amerika Syarikat dan seorang dari Sepanyol, tidak membuahkan hasil, namun dia masih menaruh harapan bahawa anaknya akan kembali sedar.

“Seseorang bertanya kepada saya, mengapa tidak mencabut alat bantuan tersebut? Saya menjawab bahwa jika itu adalah kehendak Tuhan baginya untuk mati dalam kecelakaan itu, maka dia akan berada di kuburnya," ujar Khaled.


Pada 2005, Al Waleed terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika sedang mengikuti pengajian di sekolah ketenteraan di London.

Akibat kemalangan tersebut, dia mengalami pendarahan otak hingga menyebabkannya terbaring di tempat tidur selama 18 tahun selain bergantung sepenuhnya pada ventilator untuk terus ‘hidup’. - Okezone


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 21-8-2023 11:38 PM
Tampan jua orang nya walau koma..jambang terjaga rapi. Complexion pun elok.
Quote lazim 21-8-2023 11:48 PM
Ayahnya xnk lepaskn
Quote edayildiz 21-8-2023 11:49 PM
setiap tahun akan keluar cite psl dia ni..
tp sian jgk kn kt dia..kalau kes mcmni..roh dia ada berkeliaran tak kt lwsn sekitar..mcm xde hrpn je nk sedar dh..
kalau sedar pun jd blur sbb lama sgt koma
Quote Atata 22-8-2023 12:21 AM
Rasanya bukan yg jenis mati otak takda harapan tu. Kalau yg tu, simpan berhari2 badan patient tu akan mengembang bengkak pastu ada air2 kluar dari liang2 roma. Memang sebenarnya dah mati technically tapi kita support badan tu ngan ubat2 tp over times badan tu akan start decompose jugak. Tapi prince ni memang rupa org tidur walaupun dah berbelas tahun.
Quote Page88 22-8-2023 01:27 AM
Sad thing that his parents have to watch their son thia way.
Quote Buritan 22-8-2023 08:04 AM
Aku dulu caye cite snow white.. bodohh
Quote dua_chzy 22-8-2023 08:11 AM
JunkMail replied at 21-8-2023 03:38 PM
Tampan jua orang nya walau koma..jambang terjaga rapi. Complexion pun elok.


Harap idok la dicabul. Macam kes kat US. Nurse jantan pi rogol pesakit yang dah berpuluh tahun koma (young woman). Terus terberanak dalam koma. Sangat kasihan the mother and the baby.

Pehtu aku baca komen2 netizens pasal kes ni; rupanya common je pesakit koma tak kira jantan betina kena SA di US darul woke sana.
Quote noor2 22-8-2023 08:17 AM
Pendarahan otak,  jika dia sedar pun dia x kan normal mcm biasa. Otak tak mati tapi dah x normal
Quote kucingitam 22-8-2023 10:55 AM
kuasa Allah..mana tau dia sembuh macam sediakala
Quote krustykrab 22-8-2023 11:00 AM
Dah 18 tahun weiiii...lepaskn lah dia.
Quote B40tastePosh 22-8-2023 11:03 AM
Tak risau sakit jantung n sendi ke bila terbaring je.
Quote makadek 22-8-2023 11:44 AM
Tp nampak fresh.. Apsal tuhan tk amik nyawa dia
Quote margo20 22-8-2023 12:11 PM
Sbb putera raja kan takde la nk pening kos
Quote gideoncross 22-8-2023 03:02 PM
He needs a girl to kiss him

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.034119 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top