CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM Kesan 3 Krim Kecantikan Mengandungi Racun Berjadual

21-8-2023 09:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4388| Komen: 11

Putrajaya: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga produk kosmetik didapati mengandungi racun berjadual boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Tiga produk berkenaan adalah BL Ledehh Day Cream dan BL Ledehh Night Cream mengandungi racun merkuri manakala bagi produk For U Night Cream – 15g pula racun jenis Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.

Tiga produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, NPRA menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik tersebut.

Jelasnya, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dipasarkan di Malaysia.

“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan yang mana boleh diserap masuk ke dalam badan san menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.


“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan selain menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Radzi berkata, produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate pula adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

Tambahnya, penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan dan perubahan warna kulit yang tidak diingini.

“Ini termasuk kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan penjual dan pengedar menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik berkenaan serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya, individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Manakala, bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan berikutnya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-8-2023 12:20 AM
Ya ampunnnnn produk dari mana pulekkkk ledehhhh ledehhhh
Quote SalenaGomez 22-8-2023 12:25 AM
Perawankota replied at 22-8-2023 12:20 AM
Ya ampunnnnn produk dari mana pulekkkk ledehhhh ledehhhh

SG speculate produk kelate… kan depa suka sebut ledeh ledeh
Quote Tinot7 22-8-2023 07:21 AM
Iols paham merkuri tu racun tapi awat hydroquinone dan tretinoin racun jugak? Ka % tinggi sgt?
Quote laksmanabentan 22-8-2023 08:43 AM
SalenaGomez replied at 22-8-2023 12:25 AM
SG speculate produk kelate… kan depa suka sebut ledeh ledeh



wahhh hebat la uoollsss nih....

For u skincare by D'Ains Beauty

Company NameD AINS BEAUTY EMPIRE SDN. BHD.
Company Registration No.201801033620 (1295647-X)
Incorporation Date *19 SEPTEMBER 2018
StateKELANTAN

Quote nazurah 22-8-2023 08:49 AM
orang belah sinun mmg suka jadi lab rat pakai produk siam repack ni. kat tempat kerja i ni... ada sorg tu i sampai tatau kulit asal dia warna apa, tatau apa dia tepek kat muka dia jadi naik kelabu dah..
Quote Perawankota 22-8-2023 09:11 AM
SalenaGomez replied at 22-8-2023 12:25 AM
SG speculate produk kelate… kan depa suka sebut ledeh ledeh

Apa maksud ledehhhh tu
Quote cikatilia 22-8-2023 10:11 AM
nazurah: orang belah sinun mmg suka jadi lab rat pakai produk siam repack ni. kat tempat kerja i ni... ada sorg tu i sampai tatau kulit asal dia warna apa, tat ...

yg penting kaki dgn tangan berjelaga... muka plak mcm bercapok2 kena simbah clorox xsekata pastu merening berkilau mcm porcelain gitu

Quote kucingitam 22-8-2023 10:37 AM
aiyoo..dari iols muda remaja sampai anak pun dah remaja ada je isu hydroquinon ni.. kkm pun pls la, kalau produk2 kosmetik tah mana2 ni jgnlah bagi kelulusan ke hapa..
Quote Sazreena 24-8-2023 04:20 PM
Kalau xde R&D jgn la ngengade pakai..
Quote zuuu 24-8-2023 07:20 PM
Product camni pon ada org berani pakai ke??? X convincing langung tengok nama n packaging
Quote juboqhang 2-9-2023 08:16 AM
nak kena kanser....beli lah...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.057932 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top