CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Strain Baharu Covid-19 Merebak Seluruh China

21-8-2023 09:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5785| Komen: 41

Beijing: Satu strain baharu COVID-19 yang merebak seluruh China pada musim panas, merekodkan jangkitan lebih 70 peratus tetapi risiko kesihatan terhadap penduduk republik itu kekal rendah.

Keadaan itu diterangkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China menerusi akaun WeChatnya kelmarin.

CDC menjelaskan perkadaran varian EG.5 dalam kalangan strain coronavirus yang menular ketika ini meningkat daripada 0.6 peratus pada April lalu kepada 71.6 peratus pada bulan ini.

Gambar hiasan

Ia sekali gus menjadikan strain terbabit yang dominan di kebanyakan wilayah di China, selain trend sama diramal berterusan.

"EG.5 tersebar luas terutamanya disebabkan oleh keupayaannya yang dipertingkatkan untuk menghasilkan imuniti, mengurangkan keupayaan meneutralkan antibodi yang dihasilkan jangkitan sebelumnya," kata agensi berkenaan.


EG.5 juga dikenali sebagai Eris iaitu sub-cabang Omicron strain XBB.1.9.2 dan pertama kali ditemui di Indonesia pada Februari lalu.

Setakat Khamis lalu, strain berkenaan dikesan berada di sekurang-kurangnya 52 negara dan wilayah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikannya semula sebagai 'Variant of Interest' pada 9 Ogos lalu tetapi menjelaskan tahap risiko global untuk varian itu adalah rendah.

"Walaupun EG.5 menunjukkan semakin tersebar luas, kelebihan pertumbuhan dan sifat lepasan imun, tiada perubahan yang dilaporkan dalam keterukan penyakit setakat ini.

"Risiko kesihatan awam yang dicetuskan oleh EG.5, yang sebelum ini dinilai sebagai rendah, kini dipertingkatkan," jelas WHO.

XBB dan subvariannya menyumbang 99.1 peratus daripada kes COVID-19 di China.

Menurut CDC, penyelidik tidak melihat perbezaan besar dalam gejala klinikal antara kes berpunca EG.5 dan sub-cabang XBB yang lain.

"China berdepan gelombang jangkitan varian siri XBB antara April dan Jun, imuniti yang mantap dalam kalangan orang ramai memberikan perlindungan berkesan terhadap varian EG.5 baharu.

"Keseluruhan ancaman COVID-19 di China kekal pada tahap rendah, dengan pola beralun. Sedikit tekanan diberikan kepada sistem kesihatan di seluruh negara dan tiada tanda-tanda wabak berskala besar dalam jangka pendek," katanya.

CDC pada awal bulan ini melaporkan, dalam kalangan individu yang mengalami simptom seperti selesema, 13.4 peratus dijangkiti COVID-19 pada penghujung bulan lalu iaitu peningkatan daripada 12 peratus pada pertengahan bulan. - AGENSI


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 21-8-2023 10:11 PM
get ready, sistah!
Quote slavehunter 22-8-2023 12:14 AM
Biden memang nak bagi lockdown dan mask up balik.
Quote tumpanglalu74 22-8-2023 12:15 AM
Ade lagi ke manusia bongok yang nak ikot arahan depe??
Quote Page88 22-8-2023 01:28 AM
China is already crumbling.
Quote orkid_amani 22-8-2023 04:12 AM
Addooiii dah la minggu ni last sekolah..dah nak start mid term break dah ni..seram la pulak nk bawak ank2 ke public waterpark..bukit merah lake town tgh promo tuu.. dah la last month ank2 suffered dgn viral fever complete pakej dgn batuk kahak. Skg tgh musim demam..xviral fever..influenza @ denggi..
Quote Buritan 22-8-2023 05:28 AM
orkid_amani: Addooiii dah la minggu ni last ...


Oo ye ke tgh musim influenza ekk.. aku nak pi cucuk laa.. ade mak kawan anak aku . Dah demam on off 3 Minggu.. bkn kobik infulueza denggi semua.. tak baik baik
Quote Simunggu 22-8-2023 08:00 AM
tak lama lagi PKP lagi ni.....ada bantuan, gaji full jalan, duduk rumah 1 keluarga...rindu pula
Quote zuriey 22-8-2023 08:04 AM
orkid_amani: Addooiii dah la minggu ni last ...
orkid_amani: Addooiii dah la minggu ni last ...


Ank i dua org sekali kena hfmd
Dkt sekolah 7 org kena influenza
i pernah kena demam viral tu 2x
Ya ampun lagi sakit dari kena covid

Quote asfaz 22-8-2023 08:09 AM
Buritan replied at 22-8-2023 05:28 AM
Oo ye ke tgh musim influenza ekk.. aku nak pi cucuk laa.. ade mak kawan anak aku . Dah demam on of ...

Dengan sakit mata kan? Kawan kelas anak ai berapa org kena sakit mata. Berjangkit
Quote Buritan 22-8-2023 08:12 AM
asfaz replied at 22-8-2023 08:09 AM
Dengan sakit mata kan? Kawan kelas anak ai berapa org kena sakit mata. Berjangkit

Sakit mata takde plk . Tp mmg ramai aku dengo sakit mata.. nape ekk..
Quote Buritan 22-8-2023 08:13 AM
Simunggu replied at 22-8-2023 08:00 AM
tak lama lagi PKP lagi ni.....ada bantuan, gaji full jalan, duduk rumah 1 keluarga...rindu pula ...

Hrp doa ko tak makbul.. hahaha.. aku nak jln.. tgk dunia yg cantik ni.. nak mkn mkn
Quote jazaa100 22-8-2023 08:16 AM
Ada kes pompuan tu balik umrah, sampai kat airport nk turun kplterbang tetiba collapsed & meninggal.....

Aku suspect kes covid ni....
Quote cycra 22-8-2023 09:19 AM
dkt malaysia pertusis kan..
Quote immi 22-8-2023 09:27 AM
Latest batuk kokol
Quote immi 22-8-2023 09:28 AM
cycra replied at 22-8-2023 09:19 AM
dkt malaysia pertusis kan..

A ah batuk kokol aka pertusis rasanya
Quote AbukRokok 22-8-2023 09:52 AM
#rindupkp97%
Quote AbukRokok 22-8-2023 09:55 AM
Simunggu replied at 22-8-2023 08:00 AM
tak lama lagi PKP lagi ni.....ada bantuan, gaji full jalan, duduk rumah 1 keluarga...rindu pula ...

Aku saspek abg non jatuh
Abahcow naik jd pm lagi jadi bapa pkp kali kedua.. alhamdulillah rindu nk dgr baca doa depan tv
Quote AbukRokok 22-8-2023 09:55 AM
Jgn nti ko mengamuk lagi sbb bini bising xdpt pg shopping sbb pkp
Quote cycra 22-8-2023 10:12 AM
AbukRokok replied at 22-8-2023 01:55 AM
Aku saspek abg non jatuh
Abahcow naik jd pm lagi jadi bapa pkp kali kedua.. alhamdulillah rindu n ...

x juga,,kan ramai marah abah kurung,,papanon xkan kurung nyee...dengan nilai ringgit yang jatuh,,apa semua papanon suruh kita semua menjalani hidup seperti biasa..mama non dulu pun ok je pelancong china masuk dan turun kat port penang tu..

so hidup papanon,,kami semua x suka kena kurung oleh abah..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058438 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top