CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Berdosa, Kafir Jika Tak Sokong Parti Islam

21-8-2023 09:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6329| Komen: 135

Georgetown: Parti Islam adalah rekaan manusia dan tidak bersifat suci atau sakral maka ia tidak mengikat seorang Muslim, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Wan Salim berkata, tidak berdosa apatah lagi menjadi kafir kepada sesiapa yang tidak menyokong parti Islam atau mengundi parti lain.


Beliau berkata, hanya sikap taksub yang mendorong seseorang bagi menyamakan antara rekaan manusia dengan ciptaan Ilahi.

Wan Salim

"Mana-mana individu atau kumpulan boleh mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi dakwaan ini mestilah dibuktikan dengan jelas dalam realiti kehidupan.

"Perlu diingatkan bahawa Islam tidak akan tegak dengan slogan semata-mata, tetapi ia ditegakkan dengan amalan dalam kehidupan rakyat sejahtera dan berkebajikan di samping pentadbiran negara yang baik, bersih dan cekap.


"Sebaliknya Islam boleh ditegakkan secara bijaksana tanpa mencanangkannya kepada umum seperti melaksanakan keadilan sosial, meratakan kebajikan, membasmi kemiskinan, membanteras rasuah dan maksiat dan sebagainya," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dilaporkan menafikan dakwaan beliau melabel dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan harapan (PH) di Kelantan sebagai melawan perjuangan Islam.

Wan Salim berkata, dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, mencanangkan perjuangan bagi menegakkan Islam mungkin kurang bijaksana namun yang penting umat Islam mempraktikkan ajaran Islam dalam diri masing-masing, maka secara automatik Islam akan tertegak di dalam negara.

"Setiap Muslim wajib terikat dengan agamanya (Islam) di sudut akidah (kepercayaan) mahupun amalan dengan mematuhi segala hukum yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah.

"Manakala parti Islam pula hanyalah ciptaan manusia sebagai sebuah wadah bagi memperjuangkan Islam atau melaksanakan segala ajaran menerusi pentadbiran negara," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 21-8-2023 09:31 PM
Adoi awal2 jd MB dah melabelkan org ke
Patutla mcm ternampak berita pasal ni.

Iols sajeskan semua parti politik yg ada tambah perkataan islam
Baru la tak kena tuduh kafir dan sebagainya
Quote hmmlantakko 21-8-2023 11:55 PM
sijil tak menjanjikan kefahaman dalam agama
Quote sambaldurian 22-8-2023 12:18 AM
Karang klu aku ckp pasal parti so called islamik' ni nnti kuar fatwa 'Aku boleh berhujah dgn 10 org berilmu, tp aku akan kalah dgn org yg jahil (dlm konteks ni jahil tu yg kurang minat cara parti islamik)). Kita ada pendapat sendiri about cara dorg, klu x setuju ckp jahil pulak.
Quote Buritan 22-8-2023 05:53 AM
Nape aku jd sgt boringg bila dgn pas pis pus nii.. umngok ke pkr ke dap aku boring jgk tp tak sebosan dgn pas pis pusss... Dgn umngok ade jugak benda yg aku nak puji.. pkr dap pun ade..bersatu ke dan byk jgk laa parti yg tahapa hape aku rasa ooooklaaaa tp dgn passs niii aku rasa.. tak tau nak describe.. tgk hadi awang tuu.. kalo dia tak ckp ape pun aku rasa tahh.. bila dia bukak mulut pulak aku rasa dah dah laa oiii.. tp bila dia ckp psl agama islam mmg aku terima tp tak mo selit lgsg politik.. ckp nabi muhd punya pribadi ke.. aku terima.. nik aziz pun aku suke time dia ckp psl agama.. anak dia nik ape tah tuu aku tak bolehhh . Hahaha
Quote Tinot7 22-8-2023 07:08 AM
Ye la.. baru tau it's ok to sokong pahaman komunih..
Quote kitmal 22-8-2023 07:14 AM
senangnya nak kafirkan orang.....
Quote airfilterkotor 22-8-2023 07:38 AM
MB Kelantan ni... cara bercakap pun dah nampak riak, seolah parti dia tu satu²nya parti yg berlandaskan nilai² isele... orang lain tak.

Parti highway ke sorga.

Pitam la nakkk kalu camni, ore isele hok duduk luar mesia undi parti kapir.
Quote airfilterkotor 22-8-2023 07:46 AM
MB ni lupa kaa, mufti kat Selangor (contoh) sapa yg lantik?
Nak kena sound dengan sultan?
Quote ultra78 22-8-2023 07:53 AM
Sebab itulah gerakan Islam di Malaysia ni patut jadi NGO sahaja dan dengan ahli yang ramai tu boleh tekan mana-mana parti yang memerintah untuk ikut tuntutan mereka.
Quote airfilterkotor 22-8-2023 07:59 AM
Mufti Johor juga kena tempias ni.
TMJ dok perati jer tu.
Quote ciklahcuteII 22-8-2023 08:25 AM
lagikan makan dan minum yang syubhah atau harampun berdosa. kena caritau yg halalan toyyiba..inikan pula suatu yg lebih besar. politik, melibatkan pemerintahan, undang -undang, hukum hakam dan pentadbiran negeri seterusnya negara.
lihat aje bagaimana Turkiye di bawah atarturk. dan lihat apa yg terjadi kpd Islam dan umat Islam Turkiye dari masa itu hingga skrg..
Quote BoongaKertas 22-8-2023 08:26 AM
teringat lawak kwn meols, "MU NOK ISLEYYY KO MU NOK AIR?"
Quote hayrin86 22-8-2023 08:58 AM
Betul.. PRU15 akan datang jangan undi PAS lagi..
Quote yenil95 22-8-2023 09:16 AM
kalau masuk parti tu mmg confirm masuk syurga ke?..perangai ketua ketua pun banyak gak yg fail amalan islam..
Quote immi 22-8-2023 09:31 AM
Suchi replied at 21-8-2023 09:31 PM
Adoi awal2 jd MB dah melabelkan org ke
Patutla mcm ternampak berita pasal ni.


Kannn tp peliknya ramai pulak penyokongnya mengiyakan aje apa dikatakan pemimpinnya sampai mengafirkan memelakakan org seseronoknye
Quote aciksenah 22-8-2023 09:44 AM
Buritan replied at 22-8-2023 05:53 AM
Nape aku jd sgt boringg bila dgn pas pis pus nii.. umngok ke pkr ke dap aku boring jgk tp tak sebosa ...

Pasal sumpah seranah...kata2 kesat. Bila kita cakap, mcm ni ke kata2 yang keluar dari orang yang menggelarkan diri mereka pejuang islam. Lps tu keluar pulak dalil dari mulut diorang, tak apa bercakap kasar sumpah seranah dengan musuh islam. Ooo...mcm2 la keluar dalil nak meghalalkan perbuatan diorang tu.
Quote Buritan 22-8-2023 10:05 AM
aciksenah replied at 22-8-2023 09:44 AM
Pasal sumpah seranah...kata2 kesat. Bila kita cakap, mcm ni ke kata2 yang keluar dari orang yang m ...

Dedulu aku suke jgk pas pis pus ni.. jaman masa u dulu.. aku suke je nik ajiz.. tp makin lama makin hauk.. dudulu.aku mcm tak caye je bini undi umngok kena coraiii.. takkan laa.. tp la nii.. aku caye.. paa tuu nmpk depa mmg penungang agama sggh
Quote cmf_almondpecan 22-8-2023 10:11 AM
ciklahcuteII replied at 22-8-2023 08:25 AM
lagikan makan dan minum yang syubhah atau harampun berdosa. kena caritau yg halalan toyyiba..inikan  ...

Dia kata tak sokong parti tertentu yang pakai nama Islam tak berdosa. Tak sokong parti tu tak bermakna terus automatik sokong parti komunis ke parti Kristian atau Hindu. Tapi kalau sokong parti lain yang tak bertentangan dengan Islam, tak ada salahnya, apatah lagi kalau parti lain tu pun mendokong Islam juga. Kalau sesuatu parti lain tu memperjuangkan keadilan sosial dan kebajikan masyarakat misalnya, semua ni selaras dengan tuntutan Islam.
Quote supernaturalee 22-8-2023 02:31 PM
hahaha
kan dh kata
berada dlm parti sbg 1 of leader since 1995
bila naik mb, nothing much to expect


Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.086157 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top