CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ya Aku Sakit, Aku Kalah Sampai Jadi DJ," Khairy Jamaluddin Menyanyi Luah Perasaan

21-8-2023 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2915| Komen: 10

 Khairy Jamaluddin atau KJ mencuri perhatian ramai apabila menyanyikan lagu Malam Pagi nyanyian Saixse di konti radio.

Bekas Menteri Kesihatan itu menunaikan permintaan pendengar radio Hot FM yang memintanya untuk menyanyikan lagu tersebut dalam segmen Bekpes Hot pada pagi Isnin.


Foto: IG

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila KJ mengubah lirik lagu tersebut mengaitkan tentang dirinya yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu.

"Malam masih muda, asal kau duduk macam tak buat apa. Bazir masa nak fikir tentang cinta.

"Ya aku sakit... aku kalah sampai jadi DJ," katanya.



Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jenaka yang dilakukan bekas ahli parlimen itu.

"Saya sanggup tunggu dalam kereta dekat parking demi nak dengan KJ menyanyi. Sekali padu teruk.

"Boleh dapat anugerah DJ comel.

"Bila DJ KJ nyanyi tak jadi healing," tulis netizen.

Pada 15 Februari lalu, KJ memulakan tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM untuk segmen Bekpes Hot.

Kata KJ, dia bersetuju menerima tawaran menyertai stesen berkenaan kerana baginya ia merupakan peluang untuknya berkomunikasi dan mendekati orang ramai dengan cara lebih santai.

Segmen Bekpes Hot yang bersiaran dari pukul 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat turut dikendalikan oleh AG, Johan dan Fara Fauzana. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 21-8-2023 06:31 PM
Ewah2..  Awat tak mintak koje dengan Pfizer?
Quote msdummy.2018 21-8-2023 06:36 PM
Dia mmg dasatlah nk amik hati rkyat msia..one day dia come back mmg rmi sokong dia nih...kecuali yg anti vaksin tuh lah....hahahahhaha

Tp aku suka dgr dia beri pencerahan pasal tugas menteri2 apa dia biat sma tuh...time dia jd menteri aku suka masa dia kat kbs tuh jerlah....yang kesihatan agak hauk...hahahahah..
Quote lanacondor 21-8-2023 08:34 PM
Biasa la hidup ni umpama roda. Kdg di atas kdg di bwh. Ms di bwh ni la tuhan nk ajar kita rendah diri sb semua yg kita ada Allah boleh tarik sekelip mata. Muhasabah diri
Quote ajinomotonosuga 21-8-2023 09:11 PM
get a life laaa keling!
Quote mojarean_X 21-8-2023 09:34 PM
Ntahlah KJ bila ingat blk apa uols wat dulu x rasa pula nk kesian....chuols pun x jd menteri hidup dh kaya raya.
Quote mojarean_X 21-8-2023 09:35 PM
Baiklah iols bersimpati ngan najib
#freenajib
Quote terma2nkondisi2 21-8-2023 10:00 PM
berkaitan kj ni, hebat juga la strategi politik anwar ibrahim mainkan persepsi buatkan pn dan khairy jamaluddin nampak buruk pada pandangan rakyat

setelah jadi perdana menteri dan menteri kewangan, anwar dakwa pengurusan perolehan vaksin tidak dibuat dgn betul

KJ nafi perolehan vaksin COVID-19 dibuat tanpa persetujuan AGC

".....kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pembentangan Kertas Putih oleh KKM berhubung perolehan vaksin dan kos berkaitan, yang sebahagiannya dipercayai tidak mengikut peraturan.

Anwar berkata, perolehan terbabit juga ditandatangani tanpa persetujuan AGC."

Kenyataan Anwar bercanggah dengan KKM, siapa yang betul?

".....dakwaan Anwar terbukti tidak benar apabila usul Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin COVID-19 yang dibentangkan Lukanisman minggu lalu, menyatakan perjanjian perolehan vaksin sudah disemak Jabatan Peguam Negara.

"Apabila disebut oleh Perdana Menteri dan seperti dilaporkan akhbar, Anwar dedah perolehan vaksin tanpa persetujuan Peguam Negara. Ini disebut oleh Perdana Menteri pada 8 Februari lalu.

"Tapi kita lihat dalam usul dibaca Timbalan Menteri Kesihatan, usulnya 'bahawa Dewan ini mengambil maklum perjanjian yang ditandatangani telah melalui proses semakan dan nasihat daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).' "
Quote Tinot7 21-8-2023 10:03 PM
Jujurin iols habaq, masa dia jadi menteri kesihatan, dia wat keje ok..

Haterz tu komplen sbb antibeks ka?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.030854 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top