CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Salim Rupa-Rupanya Salimah! Pelik Malam-Malam Ajak Tengok Wayang, Suami 'Kantoi' Curang Dengan Ejen Insurans

21-8-2023 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3743| Komen: 23

PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa suaminya curang dengan seorang wanita yang juga seorang agen insurans.

Kecurangan itu terbongkar apabila wanita tersebut membaca mesej WhatsApp dalam telefon bimbit suaminya.


“Saya seorang guru sekolah swasta, suami pula bekerja di sebuah pejabat kerajaan. Kami ada seorang anak berusia tujuh tahun. Saya nak tanya, normalkah seorang agen insurans ajak pelanggan pergi tengok wayang, katanya hendak bincang tentang insurans?

“Saya pun sudah mula pelik dengan perangai suami. Pagi, petang, siang, malam melekat dengan telefon. Masuk tandas pun bawa telefon. Saya mula rasa tidak sedap hati. Apabila dia (suami) terlupa bawa telefon masuk tandas, saya cuba periksa apa yang dia cuba sembunyikan daripada saya,” katanya di TikTok.

Gambar Hiasan

Selepas memeriksa telefon suami, wanita tersebut mendapati suaminya selalu berhubung dengan seorang jejaka bernama Salim. Tetapi, apabila disiasat lebih lanjut, rupanya Salim sebenarnya adalah seorang wanita!


“Waktu itu, terbongkarlah segala rahsia mengenai kecurangan suami. Saya terus tanya dia (suami), ini Salim ke Salimah? Katanya, itu adalah kawannya, seorang agen insurans.

“Apabila saya tanya lelaki atau perempuan, suami jawab perempuan. Saya kecewa suami sanggup tipu saya dan menyimpan nama wanita tersebut sebagai Salim semata-mata kerana ingin mengaburi mata saya,” katanya.

Menurut video tular sama, suaminya juga sudah berulang kali mengajak wanita tersebut keluar berjanji temu. Kini, wanita tersebut sudah membawa anak-anaknya berpindah ke rumah ibu bapanya.

“Suruhlah si Salim tu masak, gosok baju, beranak, jaga dia semasa sakit. Saya rasa sedih sangat, sampai hati suami sanggup menduakan saya. Sekarang dia (suami) selalu pujuk saya, tetapi saya berdegil.

“Rumah yang dia duduk pun nama saya. Kalau dia nak sangat ikut Salim, dia boleh pergi,” katanya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 4,686 tanda suka dan 683 komen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna di laman TikTok cuba untuk menenangkan wanita tersebut dan berkongsi kata-kata semangat.

“Bagus kak, sebab itulah kita sebagai perempuan kena kuat. Kita kena ada duit sendiri. Kalau suami buat hal, kita tinggalkan sahaja,” kata seorang pengguna.

“Puas hati saya baca cerita akak ni, sebab akak kuat dan berani,” kata Amry. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 21-8-2023 06:39 PM
Pompuan WAJIB kaya supaya bila laki buat hal cepat jer boleh move on
Quote wirazam 21-8-2023 07:55 PM
Citer hasanah nih....kantoi..tulis anak sorang je..tapi kat part hujung katanya bawak anak anaknya balik kpg..dah contradict kat situ..try harder next time ye..
Quote airfilterkotor 21-8-2023 09:01 PM
Cerpen dongeng dari TikTok pun masuk sokabar?
Quote otai_g 21-8-2023 09:04 PM
Org nak jd content creator dia pun nak jd. Tp ni content level sampah. Pg tulis cerita dkt myfirsttime je lah..
Quote Tinot7 21-8-2023 10:08 PM
Atleast Salimah.. kalau mmg betui2 Salim, tak ke haru?
Quote jazaa100 21-8-2023 10:47 PM
Tinot7 replied at 21-8-2023 10:08 PM
Atleast Salimah.. kalau mmg betui2 Salim, tak ke haru?

Ha...ha....cuma tak blh nikah je kannnn ....

Quote mojarean_X 21-8-2023 10:52 PM
Edited by mojarean_X at 21-8-2023 10:55 PM
menjad replied at 21-8-2023 06:39 PM
Pompuan WAJIB kaya supaya bila laki buat hal cepat jer boleh move on


Setuju chuols. Td sblm iols blk iols terdgr acik kt opis citer lakinya x bekerja asyik minta duit kt dia. Lps dpt duit  ambil kunci kuar jalan2. Nk je iols sound acik tu, acik ni treat laki tu mcm anak bujang acik je. Bg duit belanja bagai. Tp disebabkan iols di luar ni introvert, x terluah kata2 utk sound acik tu.
Quote mojarean_X 21-8-2023 10:54 PM
Tinot7 replied at 21-8-2023 10:08 PM
Atleast Salimah.. kalau mmg betui2 Salim, tak ke haru?

Yg mana satu lg bole diterima. Penyondol bernama Salim atau Salimah?
Quote Tinot7 21-8-2023 11:30 PM
jazaa100 replied at 21-8-2023 10:47 PM
Ha...ha....cuma tak blh nikah je kannnn ....

Kekasih gelap.. kalau terkantoi depan mata.. hang nak yg bleh jadi madu, atopon yg terang2an tak voley jadi madu?
Quote Tinot7 21-8-2023 11:34 PM
mojarean_X replied at 21-8-2023 10:54 PM
Yg mana satu lg bole diterima. Penyondol bernama Salim atau Salimah?

Dua2 takleh diterima.. kalau dah sampai ke ranjang, sula dua2 jahh.. tak kira la Salim ka Salimah..
Quote JunkMail 21-8-2023 11:36 PM
Aku baca tajuk sekilas ingatkan lakinya nama Salim..tapi sebenarmya nama sebenar ialah Salimah .. hari hari ajak tengok wayang pasal takde kote nak romen. Gituuu aku membuat kesimpulan berdasarkan tajuk sekali pandang
Quote edayildiz 21-8-2023 11:51 PM
abg salimrock tersenyum sinis
Quote LadyCarefree 21-8-2023 11:54 PM
menjad replied at 21-8-2023 05:39 PM
Pompuan WAJIB kaya supaya bila laki buat hal cepat jer boleh move on

Betul. Kalau laki xbuat hal pun, kalau dah xhappy, boleh angkat kaki la.
Quote prince_marhaen 22-8-2023 10:51 AM
...wanita tersebut mendapati suaminya selalu berhubung dengan seorang jejaka bernama Salim. Tetapi, apabila disiasat lebih lanjut, rupanya Salim sebenarnya adalah seorang wanita!..


Sis, entah-entah memang Salim sis. Jawab Salimah takde la kena maki sangat ye...at least merajuk & redho...at least suami aku 'jantannnn'...

takkan nak jawab ye, Salim, lelaki, kami saling menyayangi.... adakah kau redho lagi? gitteww... plot twist meols.
Quote stingerpressor 22-8-2023 10:54 AM
LadyCarefree replied at 21-8-2023 11:54 PM
Betul. Kalau laki xbuat hal pun, kalau dah xhappy, boleh angkat kaki la.

Setiap kali tak happy angkat kaki jalan....

Soalan dari anak jiran aku yg 3 tahun pada ko....Bila nak mula manage your expectation?
Quote stingerpressor 22-8-2023 10:55 AM
prince_marhaen replied at 22-8-2023 10:51 AM
Sis, entah-entah memang Salim sis. Jawab Salimah takde la kena maki sangat ye...at least merajuk & ...

Asal bukan salim, our fellow porummer sudah...

Sebab salim kita baik orgnyer....
Quote stingerpressor 22-8-2023 10:56 AM
edayildiz replied at 21-8-2023 11:51 PM
abg salimrock tersenyum sinis

Nak menggatal dgn laki org ler ni?

Quote plywood 22-8-2023 10:58 AM
wirazam replied at 21-8-2023 07:55 PM
Citer hasanah nih....kantoi..tulis anak sorang je..tapi kat part hujung katanya bawak anak anaknya b ...


hahahhahaha .. konten hasanahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Quote LadyCarefree 22-8-2023 10:59 PM
stingerpressor replied at 22-8-2023 09:54 AM
Setiap kali tak happy angkat kaki jalan....

Soalan dari anak jiran aku yg 3 tahun pada ko....Bila ...

Kalau xfaham memang ada je la nak kena refer kat anak jiran yg xbesar2 tu.

Org bodoh je asal satu moment xhappy dah angkat kaki. Org bodoh je almost always unhappy still nak stay.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035771 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top