CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duduk Kondo Tapi Kedekut Bayar Parkir! Tauke Bengang Ramai Suka Hati 'Rembat' Lot Kosong Dalam Restoran

21-8-2023 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3848| Komen: 29

Seorang pemilik restoran merayu kepada segelintir penghuni kondominium berdekatan yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir berhadapan dengan premisnya supaya jangan mementingkan diri sendiri.


Menurut pemilik restoran tersebut, kawasan lapang berkenaan dikhaskan untuk pelanggannya dan pelanggan untuk sebuah lagi restoran bersebelahan.

Ujarnya, tindakan tidak bertanggungjawab penghuni kondominium tersebut yang mahu mengelak membayar caj parkir di kediaman mereka menyebabkan pelanggannya terpaksa memarkir kenderaan di tepi jalan sehingga mengundang risiko lain.

Foto: mStar

"Assalamualaikum... nak minta kerjasama sesiapa dalam grup ni yang kenal owner kereta ni. Ni semua yang duduk dekat kondo S***. Kondo ini baharu buat undang-undang baru iaitu parkir berbayar.

"Jadi insan-insan ini parking dekat kedai kami. Pagi tadi lagi penuh... customer saya datang tak ada parkir. Mereka kena parking dekat tepi-tepi (jalan)... bahaya.


"Minta tolong abang-abang, kakak-kakak. Kita tahu, parking dah kena bayar. Janganlah parking sini. Kesian customer saya, jauh kena jalan kaki," luahnya di dalam video yang dikongsikan di laman TikTok.

Menurut pemilik restoran yang terletak di Kajang itu, dia pada mulanya bertolak ansur dengan situasi tersebut.

Namun disebabkan ada segelintir penghuni kondominium yang memarkir kereta untuk tempoh yang lama sehingga menyukarkan pelanggannya, dia terpaksa mengambil pendekatan untuk berkongsi perkara itu di media sosial.

Malah katanya, dia sudah meletakkan notis larangan di kawasan parkir berkenaan namun ia tidak berhasil.

"Saya buka kedai pukul 6 pagi, penuh dah kereta parking dekat sini. Ini sampai petang tak beralih-alih. Minta kerjasama ya owner owner yang duduk dekat S**.

"Ada yang saya tegur, mereka nak parking, saya minta keluar balik," katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan simpati terhadap pemilik restoran berkenaan dan dalam masa yang sama memujinya kerana memberi teguran dalam nada yang sopan.

"Budimannya kau bang... kalau aku, dah beritahu majlis suruh towing.

"Terbaik bro... nasihat secara baik. Tak ada marah-marah," komen netizen.

Di samping itu, ramai yang memberi cadangan kepada pemilik restoran berkenaan untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

"Buat papan tanda besar situ, bang. Ini parking untuk pelanggan restoran... parking haram akan dirantai atau kompaun.

"Kalau itu tanah persendirian, boleh minta majlis untuk towing. Biar mereka rasakan pula sebab pentingkan diri.

"Kereta mahal takkan tak mampu bayar parking bulanan kot," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-8-2023 05:40 PM
Duduk kondo, tapi nak bayar parking pon kedekut ke.. Umah aku ni lak, yang parking depan2 ni bukan penduduk kondo, tapi penduduk flat depan tu.. Dah lah tu, siap ada yg biarkan kereta dorg berbulan2..
Quote cikatilia 21-8-2023 05:44 PM
dasar kaya tp kedeks.. owh sbb tu depa kaya la kan??
Quote Radzor 21-8-2023 05:49 PM
cikatilia replied at 21-8-2023 05:44 PM
dasar kaya tp kedeks.. owh sbb tu depa kaya la kan??

sewa je share 10 org
Quote jfq 21-8-2023 05:50 PM
Buat jugak parking berbayar utk customers. Lepas tu bagi refund bila customer bayar makanan dan set limit max 2 hrs
Quote jfq 21-8-2023 05:52 PM
Sama dgn kat bdr permaisuri.

Parking foodcourt tengah2 malam awal pagi pun penuh padahal gerai tak bukak. Ni smua nearby residents yg parking kat situ.
Ujung2 pelanggan nak dtg makan kat situ smua takda parking
Quote cikatilia 21-8-2023 05:56 PM

oo yela betul gak kan??
kawan aku penah duduk area bangsar sana
xsilap mutiara bangsar tu... xsure berapa ratus dia bayar
tp 1 bilik share bertiga and bilik tu hanya muat 1 katil queen / king dan mereka tidur bertiga di sana

Quote ultra78 21-8-2023 06:04 PM
Kondo mana ni? Ada kondo yg tak sediakan parking. Contohnya SkyPark Cyberjaya. Beli rumah tapi tak termasuk parking. Parking kena bayar asing. Lepas tu kereta bersepah parking tepi jalan sampai ambil satu lane jalan
Quote zacks 21-8-2023 06:05 PM
kenapa parking berbayar? bukan beli kondo dah datang dgn 1 slot parking free ke?

lain la kalau nak tambah slot parking baru mmg kena beli/sewa la
Quote sharlenetexas 21-8-2023 06:11 PM
Tempat org gi buat private parking. Mmg xde kemaluan org mcm ni.

Quote Skuau 21-8-2023 06:37 PM
"abang...kakak...punca saiya kaya sebab saiya kedekut la...kalu selalu kasi worang wang..bila mau kaya"-
Quote Skuau 21-8-2023 06:40 PM
ultra78 replied at 21-8-2023 06:04 PM
Kondo mana ni? Ada kondo yg tak sediakan parking. Contohnya SkyPark Cyberjaya. Beli rumah tapi tak t ...

ya..banyak kondo buat camni...rmh 'lain kira'...parking..'lain kira'...bersidai jer keta...depan kondom...inium.
Quote Lagubestbest 21-8-2023 06:51 PM
jfq replied at 21-8-2023 05:52 PM
Sama dgn kat bdr permaisuri.

Parking foodcourt tengah2 malam awal pagi pun penuh padahal gerai tak  ...

haha situ xleh buat apa la dah melimpah sampai tengah jalan parkingnya, sape suruh tak beli skateboard meluncur ke stesen MRT je.
Quote kerunai 21-8-2023 09:04 PM
gaya selera t20

kmampuan b40

mcam haram spesis2 nih
Quote shinyoung 21-8-2023 09:55 PM
ultra78 replied at 21-8-2023 06:04 PM
Kondo mana ni? Ada kondo yg tak sediakan parking. Contohnya SkyPark Cyberjaya. Beli rumah tapi tak t ...

Kondo saville ni dkt jalan reko.. Katanya stp rumah dpt 1 parking je.. Br2 ni mgmt impose parking berbyr utk kereta ke2.. Klu utk reserve lot xslp 228 sbln.. Klu x reserve 128 kot.. Jadi rmila mereka2 ini xnk byr parking.. Tu yg endup pg parking merata.

Tkg post isu ni sbnrnya owner kdi perabot xsilap meols.. Kdi perabot tu kt blkg kdi thai pan.. Siang hari parking utk customer kdi perabot tu.. Belah ptg smp mlm utk kdi thai pan tu..
Quote lanacondor 21-8-2023 09:56 PM
jfq: Buat jugak parking berbayar ut ...
betul. Buat mcm ni senang
Quote liyamariska 22-8-2023 06:40 AM
ni mungkin spesis dok satu rumah pakai lebih dari satu kereta... pastu parking kt memana yg diorg nak parking tanpa mengetahui status kawasan parking tuh...
Quote scorpionkiki 22-8-2023 06:58 AM
ultra78 replied at 21-8-2023 06:04 PM
Kondo mana ni? Ada kondo yg tak sediakan parking. Contohnya SkyPark Cyberjaya. Beli rumah tapi tak t ...

Rasa ni dekat mont kiara
Quote malarky 22-8-2023 09:33 AM
Perawankota replied at 21-8-2023 05:40 PM
Duduk kondo, tapi nak bayar parking pon kedekut ke.. Umah aku ni lak, yang parking depan2 ni bukan p ...

selalunya kondo akan sedia 1 atau 2 parking lot untuk owner. owner bayar maintenance fee kan.
Quote malarky 22-8-2023 09:35 AM
jfq replied at 21-8-2023 05:50 PM
Buat jugak parking berbayar utk customers. Lepas tu bagi refund bila customer bayar makanan dan set  ...

leceh, nak kena keluar belanja. baik mintak majlis enforce parking berbayar. lebih practikal

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.039669 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top